Wednesday, December 8, 2010

Pandangan pertama tak semestinya seperti yang disangka!


Jangan mudah percaya pandangan pertama korang... sebab nanti mesti ada jugak yang tak kena. Betul! percayalah aku cakap ni. Apa kes cIk dayun ko dop menghasut orang percayakan statement ko ni. Tapi memang betul apa..eish! Tak percaya,meh aku tunjukkan...



Tolong perhati menda dalam bakul tu... tilik jangan tak tilik!
Tilik lagi sekali...banyak kan? Kalau aku blend, grind semua menda yang berserabut dalam bakul tu, korang rasa total weight dia leh dapat tak dalam 40.00 gram? bukan kilogram k, ditekankan sekali lagi 40.00 GRAM. Nampak banyak kan? Tapi nanti bila dah dikeringkan, kasi hancus lagi... tak sebanyak tu pun.



Ini entri sakit hati sebenarnya. Sakit hati ngan seaweed kappaphycus ni. Macam mana tak geram, da la nak bagi bersih da amik masa kurang satu hari, then nak jemur bawah sunlight bagi kering kat seminggu dah sebab cuaca tak menentu, bila dah kering, kasi blend last2 yang dapat berat bersih la kiranya ni just 6.80 g je. Lum campur ngan yang dah tertumpah, terjatuh situ sini. Mana lagi nak cari yang 30 lebih gram yang tak cukup tu. Ini senanya kisah yang berlaku kat kawan aku, partner Final Year Project aku. Aku yang turut sakit hati kan.


Gambar kat atas tu senanya seaweed yang baru je aku lepas cuci tadi sebelum aku buat entri ni. Kitaorang punya projek sama je, cuma yang aku punya aku lum grind lagi. Aku da cuak ni takut esok lepas aku blender, sieve smua, dapat berat bersih cam kawan aku tu gak, 6.80 g tu baru leh run satu sample, sample ada 6 semua. Huh... jadi sebagai backup la takut2 nanti esok aku grind nanti tak cukup gak, kitaorang terus cuci yang baru...kena jemur lagi. huhu...



Ni seaweed yang aku cuci minggu lepas, bayangkan beaker 5000 mL yang beasr tu lebih separuh beaker yang aku cuci, last2 bila kering, separuh beaker ngam2 nak cecah takat tu je. Lum aku grind lagi. Erm... kalo grind esok banyak mana la aku dapat, ntah2 lagi sikit dari kawan aku tu...huhu :)



Tak sabar nak tunggu hari esok, nak blend seaweed tu,sieve and timbang tengok berapa yang dapat. Erm.. kalo tak sampai 40.00 g terpaksa la aku tunggu seaweed yang aku baru bersihkan tadi kering lagi. Pambaziran waktu betul. Harap je nampak banyak before grind... sekali grind ntah berapa je dapat. Pandangan pertama tak semestinya apa yang kita jangka. Betulkan! Dalam konteks projek aku ni la.


Tapi aku suka kerja aku [sila abaikan bebelan aku kat atas tu..huhu]



Okla, da ngantuk da senanya ni..penat seharian di lab hari ni, pastu tadi dok kerah urat tangan tenaga semua p cuci seaweed. Esok awal2 nak bangun p lab lagi. Cik dayun minta undur diri tuk tidur. Btw, gambar kat atas tu ialah Abalone masak kicap. First time makan menda ni best jugak cam cendawan butang pun ada...huhu. k, nite sweet sour dream :)


3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

mcm cacing pun ade gak... heheheheeh

da[Y]un said...

faiz: macamje kan.. bukan2 betul2.

::FAIZ FARISH:: said...

Anda D Tag. Sila Buat

♫ singgah sat..