Saturday, January 29, 2011

Perlu ke anda undi saya? : sticky mOde




Salam hujung minggu semua...
Ada baca tajuk entri ni? ok la..just to mention yang dayun ada join contest Aku & Atok tempoh hari. boleh tenyeh SINI untuk review entri contest tu. dayun join contest ni sebab atok sendiri  yang ajak join contest ni. ingatkan atok sendiri yang akan judge esei 100 patah perkataan kita orang ni, tapi rupanya-rupanya tak.


korang, bloggers sekalian yang akan pilih esei siapa yang patut menang. dayun sebagai peserta dikehendaki promote la esei yang dayun tulis tu supaya ada yang vote nanti.


Inilah esei darjah enam dayun tu:


Kalau kawan-kawan semua sudi, kalau kawan-kawan semua rasa esei ni patut menang silalah undi yea. Tapi kalau tak tak payahla, maybe ada peserta lain yang lebih layak dan esei mereka jugak best-best...huhu. saya berkempen ni (cam nak bertanding PRU pulak..hahaha). 




Kalau nak undi boleh start undi dari sekarang sampai 7 febuari 2011 ni kat SINI: blog atok. Kotak undi tu yang macam kat bawah ni ada tertempek kat bawah entri palaing akhir pada page HOME ATOK. Kalau anda rasa esei saya layak sila vote 'dayah dayun'.






Huh! penat, mengah taip entri ni (harap berbaloi :p)... selamat mengundi dan terima kasih kepada yang undi esei dayun ni dan terima kasih jugak kepada anda yang sudi baca blog picisan dayah dayun ni. smile to the world and world will smile to you ^____^


bebel lagi : sekarang da mid-sem break n dekat CNY, hepi chinesse new year :)

Friday, January 28, 2011

Lagu tema kami hari ini ialah Fikirkan Boleh!


tak sabar nak makan semua ni.. lapar ek!

took our dinner @ 7:45 pm
tenkiu to miss ruby our supervisor  coz belanja sate..huhu

Today nasib tak berapa baik. Faezah ngan Jannah pagi-pagi experiment dah fail. Boleh pulak tetiba uncang seaweed tu terkoyak. habis semua seaweed keluar. Kesian faezah, dahla sampel dia tu nak kena treatment dulu baru leh proceed ke biosorption. Treatment tu dah la makan masa. Terpaksa la dia treat balik sargassumnya. Nangis2 dia tadi..cian dia

mengantuk ek fyda..takpe2 kejap je lagi

inilah si faezah tu..jgn nangis ek.



Si zana pulak tak habis-habis berusaha cari jalan macam mana nak buat biar semua seaweed kappaphycus tu basah semua mean fully react la. sampai siap menjahit uncang teh tu biar jadi besar. caiyok zana kalau kau berjaya aku pun boleh run sampel aku jugak. Fyda pulak nampaknya advance sikit hari ni,da dapat proceed ke stage seterusnya. tahniah! tahniah!.


zana tekun menjahit..jahit jangan tak jahit :)


Siapa la pulak gadis-gadis yang dayun sebut kat atas ni kan? soriii...lupa nak kenalkan. gadis-gadis yang i mention kat atas ni semuanya group members aku untuk final year projek. kiranya kitaorang bawah satu supervisor la. hari ni kitaorang buat OT lab k..suka-suka hati aku cakap OT. kalau tak stay sampai malam jawabnya tak siap la eksperimen kami ni. Dahla run satu sampel amik masa 3jam. sorang-sorang ada 6-12 sampel. huh! penat. 


biosorption process tengah jalan!

nampak tak uncang putih tu, mengembang macam jantung je. menda ni la yang si zana dok jahit tu

seaweed yang tengah d-treatment..hak milik faezah

apendof: dalam ni ada hasil biosorption seaweed tadi untuk di uji pakai ICP-OES

dah habis makan dah..



