Saturday, April 3, 2010

3 APRIL dalam sejarah Malaysia...



Pada tahun 1971, Universiti Pertanian Malaysia telah ditubuhkan. Penubuhan tersebut adalah berasaskan penggabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Malaysia yang ketika itu di bawah kelolaan Universiti Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah untuk memaju dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam lapangan Pertanian, Perhutanan, Teknologi, Sains Kemasyarakatan, Bidang kemanusiaan dan pendidikan serta mengadakan penyelidikan untuk penyebaran pengetahuan. Kampus Universiti Pertanian Malaysia terletak di Serdang berhampiran lebuhraya Kuala Lumpur-seremban dengan keluasan 3,000 ekar. 


Universiti ini mempunyai 8 fakulti seperti Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan Pertanian,  Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Perikanan dan Sains Samudera, Ekonomi Sumber dan Perniagaan Tani, Sains dan Pengajian Alam Sekitar serta Kedoktoran Veterinar, dan Sains Penternakan beserta sebuah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan. UPM  telah  mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen yang telah berlangsung pada 30 Julai 1977. Berikutan dengan perkembangannya pada 3 April 1997, Universiti Pertanian Malaysia telah diberi nama baru iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk  Seri  Dr. Mahathir  Mohammad.




No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...