Friday, April 30, 2010

ada ke kelantanesse (ore kelate) tak makan BUDU?




BUDU

Pernah makan? pernah tengok? paling2 pun pernah dengar tak tentang menda alah ni? BUDU, best woo menda ni.. dayun kalau dapat makan nasi panas2 dengan budu, taruk lada dengan asam limau nipis pastu  makan pulak ngan ikan kering, fuhh..memang bleh tambah dua tiga kali la makan. Tak perlu udang masak sambal, daging masak kicap,ikan sweet sour untuk buat dayun berselera makan k..huhu. Kalau kat kampung, family suka makan budu tu cicah ngan ikan tawar, kasi letak tempoyak sikit, kalau ada ulam pun best gak.. mak oii kalau ada ulam petai, kacang botol, pucuk ketereh, jantung pisang...aahh, da meleleh air liur aku.



                             
budu+lada+asam limau nipis+tempoyak 



Erm..kenapa post entri pasal budu pulak nih? Sebab dayun tak sabaq da nak balik umah, makan nasi + budu + ikan gelama kering. Bukan kat sini takde budu, ada jual kat kedai rincit depan tu, dalam giant pun ada jual gak..belum kira yang aku bawa 2 botol tapi da tinggal satu botol dah,  tapi kalau makan kat rumah lagi ada ummh..hahaha.



                                               
ni budu yang dayun bawa, da tinggal 1/3 botol da ^_^



Ada ke orang kelantan yang tak makan budu? Jujur dari dasar hatiku, kalau orang putih cakap from bottom of my heart.. rugi la korang yang tak makan menda alah ni. Kenapa tak nak makan? Sebab bau dia kurang menyenangkan a.k.a busuk? Ke sebab cara pemprosesan budu ni yang korang tak boleh terima? Jangan jadikan alasan semua menda tu, baik korang rasa lu.. mesti korang akan jadi peminat setia cik budu..hahaha. Kawan adik aku dari kL datang rumah makan nasi berpinggan2 sebab terkena penangan  budu ngan ulam kacang botol je tu..



Sedikit fakta tentang BUDU...

Dari segi pemprosesan:
  • Ikan bilis ramuan utama nak buat budu. ikan ni akan digaul ngan garam pastu akan diperam jadi sos budu selama lebih kurang 6 bulan dalam tong gentian kaca. pastu lepas 6 bulan baru la sos budu tu dimasak, ditapis, bagi sejuk lu beberapa jam and dibotolkan untuk jual la kan...

Dari sudut kajian:
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.
 budu yang jual kat Giant gini la rupanya..hehe


Thursday, April 29, 2010

berBELOG dapat title ustazah...


Ustazah, tumpang lalu sini ye....March 31, 2010 1:06 PM
hm, btl la ustazah.... April 14, 2010 10:30 AM
motif apakah Entri ini wahai Ustazah? April 20, 2010 7:47 AM
Ustazah... April 21, 2010 9:12 AM
Wah ustazah pakai Jeans... hm.. Ustazah ni stylo juga ya.. igtkan tau pakai baju kurung ngan jubah ja... April 22, 2010 10:17 AM
Sah Ustazah,,,,, April 23, 2010 10:06 AM
Maaf Ustazah, lama ndak singah sini bah... hehehe  April 29, 2010 1:59 PM

-
-
-

mengapa ustazah? kenapa? korang tanya la DIA sendiri..
terima kasih la kepada DIA sebab bagi ak title ni...( walaupun x layak )
terima kasih gak kepada DIA sebab sentiasa jadi pengktirik setia kat blog dayun yang biasa2 jak ni
lagi terima kasih kepada DIA sebab sudi follow and jadi kawan dayun di laman maya ni
lagi lagi terima kasih kepada DIA sebab selalu pos entri2 yang buat ak gelak sorang2 ( lepas dia tukar job nnt adakah DIA masih aktif mengepost entri2 yang best? )

DIA yang dimaksudkan..ehem2


 [ halal yea faiz ustazah cilok n edit pic ini ]
◕‿◕

 

Tuesday, April 27, 2010

kalau dulu mandi sungai, laut, waterfall sekarang...


Official letter to mr.masa : i curi masa study untuk entri kali ni...mohon diluluskan!

