Sunday, December 26, 2010

Satu bacin satu pahit. Jom tolong saya selamatkan kedua-duanya...


Jom Masak-Memasak  ^___^


Hai semua...lama tak mengarut kan sini kan. Bukan sebab homesick aku yg belum2 habis tapi sebab aku dah kekeringan idea untuk menulis entri. Faham2lah kalau lama dah tak menulis, takde idea nak menulis ditambah dengan mood yang asyik berubah-ubah. 


Samalah macam mengaji Al-Quran, kalau dah lama tak mengaji, nanti susah nak sebut ayat-ayat quran dengan betul, pelat, keras lidahla.. jadi rajin-rajinkanlah baca Al-Quran walaupun sepotong ayat. Dan kalau dianalogikan dalam dunia blogging ni, rajin-rajinkanlah update blog selalu barulah tak jadi penyakit kering idea macam aku nih. 


Sudah! Sudah! 


Ni ha nak habaq mai ni. Semalam kosmate aku bagi la aku sayur-sayuran fresh dari Ranau. Masalahnya ada dua jenis sayur ni memang aku tak pernah makan. My mama and my abah pun tak pernah masak sayur ni. Korang tahu tak macam mana nak masak 2 jenis sayur ni. Maksud aku cara masakan yang sesuai dan simple la. Sebab setipa satu sayur ni ada sifat buruk yang aku kerang suka.


1- Radish a.k.a Lobak Putih



Kawan aku cakap radish ni bacin dan rasa dia pahit sikit pastu berangin la dia cakap. Jadi kalau tak tahu cara masak yang betul semua rasa2 ni tak boleh buang tak best la rasanya nanti. Aku ada search kat encik goOgle tapi tak berapa yakin nak buat lagi. Korang yang pernah masak menda ni, share la resepi anda dengan cIk dayun. Kalau lobak merah tu aku tahu la macam mana nak kerjakan. Sayang weh.. nanti sayur ni rosak, bukannya ak ada icebox nak simpan lama-lama.


2-Sawi Ini Pahit



Sawi ni daun dia lonjong sikit. Kosmate aku cakap dia da masak tapi rasa pahit tak hilang. Belum masak pun dah dapat rasa bau pahit tu. Tak pernah pulak mama ke abah beli sawi yang jenis macam ni. Biasa-biasa kitaorang masak sayur sawi cina, sayur sawi yang batang hijau tu, takdelah pahit. Apa yang aku jumpa kat goOgle sayur ni biasanya orang buat jeruk. Perghhh!!! sayur pun buat jeruk. Kalau nak masak2 biasa goreng je nak buat macam mana ek biar rasa pahit dia tu hilang. 


Nak tanya mak aku pun ntah dia tahu ke tak..erm, nak tanya tok wan aku pun tak pernah nampak dia masak sayur-sayur ni. jadi aku tanya korang la...hehehe.

7 comments:

princeduyong said...

cukup tak suka sawi...

da[Y]un said...

princeduyong: selalu je jumpa orang yang tak suka makan sawi..huhu

::FAIZ FARISH:: said...

nanti nak rasa masakan ko, blh?

::FAIZ FARISH:: said...

nanti nak rasa masakan ko, blh?

Ieqa Swetluv said...

dua2 sayur pernah nampak tapi x pernah terfikir pun nak masak buat lauk hohhoho

iQapiQa said...

kalo dua dua pahit sume i xmkn..heheh
tp,kalo da tahu cra msak gtau ea

da[Y]un said...

faiz farish: meh kita men masak2 sama2..nak??

IeQa: iyea kew? jom kita fikir sama2 macam mana nak kerjakan menda nih.huhu

iQapiQa: odw..gigih cari resepi kat goOgle.huhu