Sebab kami semua sedih sikit pagi siang tadi pasal eksperimen ni, jadi aku dedicate untuk diaorang lagu FIKIRKAN BOLEH via frenzyfm. muka yang dah layu-layu terus bersemangat biala dengar lagu ni. siap nyanyi lagi...huhu. Tak kira la apa yang bakal kita tempuh esok, fikirkan je kita boleh buat. jangan risau bha, grad jugak tu kita nanti ^___^


bebel lagi: maaf atas kualiti gambar yang kurang ok. biasala bha..1.3 megapx..huhu


Monday, January 24, 2011

Kata facebook nak tutup, ni upgrade baru lagi ni..



Aku tak tahu la aku ni yang ketinggalan ke ataupun memang fb baru upgrade menda ni. minggu lepas, semalam pagi, petang, malam aku buka facebook takde pun menda ni. Alih-alih aku buka dalam jam 2 pagi gitu la, ada pulak menda kat ruang kita nak post status tu





Nampak tak apa yang dayun hightlightkan tu. Bila masa pulak ada facemood kat situ. Aku apa lagi terus try la. Nampak tak post dayun yang dalam kotak pink tu...huhu. Cam jakun tak pernah jumpa menda alah ni pulak aku ni sampai 2 tu p tempek kat situ...ngeh3


Tapi best la ada menda ni. aritu aku install yg facemood tu pun just leh guna kat chat je. nanti jangan pelik yea kalau aku asyik dok letak icon-icon kat atas tu jew kat posting aku, huhu...biasalah, pompuan yang tulis ni macam budak baru dapat mainan, bila da bosan nanti dibiarkan je..hehe


bebel-lagi: nampaknya tak jadi la fb tutup kalau gini...erkk!

Nuffnang LOL! banyak yang aku tak faham



Saya tempek je cIk nuff kat blog, tapi saya masih tak kenal DIA

comel tak mr. froggie sy...ngeh3





Saya pun lupa sejak bila saya letak cIk nuff tu kat blog saya
Saya ingat lagi masa first2 letak dulu pun saya tak tahu macam mana
la bank maya ni berfungsi. yang saya tahu kalau orang kelik iklan dapat duit
saya tak berapa kisah sangat pasal DIA awal-awal dulu



tapi bila dah lama-lama saya jadi tertarik pulak dengan DIA. Ramai blogger
selalu tulis pasal metered earning la, buffered earning la,
click-per-ratio CTR,CPM la
. Saya cuba cari di site DIA, saya jumpa tapi saya tetap tak faham apa maksud semua terms ni. bengap sangat ko dayun..huhu




Tadi tengok earning..da boleh cashout, biarlah je la kat situ. Earning saya
biasa-biasa je, satu2 iklan tu tak pernah la dapat banyak pun. Tapi, tadi bila saya cek earning tuk minggu lepas, ada satu iklan tu sampai berhinggit la jugak, tapi
taklah banyak,lebih sikit drp biasa..huhu. tgk CTR 20% je,yang CTR 100% pun tak
sampai banyak tu. Sebenarnya saya pun tak faham sgt CTR tu macam mana.
Ke CTR tu takde kaitan pun ngan earning..



Tolong boleh tak, tolong explain kat dayun sikit pasal terms kat atas tu.
Kalau boleh explain tu biarlah senang faham sikit ek.. biasalah
pompuan yang menulis ni lambat tangkap bukan sikit tapi banyak owh!



tenkiu...sharing is caring 

Friday, January 21, 2011

Giveaway Contest Atuk: Aku dan Atuk


Hai semua..ini adalah giveaway contest dari Atuk pemilik blog PetuaKitaSemua, sempena ulangtahun kelahiran beliau pada 27 Januari ni (sila wish yea).huhu




Contest ni terbuka kepada pemilik blog dan facebook je. Apa yang perlu dibuat ialah karang satu esei tentang AKU & ATUK tak lebih dari 100 patah perkataan. Klik SINI untuk lain-lain rules. Kat bawah ni eseinya ya atuk


