Tuesday, January 18, 2011

Shahiezy Sam cuti berlakon



INI juga mengenai kisah pelakon muda, Shahiezy Sam. Pelakon yang sedang ‘meletup’ dan sensasi juga kerana lakonannya bukan pasal kisah peribadinya. Shahiezy yang mula mendapat pujaan peminat kerana lakonannya yang pelbagai ragam dalam filem yang dibintanginya seperti Adnan Sempit, Evoulusi KL Drif 2, Bohsia dan Ngangkung. 

Boleh dikatakan semua filem yang dibintanginya tidak merugikan penerbit. Itu sebab lepas satu filem, ke satu filem dia berlakon. Kata Sam waktu berbual dengan Cik Normah baru-baru ini, selepas dua tahun berlakon tanpa rehat, tiba masanya dia nak bercuti untuk sementara waktu.


Tidak ada waktu yang ditetapkan berapa lama dia nak cuti. Tapi Sam mengaku, dia sebenarnya agak penat. Dia nak menjalani kehidupan biasa bersama keluarga dan kawan-kawannya. Betul juga. Pelakon pun manusia. Bukan mesin. Mesin pun kalau asyik selalu digunakan tanpa penyelenggaraan, lama-kelamaan boleh rosak juga.
Sebab itu, penerbit pun kena pertimbangkan permohonan pelakon yang dedikasi macam Sam untuk bercuti beberapa hari. Mereka juga perlukan masa untuk mengumpulkan tenaga, idea selain menyelesaikan beberapa urusan peribadi. 

Mungkin antara percutian Sam ialah bersama peminat iaitu menerusi acara Gemilang Bersama Bintang (GBB) sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Langkawi pada 27 Januari hingga 30 Januari. Selain Sam, acara percutian di Langkawi ini turut disertai Lisa Surihani dan penyampai radio terkenal HotFM, Faizal Ismail. 

sumber: BeritaHarian


Dayun nak cakap: Cuti kejap2 je la sam.. 

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Memang penat jadi Pelakon ni, akupun slalu takde masa... Asyik bz je.......

Liya Laa said...

laa pun nak bercuti.
cuti berblog. haha~

::wan fadhilah:: said...

alaaa.. xleh nok ikut sam g bercuti.. huhu.. sodih2.. bilo la dio nk mari sini ek.. huhu

da[Y]un said...

Faiz: yeala..skrang kan da artis korea plak kan?
tak gitu faiz.

Liya laa: ala..knp nak cuti? takleh la baca kisah2 sweet laa :)

Waan: calling2 la wan ajak dia datang sini

♫ singgah sat..