Thursday, May 20, 2010

orang kuning dipijak monster biru


Salam senyum pagi khamis...

Pejam celik pejam celik kat seminggu dah dayun tak update blog. bukan tak ada cerita yang nak dikongsi, bukan sebab takde perkara yang nak dibebelkan tapi ini semua salah orang kuning ngan monster biru. Bila dayun dah balik dah sampai kampung dua-dua makhluk ni dah tak pandai nak berbaik-baik. Dua-dua dah besar kepala, masing-masing nak pertahankan kehebatan dan kekuasaan diorang kononnya. Yang jadi mangsanya dayun la...

You all see, kata 1 Malaysia tapi tindas sana sini... i know this is your territory monster biru tapi tak boleh ke simpati sikit ngan orang kuning. Kalau tak nak simpati ngan orang kuning pun at least tolak ansur la ngan dayun. Banyak kerja yang tertangguh sebab orang kuning pun dah tak larat nak compete ngan kau monster biru. Orang kuning ni pun satu, dah tahu monster biru ni da kuasai tempat ni pandai-pandai  la kau upgradekan diri kau tu, baru la aku tak fed up ngan kau. Ini tak hari-hari dayun terpaksa membazir masa layan karenah kau yang tak pernah berubah sepanjang seminggu dayun kat kampung ni.

Pesan dayun pada monster biru ngan orang kuning, berbaik-baiklah korang...monster biru janganlah bolot semuanya. Tolongla CELCOM kongsila territory kau ni ngan DIGI so takde la coverage digi lembab sangat kat sini sampai dayun nak blogwalking pun naik fed up...Please monster biru!!! dayun perlukan orang kuning di sini sekarang.



No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...