<Ini kisah atukku tok ayah dan cucu sulongnya, aku. Waktu sekolah dulu, tok ayah selalu siapkan lukisanku untuk kelas seni lukis. Cikgu puji-puji aku sebab dapat buat lukisan yang cantik, padahal semua tu hasil tangan tok ayah. Kesian cikgu tertipu. Tok ayahku bank teka-teki, dan aku selalu je kena surrender. Hujung minggu kami di kebun getah, naik turun bukit untuk kutip susu getah. Kata tok ayah, pokok-pokok getah tu anak murid dia, dan dia adalah cikgunya. Itulah tok ayah. Umur tok ayah dah 70, hasratnya kalau boleh biarlah dia sempat melihat aku berkeluarga. Terharunya. Kak long sayang sangat tok ayah.>


Entri Atuk yang cucu suka ialah PetuaJagaSeluarJeans. Tenkiu atuk ajar dayun cara yang betul. sayang atuk...tehee >@<




Dayun nak tag:

2- nisa'


Sekian, terima kasih..hehe

Thursday, January 20, 2011

Tak best la bW sini, sebab radio tu...


Assalamualaikum semua, hai apa  khabar?
Bertemankan saya dayun dJ anda hari ini...Teruskan mendengar frenzyfm, mesti gempak punya!


Perasan jadi dJ la pulak..huhu ^___^
Pernah sebelum-sebelum ni dayun ziarah blog kawan-kawan baca entri diaorang, ada la yang tulis antara sebab-sebab orang tak suka datang blog kita sebab ada widget player lagu. Lagi-lagi kalau yang player tu tak boleh kasi mute lagi la. Katanya boleh mengganggu kosentrasi mereka baca entri. Lagi-lagi kalau masa tu tengah bW semua blog yang tengah view tu ada player music...tak ke haru. 


Ada la jugak beberapa orang blogger yang pernah tegur dayun pasal radio yang dayun letak kat blog dayun ni and dayun tak kisah. Saya still tempek radio tu kat situ. Bukan apa, dayun suka  layan radio online ni. Most lagu-lagu yang dJ dia putar dan yang budak-budak ni minta kena dengan jiwa saya. Lagipun takyah la susah-susah dayun nak p buka site frenzyfm semata-mata just nak dengar lagu lainla kalau saya nak chatting.


Macam mana leh tersangkut ngan frenzyfm ni? Cer ceghite, cer ceghite...

Gini la rupanya site ni masa first-first pertemuan kami.. 

Al-kisahnya, masa tu di awal kemunculan dayun dalam arena blog ni, ceh..terziarah la blog si Eyan, Air Batu Champur. Nampak la radio online ni tertempek kat blog dia. Jadi dayun try la view dia punya site. Kagum seketika sebabnya selain dengar lagu banyak menda leh buat kat sini. Kita akan ada akaun kita sendiri, leh chatting, minta lagu, join group dan macam-macam lagila. Masa tu orang tengah gila, kemaruk layan facebook tapi dayun yang belum pun mempunyai akaun fb ketika tu dok kemaruk chatting dekat site frenzyfm ni.


Ini la chat room@ frenzyfm, tapi sekarang lain suda lepas renovate sikit hari tu :)

Tengah-tengah malam, lepas beres kerja terus terjah site frenzyfm. Buat apa lagi chatting la sampai 2,3 pagi. Antara orang terawal yang dayun kenal masa tu ialah kerabatchieko dan cha-cha. Tapi saya yang si lembab macam si gary siput si spongebob tu selalu je ketinggalan. Orang dah masuk topik baru, dayun masih merangkak2 taip mesej .huhu..


Latest layout tuk site ni..sweet kan nampak..huhu. Kredit kepada programmernya


Takkan bosan la layan frenzyfm ni, lagipun dia tak banyak iklan yang merapu-rapu. dJ-djnya pun mantop! Orang kuat frenzyfm ni si Dakmuo habaq, diaorang nak kasi bagus lagi site ni sebab ada masalah teknikal, maklumlah dengan traffic yang tinggi dua tiga menjak ni. Kalau la jadi, maknanya berubah lagi la layout site ni. Yang kat atas ni yang latest punya la ni. Erm..apa-apa je la, janji radio online ni tak tutup terus. huhu


Kalau rajin, kalau suka view la site ni k..teruskan mendengar frenzyfm, mesti gempak punya. Habis sudah saya bebel

Tuesday, January 18, 2011

Shahiezy Sam cuti berlakon



INI juga mengenai kisah pelakon muda, Shahiezy Sam. Pelakon yang sedang ‘meletup’ dan sensasi juga kerana lakonannya bukan pasal kisah peribadinya. Shahiezy yang mula mendapat pujaan peminat kerana lakonannya yang pelbagai ragam dalam filem yang dibintanginya seperti Adnan Sempit, Evoulusi KL Drif 2, Bohsia dan Ngangkung. 