Skodeng barang2 dalam beg :
1. Set persalinan
2. Set mandian
3. Sunblock
4. Makanan...oopps! not allowed ✖‿✖

Ini bukan barang yang di packing untuk balik kampung k, ni barang2 yang akan dayun bawa kalau p waterpark. mak oii..lamo doh dayun tak p wAtErpArk, tHemEpaRk, apa lagi setapak, carpark...ok dayun tolong jangan mengarut, saya tahu anda tension mau exam  sPectRoscOpy orgAniC esok! Last dayun p themepark pun masa matrix rasanya, p gEntinG hiGhLaNd nGan family besar dayun tu.

Actually, dua tiga hari lepas mama ada kol gtaw nanti dayun balik nak bawa kitaorang adik beradik p Bukit Merah Lake Town Resort kat Perak tu...huhu. dayun suka, suka sangat2 [ nada gedik yea ] sebab sana ada waterpark, so boleh la melepas rindu, gian nak mandi kat waterpark..abah, support entrance fee nanti k ✖‿✖



First waterpark dayun p, dEsA wAteRparK.. suka main gelongsor ni. sanggup panjat tangga yang tinggi tu tiga empat kali semata-mata nak turun slide yang tinggi ni..ngeh3.


bakal diterjah...✖‿✖


[ bUkiT mErah wAterpArk ]


Miz Athirah anak pakcik Basir, baik ko sediakan duit yang cukup sebab kau dah janji nak bawa aku pergi sini kan cuti ni? 


p/s : kepada sesiapa yang ada tiket free ke, nak sponsor tiket themepark ke saya dengan tiada rasa segan silu menerimanya..ngeh3 ✖‿✖


Saturday, April 24, 2010

sPectRum ini membunuhku...


banyak betul ni..bila nak habis
NMR, IR, MASS SPECT, UV-VIS
semua ini membunuhku!
banyak2  exam, this paper dayun paling tak
komfem dapat result yang ok..


IR-Spectra, ni ok lagi kot...



Yang dua ni..
tolongla ajar bagi sapa yg expert tu...


Mass-Spect




NMR-Spectra












notakakitangan: belajar la sampai muntah spectrum tu, ada dua hari je lagi..

Friday, April 23, 2010

Allah lebih menyayanginya...


Dear my best friend ever: Ahmad Rifa'i

Yang pergi tetap akan pergi
Kita yang masih hidup harus teruskan kehidupan
Mungkin Allah lebih menyayanginya 
Jangan diratapi pemergiannya
Tapi, rendahkan hati...
Terimalah dengan redha
Berdoalah,
Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya
Diampunkan dosanya
Dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh & beriman...Amin!


Al-Fatihah atas pemergian arwah En.Kamaruddin, ayah kepada sahabat baikku...

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ 


Thursday, April 22, 2010

suka dan tak suka




وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

[ Surah Al-Zariyat: Ayat 55]

::Sedikit perkongsian dari Forum Akademik last week ::

ALLAH MENYUKAI...

Allah menyukai orang yang bersedekah tetapi Allah lebih suka kalau orang yang bersedekah itu orang miskin...

Allah menyukai orang yang tidak sombong tetapi Allah lebih suka kalau orang yang tidak sombong itu ialah orang kaya...

Allah menyukai orang yang taat beribadah tetapi Allah lebih suka jika orang yang taat beribadah itu ialah orang muda...


ALLAH TIDAK MENYUKAI...

Allah tidak menyukai orang yang kedekut tambahan lagi jika orang yang kedekut itu ialah orang kaya...

Allah tidak menyukai orang yang sombong tambahan lagi jika orang yang sombong itu ialah orang miskin...

Allah tidak menyukai orang berbuat maksiat tambahan lagi jika orang yang berbuat maksiat itu ialah orang tua...


Wednesday, April 21, 2010

Badanku Separuh Formal...


Dari jauh i dah nampak dah 2 mamat ni tercegak kat pintu tu
berdiri kat situ ngan penuh gaya, bajet hensem.. tengok kutuk orang pulak
i cek kiri kanan atas bawah
ok! beres... mesti mamat 2 orang ni tak tegur i punya 
mesti diorang akan biarkan i berlalu bebas tanpa gangguan
depan diorang nanti...
dan
i teruskan berjalan menghampiri pintu dekat diorang berdiri tu
and melimpas ( melintas ) dengan penuh keayuan
tanpa memikirkan masa depan..hahaha
tetiba ...

