Saturday, July 10, 2010

Kaki menawan pelengkap kejelitaan?


Alahai perempuan... kaki kau berbau ke???

Muka, solekan dan rambut selalunya sempurna kelihatan dicermin. Mungkin kita merasakan kita sudah menjaga diri dengan sempurna. Tapi dalam tak sedar sebenarnya ada certain part pada tubuh badan anda yang mungkin terlepas pandang takpun kurang dititikberatkan.



KAKI! ya kaki. kebanyakan antara kita lupa untuk menjaga kebersihan kaki. Bila tiba time sarung kasut baru la perasanyang keindahan diri telah hancur berkecai kat hujung jari. Sebabnya??? Inilah sebabnya kalau ambil mudah, ambil ringan pasal penjagaan kesihatan & kebersihan kaki. Tengok-tengok tumit merekah dan kuku bercekam sebagai hadiahnya. Sebenarnya jaga kaki ni lebih kurang jaga muka gak sebab kaki kita ninak kena bersih setiap hari macam rutin mencuci muka. Kaki kita kan anggota utama badan tuk bergerak, berjalan.


Cara Pembersihan Kaki

Make sure kita sentiasa bersihkan kaki menggunakan sabun dan air yang bersih. Pastikan celah-celah jari tu pun dicuci. Kena buat tiap-tiap hari tau,bukan apa..maklumla setiap hari kita p situ sini dah komfem terdedah kat kuman &bakteria pembawa penyakit kan...


  • Gunakan batu pumis untuk mengeluarkan kulit mati atau kulit keras di bahagian tumit.
  • Gunakan berus halus untuk membersihkan dan mengeluarkan kekotoran di dalam kuku kaki.
  • Pastikan kaki kita tu dilap sampai kering menggunakan tuala yang bersih setiap kali selepas membersihkan kaki.
  • Sapuan losen pada kaki dapat melembapkan kaki & mengurangkan masalah kulit kering pada kaki.
  • Sentiasa perhatikan kaki bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang jangkitan atau penyakit kulit macam lecur yang disebabkan kasut, kulit mati atau keras dan juga cekam pada kuku.
  • Bagi kaki korang yang jenis mudah berpeluh kan, sebaiknya gunakan bedak talkum biasa atau bedak khas untuk kaki bagi mengurangkan kejadian ni la.Kalau boleh pastikan korang selalu tukar stoking especially kalau anda memang punya kaki yang mudah berpeluh.

Cara Penjagaan Kuku Kaki
  • Kuku kaki mestila sentiasa pendek, bersih dan tak tumbuh melebihi had hujung jari ( rajin-rajinla potong kuku, sunat tu ).
  • Potong kuku kaki lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki.
  • Untuk melembutkan kuku kaki, korang boleh rendam dalam air suam selama 10 minit. Kalau nak pakai kasut, pilihlah kasut yang sesuai sebab selain memberi keselesaan kasut yang kita pakai tu sebenarnya memberi sokongan yang baik kepada kita si pemakai ni.

Dats all la tips kali ini..len kali kak yun cerita lagi..bye2. Assalamualaikum w.b.t :)

7 comments:

sI tEDI said...

saya sayang kaki saya

ijat_asni said...

thx for the info
suke
suke

hudhud said...

i gemuk tp kaki kecik. cmne nk settle masalah ni ha? haha :P

xazryx said...

kuruskan badan la wahai hudhud .hohoh .

da[Y]un said...

si tedi : saya pun sayang kaki saya. jgn lupa jaga kaki. huhu

da[Y]un said...

ijat : sama-sama. jaga kaki ya..hehe

hudhud : kaki lebih kecik ek dr badan???
erm..xkisahla badab besar kaki kecik, kaki besar badan kecik janji kaki awk sentiasa bersih n sihat
~ alohaa..dayun bg tips ni :p

da[Y]un said...

xazryx : hudhud nak ke? da kurus senanya hudhud ni