Boleh dikatakan semua filem yang dibintanginya tidak merugikan penerbit. Itu sebab lepas satu filem, ke satu filem dia berlakon. Kata Sam waktu berbual dengan Cik Normah baru-baru ini, selepas dua tahun berlakon tanpa rehat, tiba masanya dia nak bercuti untuk sementara waktu.


Tidak ada waktu yang ditetapkan berapa lama dia nak cuti. Tapi Sam mengaku, dia sebenarnya agak penat. Dia nak menjalani kehidupan biasa bersama keluarga dan kawan-kawannya. Betul juga. Pelakon pun manusia. Bukan mesin. Mesin pun kalau asyik selalu digunakan tanpa penyelenggaraan, lama-kelamaan boleh rosak juga.
Sebab itu, penerbit pun kena pertimbangkan permohonan pelakon yang dedikasi macam Sam untuk bercuti beberapa hari. Mereka juga perlukan masa untuk mengumpulkan tenaga, idea selain menyelesaikan beberapa urusan peribadi. 

Mungkin antara percutian Sam ialah bersama peminat iaitu menerusi acara Gemilang Bersama Bintang (GBB) sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Langkawi pada 27 Januari hingga 30 Januari. Selain Sam, acara percutian di Langkawi ini turut disertai Lisa Surihani dan penyampai radio terkenal HotFM, Faizal Ismail. 

sumber: BeritaHarian


Dayun nak cakap: Cuti kejap2 je la sam.. 

Monday, January 17, 2011

My schedule for today :)



Bismillahirrahmanirrahim...
Segala pujia-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam...




Isnin : 17 Januari 2011


08:30 am: Dayun at Organic Lab/ Check pH for seaweed titration last week/ Calibrate pH  for Cadmium (II) Stock Solution.
10:00 am: Attend Biochemistry Class (tak suka la kelas ni, biOlogi je byk..zzz)
12:00 pm: Meeting with supervisor (Ayat femes beliau," ado gapo mek?")
01:00- 02:00 pm: Break jap, Makan la apa lagi......
02:00 pm: Next station, Sulaman Central Post office (baca dengan nada anounce kat dlm kTm tu ya). Need to submit LI form.


Then__________________will be thinked later on!


09:00 pm: Wajib tOnton setiap isnin: No Ordinary Family ^______^
Bye2 everyone..nak bersiap p kampus uMs terchenta. :p

Sunday, January 16, 2011

Hasrat Nik Aziz berundur tidak tercapai: Sedikit sisipan untuk bloggers


Beliau (TGNA) mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam.



Walaupun peringatan ini diucapkan di hadapan bloggers yang kebanyakannya menjadikan blog mereka sebagai wadah membincangkan isu politik semasa, tetapi apa yang saya ingin highlightkan di sini adalah pesanan Tuan Guru seperti yang tertulis di atas.


KUALA LUMPUR, 15 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan, hasrat beliau untuk berundur dari jawatan menteri besar Kelantan sehingga kini tidak tercapai.

Ada sahaja, katanya, rintangan yang menghalang hasratnya itu dan kini beliau telah melebihi 20 tahun memegang jawatan itu. Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini




Menulis & Menyebarkan Kebaikan dari Sisi Pandangan Saya: Seorang Blogger Biasa



1- Kita menulis untuk memperingatkan diri sendiri terutamanya dan juga orang lain. Jadi ada baiknya kalau ingin menegur biar kena dengan caranya dan tidak mengaibkan orang lain. Macam yang berlaku baru- baru ni, isu perempuan bertudung dan bershawls melaram tu, ada betulnya apa yang ditulis tapi yang menjadi salah ialah apabila spesifikasi diberikan sehingga mengaibkan orang-orang tertentu secara teran-terangan,


Apa yang saya faham, dalam islam itu sendiri tidak menganjurkan kita berbuat demikian. Biasakan, dalam sirah  dan hadith yang kita baca, kalau seseorang hendak dijadikan contoh sekali pun hanya digelar sebagai 'fulan bin si fulan'. Apabila pendekatan yang diambil salah, maka begitulah jadinya. Kesannya, mesej dan teguran yang diberi tidak sampai sepenuhnya kepada mereka yang sepatutnya, malahan kebaikan islam itu sendiri terlindung disebalik sedikit kecacatan.


