Tuesday, October 26, 2010

Alhamdulillah...rezeki di hujung sem.


Sebagai tanda sokongan terhadap kempen BULAN BAHASA KEBANGSAAN, dayun cuba menggunakan bahasa melayu yang betul..tapi kalau ada terojak jugatu maaflah ya.huhu


Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sembilan per sepuluh punca rezeki itu adalah dalam perniagaan.


Alhamdulillah, dekat hujung-hujung semester ni dengan duit poket pun tak berapa nak ada, Allah murahkan rezeki dayun melalui perniagaan kecil-kecilan yang dayun buat. Sekurang-kurangmya adalah juga income lebih sikit untuk bulan ini. Walaupun bukanlah satu nilai yang besar, tapi sudah cukup buat dayun rasa gembira, lega, dan yang pastinya bersyukur. Mesti anda semua tertanya-tanya kan apakah business yang dayun buat kan?

Dayun kan masih belajar, jadi business yang paling senang dan sesuai dengan waqi' sekarang ialah perkhidmatan print dan fotokopi.  Al-maklumlah pelajar-pelajar universiti ni kan suka buat kerja last minute, jadi tengah-tengah malam, awal-awal pagi mulalah datang mengetuk pintu rumah dayun untuk print. Nasib baik la dayun ni jenis yang suka berjaga malam.huhu..


Kalau nuffnang selalu bagi BE, dayun pulak dapat BE dari business print untuk item-item seperti yang disenaraikan ni:


1- Proposal Projek Akhir Tahun (FYP).

Kalau seorang kena hantar 2-3 copy proposal kan, bayangkan income yang dayun dapat. Pelajar tahun akhir bukan seorang, yang dapatkan khidmat print dayun pun bukan sorang dua. BE di situ..huhu. Kredit kepada housemate dayun yang tolong promosi business ni. 


2- Assingments dan Lab Reports.

Biasala lecturers kat sini, hujung-hujung sem ni rajin pula mereka nak bagi assingments yang berlambak-lambak, tambah pula dengan lab reports. Kesian kat students, tapi dayun gembira hahaha... Time-time begini la rasa amat bergunanya dayun beli printer dulu, walaupun pada awalnya berfikir terlebih masak nak beli ke tak. 


3-Fotokopi.

Terima kasih kepada yang datang photostat dokumen-dokumen, IC la , lesen la tuk sewa kereta kan. Sesungguhnya anda telah membantu dayun mendapatkan BE pada bulan ini. huhu


Saya sayang printer saya........


Printer Canon Inkjet MS140 Series - model lama, scanner dia rosak belum baiki lagi. huhu...

5 comments:

suichi said...

haha~~ samalah..sy pon ada masalah printer gak nih...

Unknown said...

suichi: dari awal sem lg bermasalah, tp biasalah tuan dia ni malas nak p servis kan..huhu

Yatre Hayati said...

bagus2....kecik2 da pandai berniaga. hehehe

HaN WarreN said...

jom jadi rakan kongsi ;p

Unknown said...

yatre: belajar cket2 kak..hehe

Han: jauh jugak rakan kongsi! huhu

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...