Sunday, September 26, 2010

Bertudung & bersolek mana satu rampas kebebasan wanita?


Apa makna kebebasan bagi awak? Kacang je tu. Kebebasan ni ialah saya, awak dan siapa2 je bebas untuk lakukan apa saja yang kita suka, everything. Bagi saya awak SALAH! Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan orang lain nak kata apa...


Gelagat manusia banyak memberi kita pengajaran sebenarnya, sebab itulah bila ditanya siapakah idola saya, jawapan saya ialah mereka yang berada di sekeliling saya. Kenapa? Kerana dengan memerhatikan tabiat, gelagat, dan cara hidup mereka, saya akan lebih mudah untuk sedar kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri, maka dengan sendirinya melatih diri untuk berfikir tentang apa yang patut & tidak patut dilakukan. Bukan aib mereka yang dicari, tapi sebagai medium untuk muhasabah diri. Kerana memang fitrah manusia sentiasa lupa.

Sudah jadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan kepada perempuan2 yang sudah kembali bertudung. Tapi, apa yang saya perhatikan sudah jadi tabiat orang kita bila orang nak berubah bukan nak di support, diperli lagi ada la. Kalo tak dilontarkan kata2 yang berbau menyindir, mimik muka seperti tidak puas hati atas perubahan si kawan turut dipamerkan. Kalau berterusan begini la sikap orang kita, silap haribulan mereka yang nak bertudung sepenuhnya ni kembali kepada asal kerana tak tahan disindir. 

Bertudung memang sinonim dengan wanita islam. Alhamdulillah jika mereka yang sebelum ini tidak bertudung, kini sudah mula memakai tudung. Ada yang bertanya, jika mereka bertudung masih bolehkah mereka bersolek? Tak salah sebenarnya jika kita ingin bersolek tapi ada cara dan hadnya. Sudah memang fitrah semulajadi wanita tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Bersoleklah ala kadar dan sopan sahaja dengan niat ingin nampak kemas. Jika berlipstik, jangan terlalu terang, berbedak tidak terlalu tebal, sekadar menambah seri dan menutup kelesuan wajah. Dalam erti kata lain tidak bertabarruj (berhias berlebih-lebihan). 

PANDANGAN ULAMA

Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan. Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)







Sedikit ringkasan dari pemerhatian dan kalau nak tambah dipersilakan:

1. Ada yang kata leceh pakai tudung take time,nak kena betul sini betul sana. Dayun said: tak pakai tudung pun sama gak, nak kena betul-betulkan rambut, set rambut supaya tak nampak kusut masai. take time jugak.

2. Ada yang kata kalau nak bertudung banyak wang kena habiskan tuk beli tudung yang sesuai dengan pakaian. Dayun said: Samala kalau tak pakai tudung pun, duit akan habis jugak tuk beli aksesori rambut, buat rawatan rambut di salon dan blablabla.

3. Ada yang kata bila bertudung mereka tak boleh nak bersolek. Dayun said: bukannya tidak boleh bersolek langsung, cuma ada la caranya tak perlu terlalu bewarna-warni sampai hilang seri asli wajah dan menimbulkan fitnah.

4. Ada yang kata kalau bertudung susah untuk mereka berfesyen kalo free hair macam2 gaya mereka boleh stylekan. Dayun said: perempuan bertudung pun boleh berfesyen mengikut perkembangan zaman. Lagipun sekarang banyak fesyen2 muslimah diperkenalkan, cuma kita sebagai wanita islam pandai2 la memilih fesyen terkini,tetapi tidak terpesong jauh dari cara berfesyen/ berhias seperti yang dilandaskan syariat.

5. Nak lagi..Allah lebih mengetahui...wallahu'alam!




endnote: maaf andai entri ini mengguris hati mana2 pihak kerana tiada niat di hati tuk berbuat demikian. sekadar perkongsian untuk memperingatkan diri sendiri sebenarnya disamping berkongsi.



2 comments:

Siti Safiyyah said...

best entri ni. sesuai utk perepmpuan2 free hair yg nak berubah bace. yg penting, bertudung atau tak, kenelah pandai jaga diri. betul tak? :)

Unknown said...

Siti: terima kasih. betul apa siti cakap. dayun tulis entri ni pun sebab gembira kawan sekelas yang dulunya tak bertudung kini da mula bertudung, alhamdulillah. cuma dia segan sikit sebab perubahan yg dia lakukan tiba2 tu jd buah mulut org..

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...