Sabda Rasulullah s.a.w, " Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara,terlebih dahulu ia kembali kepada hati nuraninya. Apabila manfaat baginya dia harus bercakap dan apabila ia mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai pa sahaja yang dia mahukan."


2- Kalau dari sudut politik, banyak penulisan kini tidak kiralah di blog-blog, artikel-artikel, mahupun akhbar-akhbar harian yang menulis tanpa mengambil kira mana yang benar dan mana yang tidak tetapi sekadar memprovokasi dan lebih banyak kontroversi. Ada pihak yang hanya menulis tentang kebaikan parti sebelah sini dan terus menerus menceritakan perihal buruk parti sebelah sana. Tiada keseimbangan. Selaku yang menulis, seharusnya diselidik sehingga ke akar umbi dan menulis apa yang diyakini benar sahaja. Elakkan lah memalsukan fakta dalam berhujah.


Kita sebagai pembaca mahupun pemerhati lebih kepada mendengar dan menerima sahaja. Seeloknya, kita cuba faham dan hadam apa yang kita baca, dan tahu dasar sebenar yang disampaikan oleh kedua-dua pihak. Akhir sekali barulah dapat kita membuat justifikasi yang betul dan telus. Janganlah pula mudah membuat kesimpulan yang boleh mewujudkan prasanagka buruk. Yang menulis pula harus sedar akan apa yang mereka sampaikan. Seeloknya, ulasan yang diberikan tidak mengelirukan orang yang membaca, sebaliknya lebih kepada mengajak para pembaca sama-sama berfikir secara lebih rasional. 


Wallahua'lam...

Thursday, January 13, 2011

ABPBH 2010: senarai Top 5 setiap kategori dan pilihan saya


Walawe..senarai top5 setiap kategori untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dah keluar. Dari apa yang aku baca dari blog2 dan mstar online, Ana Raffali ngan Raja Azura adalah artis yang terbanyak mendapat pencalonan untuk ABPBH kali ni.


Aku tak pernah terlepas tengok anugerah ni. Siap download lagi. Sila percaya saya ada beberapa koleksi ABPBH dalam simpanan. Bukan apa, best tengok celoteh pengacara-pengacara ABPBH. Kak Ogy, Raja Azura, Sharifah Shahirah semuanya kasi pecah perut ngan lawak selamba diaorang tu. ^___^


Kat sini aku senaraikan artis yang tercalon dalam senarai top5 setiap kategori ngan artis yang aku pilih sebagai pemenang. huhu...






ABPBH 2010
Venue: Arena of Star Genting Highlands
Date: 3 April 2011


Banyak berubah pilihan aku tahun ni. Belum2 ni pilih Nabil tapi kali ni aku pilih Zizan untuk kategiri artis komedi popular. Biasa2 pilih Fafau tuk pengacara tv popular, tapi kali ni aku nak sangat Raja Azura yang menang pulak. Dulu2 kumpulan nasyid pilih Rabbani, tapi kali ni aku pilih Hijjaz, nak jugak rasa orang lain menang walaupun aku memang suka Rabbani. Dan yang paling penting, Ana Raffali..ko mesti menang. Biarlah oarng tak suka ko, aku tetap suka...


Korang macam mana? Pilihan korang? Ke setuju ngan pilihan aku? hahaha...

Wednesday, January 12, 2011

Hari-hari aku catat supaya tak cacat!


