Wednesday, July 7, 2010

FaMa, Buaya Friend & Gila Friend...


Bila seronok aku cari pasanganku
Bila sedih aku cari mak
Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku
Bila aku gagal aku ceritakan pada mak
Bila bahagia aku peluk erat pasanganku
Bila berduka aku peluk erat emakku
Bila nak bercuti aku bawa pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu...aku akan ingat pesan pasanganku
Selalu...mak ingatkan aku
Bila-bila aku akan telefon pasanganku
Entah bila aku nak telefon ibuku
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan :

" Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebula pun cukuplah..."

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada...
MAKKKKK...RINDU MAK...RINDU SANGAT...



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya? Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya? Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya? Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya? Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya? Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya? Dan berapa ramai yang pasti akan sembahyang Jenazah ibunya...



: Renung-renungkan : Faham  : Hadam :

Tak salah rasanya kalau dayun katakan, anak-anak sekarang boleh kata yang masih bersekolah rendah pun sudah pandai  bermain cinta. Cinta monyet? Puppy love? Whateva.. Tapi dalam seronok bercinta ramai yang tersilap membuat keputusan, memilih yang mana harus diutamakan. Buaya friend (Bf) and Gila Friend (Gf) yang kita ada sekarang belum tentu akan jadi hak milik kekal kita, tapi yang pasti ibu, ayah dan keluarga adalah hak milik kekal kita. Kadang-kadang masa terluang yang ada lebih bernilai dan bermakna jika dikongsi ngan pasangan masing-masing dari menghabiskan masa bermanja dengan ibu bapa.



Pernah jugak dayun terfikir ada logiknya bercinta selepas kahwin daripada sibuk fikir pasal pasangan sendiri. Bila tengok anak-anak muda bercinta, dan kahwin dalam usia yang agak muda, abah selalu cakap,



"Kenapa anak-anak sekarang nak sangat kahwin awal, usia baru setahun jagung, bermanja ngan mak bapak pun belum puas. Lepas tu mula la kawin tak sampai setahun dua, seorang ke utara seorang ke selatan". 
"Dah jodoh dia nak buat macam mana?"..tu yang aku cakap. Berbekas jugak di hati apa yang abah cakap tu..erm
Mama??? hanya tersenyum...



Tapi dayun tahu kenapa abah cakap macam tu... Dia sayangkan anak-anak dia. Kalau boleh masa yang ada dia nak luangkan sepenuhnya bermain, bermanja dengan mereka. Kerana dia tahu, kalau suatu hari nanti bila anak-anaknya sudah berumah tangga, yang perempuan kan ikut suaminya, menjadi hak suami untuk menjaganya. Anak yang lelaki mungkin akan sibuk menjaga kebajikan rumah tangga masing-masing. Pada ketika tu, mungkin tak banyak masa lagi yang abah dan mama ada untuk bermesra manja bersama kami.



Pesan dayun pada mereka yang ada bf and gf termasuklah diri dayun sendiri, jangan sebab syok sangat bercinta, bercanda, mak, ayah family kita sisishkan, abaikan. Heart him or her is the first but remember family is your priority k!



 Who should I give my love to? My respect and my honor to. Who should I pay good mind to? After Allah. And Rasulullah. Comes your mother. Who next? Your mother. Who next? Your mother. And then your father 

2 comments:

NiZaM Limited said...

btol tu..sepatutnya family diutamakan kn..
tapi skrg ni slalu ade je kita dgr remaja lari dari rumah sbb ikut pasangan..adehh..

da[Y]un said...

Nizam: yup! bila bertindak tanpa memikirkan org lain, fikir pasal diri sendiri je, itula sampai jd kes g2.
~bila ditegur, ibubapa plak yg disalahkan.. huhu

♫ singgah sat..