Lelaki 1: miss! miss! 
dayun : yea saya, kenapa?
Lelaki 1: miss sepatutnya ndak boleh masuk ni, hari ini kan hari formal tapi miss pkai jeans
dayun : eh, tak boleh ke? ingatkan boleh je pakai jeans asal baju formal. 
( i lihat balik pakaian i )
Lelaki 1 : eish,..kalo suda pakai jeans tidak formal suda tu. sepatutnya
walaupun ni minggu exam kamu ndak boleh tidak ikut peraturan berpakaian
ke library..
dayun : oo..saya ingat...( belum habis i cakap dia dah potong )
Lelaki 1: tapi tadi suda ramai yang pakai jeans masuk, so saya kasi lepas
 la kamu ni, tapi lain kali jangan buat lagi, sebab kami pun belum link 
dengan pentadbiran lagi ni, belum bagi kuatkuasa betul2
ingat ya, lain kali ikut peraturan berpakaian...
dayun : oh..k, mekasih yea bang! ( berlalu pergi )

ouch..tak pasal2 kena tazkirah pendek ngan abang library tu
rajin la pulak dia jaga pintu hari ni...
ingat kan pakai blouse labuh tu da lepas, da formal da tu
 rupanya tersekat jugak kat jeans ni
 beringat la ko dayun HALF FORMAL ni tak lepas k!

ini la baju dayun pakai tadi..
( ngah bershopping barang dapur ngan k.nuyu :p)


Operasi Serbu Bilik Tidur Tanpa Waran!



Lokasi: bilik tidur aku (biasa2 je rumah kampung)
Masa: time cuti sem  lepas...
Catatan: bila dayun di sabah, adik2 yang lepak, tidur kat sini

Apa motif kau p tempek gambar bilik tidur kau ni dayun? nak kata cam bilik hotel jugak, cam kamar istana lagi la tidak. Sebenarnya kan dulu masa kecil era sekolah rendah sekolah menengah la, dayun selalu berangan nak ada sebuah bilik yang trendy, ceria, ala2 di alam fantasi gitu. 

Wardrobe, katil, decoration semuanya mesti nampak unik, ada unsur2 animasi dan kalau boleh macam bilik tidur princess Barbie tu. Tak pun dia punya perabaot tu ada keserasian, campuran warna yang cantik. Yang penting nampak ceria, ringkas and bila dayun masuk je bilik tu dayun akan rasa.cam " DAYUN IN WONDERLAND" ngeh3. Akibat suka tengok cerita fantasi, begini la jadinya..hehe. Da besar panjang masa ni pun masih berangan nak ada bilik yang macam tu... bila la si eRic LeOng tu nak deko bilik dayun macam tu ek?

So, sebab tetiba dayun terangan teringat teringin nak ada bilik tidur gitu.. en. google la jadi mangsanya. Tengok di laman maya ni pun jadila dayun..ko nak decorate bilik ko macam tu pun fulus tak ada, hutang ptptn pun belum bayar lagi... 

huhu..operasi serbu bilik tidur bermula...














Berangan la dayun berangan...
Takpe..takpe.. nanti dayun kawin, ada anak dayun decorate bilik diorang  macam ni
huhu..geteknya kau miss dayun cakap pasal kawin :p

sambung berangan....

Tuesday, April 20, 2010

Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari...:p



Dalam sebuah riwayat yang menceritakan tentang 3 orang sahabat Nabi S.A.W, yang berjumpa dengan Ummu al Mukminin Aisyah R.A dan bertanya padanya tentang amalan-amalan Nabi S.A.W. Setelah diceritakan kepada mereka tentang amalan baginda S.A.W maka mereka seolah-olah menganggap bahawa amalan-amalan tersebut sedikit. 3 orang sahabat tersebut lantas berazam untuk melampau dalam melakukan ibadah seraya berkata salah seorang daripada mereka,

"Aku akan bangun beribadah pada malam hari dan tidak akan tidur!"
seorang lagi berkata,
"Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak berbuka"
dan yang ketiga berkata,
"Aku tidak akan mengahwini mana-mana perempuan!"

Maka apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan Nabi S.A.W maka baginda yang sentiasa mendidik umatnya berjumpa dengan 3 sahabat tersebut dan bertanya 

"Apakah kamu semua yang mengatakan perkara tersebut?"
maka jawab mereka  "Ya wahai Rasulallah"

maka Nabi Muhammad S.A.W menerangkan kepada mereka dalam sebuah makna hadith 

"Sesungguhnya akulah orang yang paling takutkan Allah S.W.T diantara kamu, sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka, aku bangun beribadah dan aku juga tidur serta aku mengahwini perempuan!."