Aku tak tahu la aku punya perangai ni dikategori macam mana. Tapi ni memang tabiat aku. Aku jenis suka catat, listed apa je yang aku kena buat. Aku suka buat bajet, listed apa je yang aku nak buat hari ni-esok-dan seterusnya, barang yang aku nak, aku nak p mana, apa nak beli, boleh kata semua menda yang boleh dicatat aku akan catat.


Kononnya awal-awal pagi aku dah listkan apa aku nak buat, nak beli...tapi ko tengok aje la, lagi 3-4 jam pastu mesti aku senaraikan balik. Dan percayalah perkara yang sama akan aku buat balik beberapa jam selepas tu. Padahal apa yang aku tulis tu menda sama je.




Bajet sem6_2011


Ni bajet aku untuk sem ni. Sem belum2 ni pun gini la jugak. Aku suka buat bentuk soft copy sebab senang nanti aku nak potong yang mana dah selesai, separuh selesai, tak selesai langsung pun ada. Walaupun aku da buat cantik- cantik macam ni, percayalah kalo korang check notebook aku tak pun kertas-kertas yang tak guna dalam beg aku, mesti ada je contengan kira-kira yang aku buat. Tak tahu sindrom apa yang melekat, tapau air je pun terus aku nak kira berapa sudah duit aku guna, lari bajet tak.


Aku rasa macam tak sempurna je kalau sehari tu aku tak catat, tak tulis, tak kira balik apa yang aku dah belanjakan, yang belum dibelanjakan lagi takpun menda yang aku belum dapat lagi. Kadang-kadang aku tengok menda sama je aku tulis tu. erm...buang masa, sia-sia pun ada jugak bila aku fikir balik. Tapi da jadi tabiat bukannya nak buang tebiat!


my wishlists 2011


mYwiShLiSts...
Aku suka senaraikan apa je yang aku nak. Cara aku, aku akan bagi ikut part-part tertentu. Part pakaian, barang peribadi, barang sekolah, makanan, buah tangan tuk adik-adik, disiplin diri. Semua-semua ni aku akan senaraikan ikut yang mana penting dan tak. Bukan apa senang nanti, takdelah aku terlupa menda penting, terbeli benda yang tak patut ke kan.


Tambah-tambah part 'buah tangan tuk adik-adik'. Ni antara list yang terpenting la bagi aku. Selaku kakak sulong kepada 10 orang adik beliau, memang aku takkan terlepas dari dapatkan apa yang adik-adik aku nak. Especially yang kategori bawah umur 12-tahun ni. Apa yang adik aku nak, aku cuba usahakanlah tuk dapatkan untuk diaorang. 


Aku nak diaorang dapat rasa apa yang aku tak rasa masa aku kecil sebaya diaorang. Dulu aku selalu jeles dengan kawan-kawan yang ada kakak dan abang, sebab abang-kakak diaorang selalu belikan macam-macam tuk mereka, dan aku hanya mampu tengok je la. That why kalau adik-adik aku mintak apa-apa aku cuba dapatkan. Jadi aku takut terlupa, aku perlu catat dalam senarai wishlists peribadi aku.


Bagi aku, setiap hari yang aku mulakan tanpa catatan macam cacat tak sempurna. Sebab dengan mencatat aku dapat cover,backup apa yang patut. 
Wallahua'lam ^______^

Monday, January 10, 2011

Kisah di sebalik surah Al-Kafirun





Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1- Katakanlah (Muhammad)," Wahai orang-orang yang kafir!
2- aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3- dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4- dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5- dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah,
6- untukmu agamamu, dan untukku agamaku"



Turunnya ayat-ayat dalam surah di atas bersempena dengan satu kisah ketika islam mula-mula disebarkan. Disebutkan dalam satu kisah bahawa orang Quraisy Mekah telah membuat pelbagai tawaran kepada Rasulullah S.A.W supaya meninggalkan ajaran islam yang dibawanya ketika itu. Ada yang menawarkan harta, pangkat, perempuan dan macam-macam lagi supaya penyebaran agama islam dihentikan oleh baginda. Akan tetapi Rasulullah tidak mahu menerima satu pun dari tawaran tersebut tetapi terus menerus menyebarkan islam.


