Friday, December 31, 2010

Coretan 2010 daYah daYun...



Kita diberikan hari ini tetapi belum dijanjikan hari esok. 
" Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran "



Tinggal lagi beberapa jam nak masuk ke tahun baru 2011. Kalau ikutkan, kita yang beragama islam dah hampir sebulan menyambut tahun baru Hijrah,1432 kan. Sebagai penutup 2010, aku tinggalkan sedikit coretan 2010 suka duka aku, daYah daYun
  





November- Disember 2010

Korbankan cuti semester untuk final year project. Setakat ni baru prepare sampel. Cuci seaweed je dah separuh hari, jemur bawah matahari amik masa seminggu dua gak ngan cuaca yang kejap hujan, kejap panas. Then, disebabkan tajuk FYP yang lebih kurang sama ngan beberapa student yg lain,terpaksa tunggu turn tiap kali nak guna blender, nak guna sieve, memang menguji kesabaran la. Untuk tahun baru ni, azam aku nak belajar bersabar sikit, sebab aku ni kurang sabar, last2 hampeh..hahaha.





September- Oktober 2010

Fieldtrip at beaufort and Labuan. Boleh lihat sini. Ni kiranya lawatan sambil belajar la, tapi bagi aku ni lawatan makan angin...huhu . Tapi yang menyampahnya balik fieldtrip kena buat report. Tapi yang bestnya, aku suka dapat jalan p sana, at least sepanjang aku di sabah sampai la jugak kat Pulau Labuan tu. Yang aku paling suka dapat naik feri besar tu. Da lama tak naik feri besar weh, last aku ingat pun masa sekolah rendah p Penang :)




Ogos 2010

Buat pertam kalinya kos aku buat dinner' KI NIGHT. Sepanjang aku kat uMs ni tak pernah sekali pun aku ikut dinner. Dinner kolej ke, sekolah ke. Disebabkan aku da di tahun akhir [insyaallah], jadi bila kawan2 ajak aku ikut je la. Tu pun last minute la jugak aku setuju nak ikut. Main rembat je apa yang ada. Nak tahu cerita pasal dinner ni leh tenyeh sini. huhu





Julai 2010

Masa first year aku juz join sebagai peserta,and then bila dah masuk second and third year amik alih tugas AJK pulak. Program ni program berunsurkan islamik sebenarnya. Apa yang aku suka tentang program ni ialah setiap program atau aktiviti yang dijalankan,mesti last2 bawa kita berfikir tentang amal yg kita lakukan, muhasabah diri, dan aku rasa tenang walaupun awal2 tu ada je halangan untuk aku ikut program macam ni. 









Jun 2010

Time ni Semester Break.Ramai kawan-kawan aku yang kahwin time ni. Orang dah jemput kita p je la, amik berkat, amik berkat. hahaha... Tapi cam awal sangat la diaorang kawin, baru21, kalo aku la,erm...takyah cerita la. Apapun semoga diaorang kekal bahagia selamanya...




Mei 2010

Atas alasan final exam habis awal, dan jarak tiket flight aku yang agak lewat tuk balik klate, so aku join la program ni dengan budak2 rumah. Dapat makan free best pulak tu, dapat keluarga angkat yang baik, dan yang penting dapat jalan2 p keningau dengan mereka2 yang cun ni...hoyeaaa!




April 2010

Sempat join program Solat Hajat Perdana dan Forum Akademik yang memang mantop la. Yang ni under EKSAH dan Akademik.

"Hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia kerana sempurna ciptaan manusia, Suatu
hari kita gagal menyeberangi jambatan akhirat kerana tidak meyempurnakan tuntutan dan kewajipan"


Febuari- Mac 2010

Bulan Febuari ni banyak agenda underground sikit. Meh kita skodeng satu-satu

1- Kimia Industri Family Day. 27.02.2010




2- My Kosmate and myx-chentahati celebrate besday aku yang ke_____tahun. 14.02.2010





3- Join sebagai AJK Makanan kali untuk Program Kembara Ilmiah Siri II, best owh tempat ni, sejuk coz kat kaki gunung kinabalu. Nampak tak gunung kinabalu dalam gambar tu? 12-14.02.2010





Januari 2010

Awal2 sem dah sibuk dengan pilihanraya kampus PRK. Sistem e-voting masa PRK kali ni banyak mencetuskan rasa tak puas hati kat kalangan mahasiswa. Korang baca paper tak? hehe.. Apapun walaupun penat, turun kolej tu, turun kolej ni untuk manifesto calon dan tolong meraih undi, tapi semuanya berbaloi la bagi aku sebab, most calon2 yang aku vote, dan promote menang. Alhamdulillah.. nak lagi baca sini.




"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah"






Selamat Tahun Baru 2011..
Hope azam yang 2010 dah tertunai, so jom kita sama2 tunaikan azam 2011. 

5 comments:

Miss Eyda said...

hye dayah. happy new year :) ada gak terselit kan gmabar kat post nie. hehe :) semoga 2011 memberi kegembiraan untuk kita menghabiskan degree :)

kyoo reza said...

hu3x..
mcm ade lak gmbr2 aq tersepit dicelah2 tuh...hu3

bgus2 wat entry dr dec-jan..terbalik lak..hu3

happy new year ^^

nur khairunnisa aznan said...

hye dayah..epi new year..hopefully 2011 akan di'grab dgn baik oleh dayah..hehe

::wan fadhilah:: said...

selamat tahun baru dayah.. sam2 kita menempuh tahun 2011 dgn jayanya di UMS ini.. hehe

da[Y]un said...

eyda: hepi new yearjugak...amin!

kyoo: tu maknanya aku ingat ko. bagus pe wat entri terbalik. Ko ada??? hahaha...

nisa: mek ni suka benar wat tubik word femes2! hari ni kita belajar 'grab' yea tuan puan. Penangan si zizan la nih..hehe. Hope nisa pun begitu jugok yea!

wan: HNY jugak wan...yea kita tamatkan perjuangan kita kat sini dgn yg terbaeekkk dari ladang...huhu

♫ singgah sat..