Thursday, February 3, 2011

Perutusan Tahun Baru Cina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat!


sumber : FB TGNA

Saya ingin mengucapkan kepada semua masyarakat Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 Safar 14323 Febuari 2011. Selamat Tahun Baru. Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun Arnab.


Arnab melambangkan kepantasan dan mesra, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih maju ke hadapan di dalam apa jua bidang, terutama dalam suasana sosioekonomi yang mencabar sekarang.

tengok  beliau teringat tok ayah!

Sesungguhnya masyarakat Tionghua adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap ekonomi dan politik baru di negara kita. Semoga ia selari dengan hasrat semua rakyat dan kehendak pencipta alam sejagat.


Kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama. Islam sebagai agama yang tidak mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Justeru Islam mendidik agar berlaku adil kepada semua bangsa.


Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, melainkan dengan takwa kepada Allah.


Saya dan seluruh warga pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan akan terus komited menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran demi kesejahteraan semua kaum (bangsa) dan untuk mengelak ketidakadilan dan diskriminasi. Hasrat kita semua untuk berjaya melaksanakan dasar yang adil dan saksama.


Semoga masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan khasnya terus memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.


Akhir kata, Gong Xi Fa Cai semoga Allah SWT memberkati kita semua.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan/al-Mursyidul Am PAS
Kota Bharu.
29 Safar 1432/3 Feb 2011


bebel lagi: aku suka masyarakat cina kelantan kerana diaorang lebih mudah mesra dan sangat fasih dialek kelate. bila cakap dengan diaorang tak rasa janggal dan jauh. Hepi CNY to uncle tayar pulai chondong..huhu >.<

No comments:

♫ singgah sat..