Love Paradise: Kelly Chen




You're always on my mind
All day just all the time
You're everything to me
Brightest star to let me see
You touch me in my dreams
We kiss in every scene
I pray to be with you through rain and shiny days

I'll love you till I die
Deep as sea
Wide as sky
The beauty of our love paints rainbows
Everywhere we go
Need you all my life
You're my hope
You're my pride
In your arms I find my heaven
In your eyes my sea and sky
May life our love paradise

You're always on my mind
All day just all the time
You're everything to me
Brightest star to let me see
You touch me in my dreams
We kiss in every scene
I pray to be with you through rain and shiny days

http://emo.huhiho.com


Wednesday, April 14, 2010

Dead Cat for Zoey



"We are running for a fan-based petition, and striving for
5000 fans benchmark, so that I would publish this book by myself. So
, the thing here is, I finish the book but none of the publishers in Malaysia wants to publish it because of two things: First, it is written in ENGLISH, second, they are afraid that ENGLISH fiction would not sell in Malaysians market, though we aware that books like Stephenie Meyer's Twilight and Dan Brown's Lost Symbol, Da Vinci Code etc, always made the bestselling. (I know, these are very influential authors, but there is no harm of trying)..."

Actually, the author of this book is my  ex- schoolmate Azrin, dayun juz nak tolong promote dia punnya buku ni... kalo korang baca statement kat atas tu mesti korang tahu apa yg kawan dayun tu nak kita buat sebenarnya kan...  so, kalo korang rasa ingin menolong, take ur time login to fb n become a fan of Dead Cat of Zoey... x pun leh view diz blog k for more info:                                                     


diz not the real cover of the book

<SYNOPSIS>
First, you should know upfront, that this is not a love story. It is a story of boy meets girl. The boy, Arin, grew up listening to many sad pop and indie rock songs from The BeatlesThe Smiths and mostly,Death Cab for Cutie. The girl, Zoey, on the other hand, is an all-natural, barefooting-to-everywhere, and goofy type of girl, but they both share one thing in common - Passion.

While feeding his wild side of imaginations with his anti-depressant drugs, Arin met Zoey in a strange meeting on a cliff, a place where an accident took place that snatched away the lives of her multi-millionaire American parents. Under the cloudless sky, this is where all the adventure begins - singing in Cameron tea plantation, tiptoeing in Putrajaya bridge, making fun of a gibbon in Bukit Merah - as they professed that 'Life is short...live it or leave it'.

Twelve songs in one infinite playlist Arin - a dropout, smart but confused and hopelessly romantic, eventually found small but resilient sound of hopes for his Future Plans, with the help from Zoey.


HANYA LELAKI...


Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Isteri Kurang Waras, Anak & Suami Diancam 


"Azmin (bukan nama sebenar) hampir putus asa untuk menyelamatkan rumah tangga yang baru dibina tidak sampai tiga tahun. Mereka dikurniakan  sepasang cahaya mata perempuan yang comel..."


Azmin dan isteri, Munira (bukan nama sebenar) cukup menyayangi anak kecilnya itu. Namun, apakan daya perasaan sayang antara keduanya semakin pudar. Kegersangan kasih sayang itu bukanlah disebabkan mereka ada orang ketiga. Tetapi kedua-duanya seolah-olah tidak boleh berjumpa ada sahaja perkara yang akan menyakitkan hati dan langsung menjadipergaduhan yang besar. Puas Azmin meminta ibunya dan ibu mentua mencari ubat bagi merawat rumah tangganya yang ‘panas’ itu. Mereka meredah kawasan pedalaman malah ke kawasan perumahan semata-mata mahu mencari bomoh yang benar-benar hebat untuk merawat masalah tersebut. Sayangnya duit terbang melayang, tapi hubungannya dengan isteri tidak juga menjadi mesra. Azmin semakin kecewa untuk merawat rumah tangganya yang goyah.