Setelah pelbagai cara dilakukan oleh orang Quraisy, lalu pada suatu hari mereka mengajak Rasulullah berbincang dan membuat tawaran lagi kepada Rasulullah S.A.W dengan tujuan supaya baginda berhenti menyebarkan ajaran islam. Dipendekkan ceritanya:

"Ya Muhammad, apa kata kami menyembah Tuhan kamu sehari dan  kamu menyembah Tuhan kami sehari, berselang-seli"

Rasulullah tidak bersetuju, lalu mereka pulang berbincang sesama mereka dan datang bertemu Rasulullah lagi.

"Beginilah, Kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari"

Rasulullah menjawab,"Tidak"

Orang Quraisy membuat tawaran lagi kepada Rasulullah, "Kami sembah Tuhanmu selama setahun dan kamu sembah Tuhan kami sehari, bagaimana?"

Rasulullah menolak tawaran tersebut,lalu dari pertemuan tersebut turunlah ayat Allah seperti dalam surah di atas.





..............................................Wallahua'lam...............................................




Review buku: Biografi Muhammad Bin Abdullah


Sem.Malaysia: RM35.00
Sabah&Sarawak: RM38.00


Kisah yang saya ceritakan di atas terdapat dalam buku ini di bawah tajuk," Quraisy Membuat Tawaran". Buku sirah nabi ini tidak seperti sesetengah buku sirah yang lain di mana kebanyakannya menggunakan istilah arab yang sukar difahami. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W bermula dari pembukaan Mekah dan kaitannya dengan keluarga yakni keturunan Rasulullah, dari baginda dilahirkan sehinggalah ke kisah-kisah peperangan yang baginda sertai.



Keseluruhannya, buku ini tentang kisah hidup Rasulullah S.A.W. Saya pun belum khatam lagi buku ni, tapi percayalah bila saya baca buku ni macam nak terus baca je. Sebab setiap part dalam buku ni dia berkait dengan part yang seterusnya. Jadi rasa macam tak lengkap je kalau tak baca part yang seterusnya. Saya rasa korang pun kalau baca buku ni akan rasa macam tu jugak.


Saya baca sebelum tidur, sempat la jugak habiskan dua tiga tajuk kecil dalam satu-satu bab tu. Ada masa bacalah buku ni yea..bagus. Kredit to my roomate sebab belikan buku ni dan benarkan saya jadikannya bedtime stories sebelum tidur.huhu...



p/s: 1- Ana Raffali menang juara lagu...ada yang tak percaya ke?
       2- Selamat Hari Lahir/ Sanah Helwa kepada PakDinEmon[10/01/2011]

Saturday, January 8, 2011

Selebriti malaysia dagu cantik chantek...hehe


Apa khabar Malaysia...
Apa kisah sudah isu hangat di blog sekarang? Ala..isu perempuan bertudung, shawls melaram tu la. Aku malas nak komen sangat, tapi aku setuju la dengan statement jOegrimjOw, semuanya kembali kepada niat kita kan.


Okes, tak nak argh cerita pasal tu. Dayun nak cerita pasal aset selebriti-selebriti Malaysia ni. Korang kan suka cerite pasal artis, asal ada gosip sikit terus google. Melodi, fuhhh!!! komfem layan kan. Sila mengaku..hehe. Bukan nak gosip nak apa, cuma kat bawah ni dayun ada tempek foto-foto selebriti malaysia yang punya dagu yang cantik-chantek.


Ni bukan ranking by google k! Ni pilihan dayun sendiri. Kalau tengok cerita yang ada selebriti-selebirti kat bawah ni, menda first yang dayun perhati ialah dagu diaorang. Cantik la bagi saya, tapi kalau korang tak tahu la. Meh kita buat minyak dagu. Eh! silap meh kita tilik menilik dagu mereka-mereka ini.



Lagi...

Dan Lagi...

Seterusnya...

Akhirnya...
cIk daYah: Eh, eh! Hanis pun dah jadi selebriti?
cIk daYun: mestilah.. top 10 google rank tu. selebriti blog.. huhu




Bront Palarae: Baru adil cik dayun, gua wakil selebriti lelaki.
cIk daYun: Nak jugak. santek sangat ke? ngeh3



Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...