Saturday, October 9, 2010

Papan iklan unik di London


DUA pejalan kaki melihat tiga wanita yang menyamar sebagai patung di papan iklan Johnson & Johnson di pusat beli-belah Westfield, London baru-baru ini.

LONDON - Para pengunjung sebuah pusat beli-belah di Britain kelmarin terkejut apabila melihat beberapa wanita menjadi model hidup di sebuah papan iklan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, papan iklan berkonsepkan seni timbul di pusat beli-belah Westfield, di sini menampilkan tiga model seksi yang menyamar menjadi patung, baru-baru ini. Seorang model berambut perang duduk dalam keadaan separuh bogel di belakang segumpal awan dengan model kedua bergaya di belakang sebatang pokok.
Model ketiga yang berpakaian singkat duduk di atas buaian di tengah papan iklan tersebut. Mereka akan mengejutkan orang ramai dengan menggerakkan jari-jari kaki. Trio berkenaan membantu kempen promosi losyen pelembap 24 jam Johnson & Johnson. - Agensi

sumber: kosmo online

2 comments:

IN said...

iklan yang unik tu lah yang akan membuatkan kita ingat kat produk :)

da[Y]un said...

betul tu in... samala jugak kalo menghafal note kn. yg unik tu jugak yg senang diingat..huhu

♫ singgah sat..