Tuesday, June 8, 2010

budak tu buat apa tengah2 malam gini



Kisah ini kisah seorang budak yang terjaga dari tidurnya kira-kira 3 jam sebelum 3.54 am waktu Malaysia GMT+8. Dikejutkan oleh seorang remaja laki2 dalam usia awal 20-an yang nak pinjam barang. Kekatu & gengnya juga turut menjadi asbab budak ini terjaga. Dengan keadaan yang masih mamai, dia mula mengorak langkah longlai tapi tiba-tiba langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik. Gelap-gelita, satu rumah, kenapa? erm..mungkin mengelakkan kekatu datang berkumpul. Tanpa memikirkan keadaan yang gelap, budak itu terus melangkah menuju  ke dapur. 

Kreukkk...
Bunyi perut yang lapar memecahkan kesunyiaan malam yang gelap. Dalam masa yang sama tangan budak itu mengusap-usap mengurut dadanya. Terasa pedih, dicucuk-cucuk. "Mungkin sebab aku lapar", budak tu bercakap sendiri. 
Macam si tikus mencuri makanan di dapur, macam tu la jugak budak tu mencari makan di dapur.. bimbang ahli rumah yang lain terjaga dari tidur. Tengah-tengah makan, tetiba je air menitis dari paip di sinki. Mula-mula sikit pastu tiba-tiba keluar banyak, then terus berhenti tak kuar-kuar lagi. Budak tu agak terganggu dan mula berfikir yang bukan2. Nasi di pinggan segera dihabiskan dan terus bergegas ke bilik. Lampu bilik dibiarkan  menyala. Kemudiannya...

Aku duduk kat meja study mengadap laptop la... ini bukan cerita seram, momok ke apa la. Ingat kan nak tengok mOvie sementara tunggu nasi turun ke perut, tapi last2 online cari jurnal tuk thesis aku. Dada rasa sakit sangat, tak boleh nak tidur. Aku rasa sebab main bola jaring petang tadi. Dah lama tak berlari tetiba je meloncat sana sini lari situ sini. Dah la baru balik makan kenduri. Jantung aku terkejut kot..huhu. Da tak mo main da besok...


2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Ustazah.....

da[Y]un said...

salam faiz...kita selalu je baca entri dia tapi maaf tak dapat tinggalkan komen coz line ternet kt kg ni slow sgt. asyik kena reload jew. huhu