Posts

Showing posts from June, 2010

Pendinding Sihir dan Makhluk Halus...

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Tadi tertengok Jom heboh kat TV3...ada ustaz tu bagi tazkirah sikit pasal menda ni. Kata orang lebih baik kita share2 ilmu yang kita ada biarpun sedikit mana tahu berguna di kemudian hari. Antara initipati tazkirah tu :

1) Amalkan  baca ayat ke 81-82 surah Yunus setiap hari. Ayat ni membawa maksud :
"Setelah mereka melemparkan, Musa berkata, "Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan kepalsuan sihir itu. Sungguh Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya  pekerjaan orang yang berbuat kerosakan" [81]
" Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya" [82]

2) Selain ayat di atas, surah 3 Kul ( Al-Ikhlas, Al Falaq, An-Nas ) juga molek diamalkan sebagai pendinding sihir dan makhluk halus. Wallahua'lam...

Check out @ Bagaimana doa ayat al-Quran menjadi dinding


Abah is my daddy

Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah & Rasulullah
Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your FATHER....
K : Kasmuri  A : Abahku S : Sayang aku selalu M : Mama kekasih U : Untukmu R : Restu & redhamu  I : Inginku kecapi selalu
hoyeeaaaa...Happy Father's Day abah. Hidup abah! Hidup cap aye! Dan dengan ini anda dianugerahkan sebagai bapa terbaik 1989-2010 dari sy...hehe. 
p/s: Abah tengahari ni abah nak masak tOmyam kan.? kan? abah i pandai masak. jangan jealous yea.huhu :)

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agarkamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang diantara kedunya atau sampai kedua-duanyasampai berusia lanjut dalam peliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau menbentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik..."
[ Al- isra': Ayat 23]

aKu bOsAn jAdi aNAk suLOng tApi aKu sUkA..nAk wAt mAcaM mANa

Image
Minggu ni dayun rasa sangat bosan jadi anak sulong, puteri sulong dalam keluarga... Sebelum ni pun pernah rasa gak, tapi this week sangat2 terasa. Kenapa boleh rasa macam tu? Kalo korang anak sulong mesti korang faham gak kan kenapa? Tapi  betul ke korang tahu? Aku bosan betul jadi anak sulong buat minggu ni sebab...
1. Sebab sekarang aku cuti, tiap2 hari, tiap2 pagi jadi supir hantar ambil adik aku kat sekolah. Ada basikal tak mo naik nak jugak suh orang hantarkan. 2. Pas hantar adik p sekolah balik kena basuh baju, nasib baik ada washing machine. Bayangkan adik beradik aku 11 orang campur ma abah jadi 13 orang..penuh ampaian yang besar tu kain baju diaorang. Belum masuk kes lipat baju lagi.  3. Yang ni aku tak tahu la sebab rumah aku ni besar sangat ke apa, suka diorang sepahkan barang2, yang nak kena kemas aku jugak. 4. Tengahari nak kena masak tuk askar2 yang baru balik sekolah plak. Mama? dia keja kalo tak jam 3 pm lum tentu dia ada kat umah. Bab masak ni yang aku malas, bukannya aku…

hai..bilalah aku boleh makan kau ni si timun betik!

Image
Dah masuk 4 hari dah, kenapa kulit kau tak pandai nak merekah lagi. Tokwan cakap letak kat tempat berair cepat la kulit dia merekah, esok lusa da boleh makan la. tapi dah habis lusa dah masuk tulat dah ni, tak de perubahan pun. Lama dah tak makan timun betik, cepat-cepat la kau masak oii...
Ehem2..sedikit fakta tentang timun betik.
Sebenarnya aku tak tahu la kalau ikut bahasa ibunda, bahasa daerah korang apa nama buah ni. Buah kat dalam pic bawah ni sayang, kalo kat tempat dayun my lovely place kelate kami panggil Timun Betik. Berlambak jual kat gerai buah tepi jalan. Balik kenduri 4 hari lepas mama beli la sebiji sebab dia tahu anak pompuan dia ni nak sangat makan timun betik. Rupanya yang dia jual tu lum masak kita kena peram sendiri. Selama ni dayun ingat buah ni sama je cam buah tembikai yang lain, leh terus makan.

Peram timun betik ni bukan macam peram buah mangga cempedak semua tu.. Tokwan cakap, letak je kat tempat berair. Pastikan timun betik tu yang tua, bukan yang masih muda tr…

budak tu buat apa tengah2 malam gini

Kisah ini kisah seorang budak yang terjaga dari tidurnya kira-kira 3 jam sebelum 3.54 am waktu Malaysia GMT+8. Dikejutkan oleh seorang remaja laki2 dalam usia awal 20-an yang nak pinjam barang. Kekatu & gengnya juga turut menjadi asbab budak ini terjaga. Dengan keadaan yang masih mamai, dia mula mengorak langkah longlai tapi tiba-tiba langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik. Gelap-gelita, satu rumah, kenapa? erm..mungkin mengelakkan kekatu datang berkumpul. Tanpa memikirkan keadaan yang gelap, budak itu terus melangkah menuju  ke dapur. 
Kreukkk... Bunyi perut yang lapar memecahkan kesunyiaan malam yang gelap. Dalam masa yang sama tangan budak itu mengusap-usap mengurut dadanya. Terasa pedih, dicucuk-cucuk. "Mungkin sebab aku lapar", budak tu bercakap sendiri.  Macam si tikus mencuri makanan di dapur, macam tu la jugak budak tu mencari makan di dapur.. bimbang ahli rumah yang lain terjaga dari tidur. Tengah-tengah makan, tetiba je air menitis dari paip di sinki. Mula-mul…

Malam ni pakat tengok ANAK BULAN BEKWOH

Lokasi: Rumah Pakcik Pasili Agenda: Majlis Tahlil ( ngatik )
Kelihatan para pak cik termasuk abah aku dah siap makan. Biasala kalau majlis tahlil mesti ada makan-makan sikit kan. Masing-masing dah amik port yang sesuai tuk rehatkan perut yang dah kenyang dan mula buka cerita kedai kopi, start naik wau ore klate kato. Di satu sudut...
Abah: arr..male ni kito buleh pakat tengok anok bule bekwoh la..start cuti skoloh dahni. gular 2,3 tempat la sari.
[tolong translate]
arr.. malam ni kita boleh pakat tengok anak bulan kenduri la..cuti sekolah dah mula ni. kenduri 2,3 tempat satu hari 
Sebenarnya ni dialog abah aku semalam.. gelak ni kami anak beranak bila dengar abah cakap macam tu. mana taknya, asal cuti sekolah je mesti ada kenduri, asal kenduri cuti sekolah. Dalam satu hari tu bukan satu undangan je, sampai 2,3 kad undangan yang kami terima jatuh pada tarikh yang sama. mesti korang pun sama kan? kan? Aku dah dapat bayangkan seminggu ni aku akan mula bosan nak makan nasi sebab hari-hari p mak…

Kata-kata Hikmah Hubaib

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah.
Pandanglah dunia ini sebagai tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu.
Sakitilah nafsumu kerana ia menjadi tunggangan syaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada unggangan yang digunakan bagi merosakkanmu.
Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat khusyu', janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta terhadap akhirat, mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu.
Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruja hawa na…