Sunday, March 6, 2011

Which one is better LCD or LED monitor?

Kalo dulu punya la besar gedabak lagi berat monitor tu sekarang yang jenis macam tu dah jarang orang guna. Kalo p cyber cafe mana-mana pun sekarang kalau tak guna LED monitor pun paling-paling LCD monitor 18.5"-19" tu. Kalau tak silap aku ni la saiz paling kecil yang dikeluarkan sekarang, susah sudah nak cari yang saiz lagi kecil cam 17".

BenQ-LCD monitor 18.5"
Memandangkan Incik Lappy aku ni mata (skrin) dia dah rosak, dan aku pun fulus tak berapa nak ada, maka tak dapatlah nak tolong ubatkan Incik Lappy ni. Paling-paling kalo nak tukar skrin LCD baru pun, kena budget dalam RM450-600 mak oii, besar jugak bil perubatan kau ni Incik Lappy. Barang-barang tu pun kena order dari KL dulu, baik aku balik baiki kat semenanjung je nanti. Kau pun satu hal p sakit time orang tengah sibuk ngan Final Year Projek ni. Dahla hujung bulan ni nak kena hantar dah. Tapi sebab aku sayang kau aku belum berniat nak menduakan kau dengan membeli laptop yang baru..huhu.

BenQ-LED monitor 18.5"

Alternatif lain yang aku amik setelah mendapat nasihat pakar bedah laptop ialah sambungkan my Incik Lappy dengan external monitor. Jadi minggu lepas aku rajin-rajinkanlah p ushar-ushar monitor kat Karamungsing. Karamungsing ni leh kurang Lowyat la tapi Lowyat lagi high class la..hehe. Yang aku jumpa most LCD and LED monitor la dan yang paling kecil pun dalam saiz 18.5"-19" la. Aku ni bukanny jenis yang pro sangat pasal bab-bab perkakasan komputer ni, jadi memang aku gunakan khidmat promoter kat kedia tu semaksimumnya la.. huhu, sori la abg promoter.


Hasil pemerhatian dan soal selidik, aku:

LCD monitor 
> murah sikit la dari LED, beza pun dalam RM20-30 gitu la
> gambar dia ok, tapi LED lagi terang
> berat sikit dari LED la
> tak berapa jimat letrik

LED monitor
> lebih nipis, ringan
> gambar lagi clear memang nampak la perbezaannya ngan LCD monitor
> jimat letrik dalam 20% gitu..
> LED ni ada adapter, kalo adapter tu rosak monitor takkan berfungsi..kelemahannya la kira ni


Sekarang ni aku ngah fikir mana satu aku nak beli, LCD ke LED monitor. Dua-dua aku leh dapat ngan harga around RM300-350 saiz 18.5"-19" itupun untuk brand ACER-VIEWSONIC-BENQ. Kalau Samsung punya paling kurang pun RM400 dan ke atas la. Kalo korang ada pandangan yang boleh  membantu aku untuk buat pilihan amat dialu-alukan.. Nanti gua sayang lu lebih..hahaha >.<


bebellagi: hujung minggu ni ada PCFAIR kat 1Borneo..leh la ushar-ushar monitor kat sana pulak!

No comments:

♫ singgah sat..