Masalah mereka mula melanda sebaik sahaja anak pertamanya dilahirkan. Kedinginan Munira semakin dirasai oleh Azmin bila isterinya tidak lagi ghairah untuk bercerita tentang itu dan ini seperti selalu. Apabila dia pulang ke kampung mentua, Munira tidak lagi serajin dahulu ingin membantu ahli keluarganya yang lain. Sikap dingin Munira bukan hanya dirasai oleh Azmin seorang. Ibunya juga hairan mengapa tiba-tiba Munira jadi begitu. Isterinya itu seakan-akan melupakan kasih sayang yang patut dicurahkan kepada anak kecilnya. Munira membawa haluan hidupnya sendiri. Dia keluar rumah dengan sesuka hati malah tidak lagi menghiraukan keadaan yang berlaku di sekitar rumahnya. Selepas beberapa bulan, ketegangan Munira semakin memuncak. Dia tidak lagi seperti dulu.
Pernah Azmin bertanya tentang masalah isterinya. Tapi jawapannya tepat sama iaitu dia tidak ada apa-apa masalah dan sentiasa menyayangi suaminya. Azmin tertanya-tanya, jika Munira sayangkan dirinya mengapa pula sikapnya sedingin itu. Hubungan di ranjang juga tidak lagi dirasai kehangatannya. Azmin semakin buntu. Apa yang merunsingkan hatinya, apabila dirujuk kepada ustaz yang merawat, mereka memaklumkan isterinya tidak terjebak dengan hubungan terlarang ataupun orang ketiga. Cuma dikatakan mempunyai perkaitan dengan saka yang membuatkan dia seperti hilang arah.



Hilang sabar
Kata ustaz lagi, saka tersebut seakan menghalangnya daripada rapat dengan sesiapa sahaja. Mendengar kata-kata ustaz itu, Azmin terfikir mungkin sebab itu jugala kebencian isterinya terhadap Azmin semakin menjadi-jadi. Pernah sekali Munira tanpa sedar telah merosakkan kenderaan Azmin. Tindakan di luar kawal itu telah diperhatikan oleh Azmin dari balik tingkap rumahnya. Azmin benar-benar terluka. Tatkala membasuh pakaian juga Munira tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya. Dia hanya membasuh baju sendiri dan membiarkan sahaja baju anak dan suaminya berlonggok selama bermingguminggu tanpa diusik sedikit pun.


Akhirnya Azmin juga yang terpaksa mengalah dan membersihkan pakaiannya sendiri. Sampai satu tahap, Azmin hilang sabar dengan tindakan isterinya itu. Sungguhpun dia sedar isterinya itu bukanlah dirinya yang sebenar. Tapi dia tidak sanggup lagi membiarkan dirinya tinggal bersama orang yang semakin tidak dikenali. Azmin benar-benar hilang perasaan sayang terhadap Munira. Biarlah ramai ustaz memujuknya agar memperbanyakkan sabar dan berzikir bagi mewaraskan isterinya itu, dia sudah tidak peduli lagi.

Dia mengikut kata hatinya untuk melepaskan Munira. Namun selepas perkara itu diluahkan ia seperti memakan dirinya sendiri. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa itu pernah beberapa kali dicekik oleh Munira. Kemudian dia hanya terperosok di sudut rumah sambil menangis tersedu-sedan. Selepas beberapa jam, Munira berlalu pergi bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Hati Azmin semakin parah. Tidak mahu dia mempertaruhkan nyawanya dan anaknya semata-mata kerana kasihankan Munira. Azmin terpaksa mengambil keputusan nekad. Dia khabarkan hasratnya kepada kedua-dua belah keluarganya dan juga keluarga sebelah isterinya. Azmin menceritakan situasi yang dihadapi setiap hari.

Bagaimana dirinya dan anaknya perlu berhadapan dengan ancaman Munira. Mungkin Munira kelihatan normal ketika bersama keluarganya, namun tatkala di rumah isterinya bagaikan seekor harimau kumbang yang senyap tetapi ketika mangsanya leka terus dikerjakan sehingga tidak berdaya. Dengan berat hati, mereka terpaksa merelakan perpisahan terjadi antara Azmin dan Munira. Namun mereka sentiasa bersetuju sekiranya Azmin kembali kepada Munira sebaik sahaja bekas isterinya itu berjaya dirawat dengan sepenuhnya. Sampai hari ini, Azmin tidak pernah membenci Munira, malah kasihan benar dirinya dengan nasib bekas isterinya itu. Maka itulah, Azmin masih menyimpan hasrat untuk merujuk kembali sekiranya Munira kembali waras.

Selanjutnya di dalam majalah MINGGUAN WANITA minggu ini!