Wednesday, February 2, 2011

Naluri aku memang kuat menyatakan kereta ni akan mati lepas traffic light ni.


Perasaan!!! yup perasaan aku masa tu semestinya takut yang amat dan semua menda yang negatif mula dok fikir. off course sekarang masih terasa walaupun dah sejam berlalu. Mana mungkin aku tak fikir bukan-bukan dahla aku drive sorang-sorang, masa tu dah 10.30 malam dah. Korang boleh agak sendiri la apa yang sorang pompuan tu akan rasa bila keta dia tiba-tiba tak jalan, dan dia sorang-sorang, lepas tu kat tepi belukar tapi masih di jalan utama..


u see!!!

Masalah betul bila handle kereta sewa ni. Ada ke patut budak yang sewa tadi tu bagi balik kereta dengan minyak yang memang dah nazak gila argh. Padahal masa bagi kereta tu tadi minyak tu lepas ko nak jalan sampai KK ok. Dalam hati aku memang kuat la dok kata kereta ni mesti tak sempat sampai stesyen minyak ni. Tetiba aku dah terasa kereta ni macam segan dah nak jalan. Aku cuba nak pecut tapi kereta tu gerak makin perlahan. Kan ke kalau lagi laju kita pecut, lagi cepat minyak habis???




jalan ni tak sunyi pun, banyak keta lalu lalang >.<

tapi..kat tepi tu belukar yang gelap...ee,mana tau kuar ORANG yg bukan2!

And then, korang boleh agak la apa yang berlaku kan? Dan seperti yang aku jangka, memang lepas traffic light terus je kereta ni mati tapi sempat la lagi aku park kat tepi jalan. Macam lain je guna word 'mati' tuk kereta..hehe. Aku dah blank, menda pertama aku buat aku kol Kahar tuan empunya keta. Aku tolong jaga je tolong handle orang sewa sebab dia balik kampung. Nasib baik ada si Arif kosmate aku, jadi si kahar mintak tolong dia bawakan minyak keta untuk aku.


Then, aku nyalakan la signal emergency. Tingkap aku tutup semua cuma belah aku je aku buka sikit. Pintu kereta aku lock. Sepanjang aku tunggu arif datang bawa minyak, aku just dok pandang cermin sisi ngan cermin pandang belakang tu je. Aku bukan apa, malam wei aku pulak sorang je..takut dengan ORANG sebenarnya masa tu. Tunggu punya tunggu dekat setengah jam jugak la, akhirnya sampai la si arif dengan 3 botol mineral berisi petrol. Alhamdulillah.. tenkiu arif. haha...


Tak cukup 3 botol petrol berharga RM8 tu, aku p isi lagi RM10. Kasi sedap hati tengok minyak banyak.hahaha. Padahal trauma. Nasihat aku kepada sesape yang selalu2 sewa keta tu, bertimbang rasa la sikit. Jangan la ko bagi balik kereta tu tangki dah nak kosong. nyanya orang tau. Kan ke parah kalo jadi kes macam aku tadi ni. 


bebel lagi: beringat sebelum kena----> diri korang sendiri!

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Kotoh....huakakakakakakakakakakakaka

::wan fadhilah:: said...

bilo ni dayah? smlm ko? ish.. jahat jgk sapo2 wt bagi balik keto ngan minyk kosong.. huhu.. nasib xdop gapo berlaku..

Ieqa Swetluv said...

sabow jela itula parahnya bila kita sewakan keta pd org yg 'terlalu jimat' ni kan! nasib bek awk x de pape hehe

nur khairunnisa aznan said...

hehhe..nisa penah mengalami peristiwa yg same..ktorg sewa kete pas2 tibe kete 2 makin slow.tp nasib baik dkt ngan petrol stesen..ktorg naik viva isi minyak rm5 je ke kb n btol2 yakin minyak 2 mmg cukup.haha.pas2 ktorg col tuan punye kete n ckp kete rosak..confident+ kedekut punye pasal kan..tp seriously mmg xrs pown 2 kete 2 xde minyak..haha.malu ngan abg 2 sbb jauh2 die dtg sbb ingat kete 2 mmg rosak.:P
(lupe nk mention sal meter minyak kete 2 rosak)

♫ singgah sat..