Wednesday, April 7, 2010

bila lelaki masuk dapur...


Masa : dekat2 tengahari 
P/s : Ini loghat kelate, faham2 sendiri la yea..hehe

Aku : Abah, gano nok masok gular tepoyok ni?
ma pesan ike keli ni wat masok tepoyok
ore cuci, siang siap dh ike ni...

Abah: Awok ni, masakan paling sene (senang). masakan ore malas jah ni
xpayah belaja pun leh masok gular ni...

Aku : hehehe...( gelak2 malu)

Abah : meh nak ajar


Dijadikan cerita, dulu dayun tak pernah nak amik tahu pun macam mana nak masak menu ni, tahu makan je..hehe. Jadi, hari dialog kt atas berlangsung, mama p kuliah, so as eldest daughter dayun la yg kena masak. Ingat nak masak menu len, sekali mama kol suh wat gulai tempoyak tu gak...apa lagi kalut ribut taufan la dayun menanya abah. Nasib baik my father ni expert bab masak2 ni...lucky to hv him as my father. So dayun masak ler ikut resepi abah ni:

Bahan-bahan:
1) tempoyak
2) cili merah ( kami kt kelate panggil lada burung )
3) serbuk kunyit/kunyit hidup pn boleh
4) bahan2 perasa ( garam gula semua tu la )
5) ikan keli la dalam 2-3 ekor  potong jd dua ( agak2 la ikut berapa org nak mkn ) saiz sedang2 je, kalo besar sgt ikan ni x berapa sedap..huhu


Cara menyediakan:
1) First skali tumbuk la cili merah tu ngan tempoyak, garam. kuantiti ikut suka. kalo kami kt umah, suka pedas2 pastu kasi byk tempoyak sbb nak bagi gulai tempoyak tu nampak pekat cket n masam. x besh la kalo x pekat..
2) Tumbuk skali ngan kunyit .tujuan taruk kunyit tu nak bg nampak ada warna gulai tu. takpun nnt letak jew serbut kunyit, tp rasa kunyit hidup lg besh.
3) Then, abah suh letak ikan keli yg da dibelah dua tu dalam periuk n masukkan air..agak2 la air tu ikut kesesuaian hidangan, masukkan la bahan2 yg da ditumbuk td.
4) Biarkan sampai mendidih, kalo rasa nak tambah rasa masam leh taruk asam keping. masuk garam gula ikut selera anda la.
5) Dah mendidih, nampak da masak ikan tu angkat la.. siap sudah!

Abah : Senang jah apa susohnya..haa masok la, siap wi abah raso.

Aku : Tu jah.. ok. tenkiu...huhu


Sebenarnya dayun tetiba mengidam nak makan GULAI TEMPOYAK IKAN KELI tengah2 malam ni. Dalam2 mengidam tu terkenang peristiwa masa fes2 blaja masak menu ni ngan abah dulu... jangan ingat semua lelaki x pandai masak k, diorang sebenarnya lg hebat masak dr pompuan ( statement ini tuk lelaki2 yg mmg tahu masak k ).
[ Abah along puji abah ni, xnak bg bonus ke..ngeh3 ]




Teringat gulai tempoyak ikan keli yang selalu mama masak kt umah. menu wajib hari jumaat kitaorang..hari yg mana semua askar2 Pakdo Kasmuri n Makdo Lili ni ada di rumah.. hari semua org liat nak bangun sebab akan dikerah gotong royong bersih umah, maklumla kelantan cuti hujung minggunya jumaat ngan sabtu.. jd masa ni ler semua org ada kat umah...jadi sebagai upah 'kerajinan' kami buat kerja ujung2 minggu, mama mesti masakkan menu gulai tempoyak ikan keli ni..huhu

nota pendek dayun:
 angah kalo mg baco entri ak ni, oyak ko ma nnt ak balik nak make gular tepoyok deh..
  ngide, rindu lamo dah x make, x jupo ak menda tu sabah ni...


No comments: