Sunday, April 24, 2011

Abah oii..nape sukar bangat mo ubah fikiranmu ini


Ayat femes abah ku sayang:

"Abg teh nanti belajar sungguh-sungguh, berjaya STPM kekgi bulih masuk U, challenge abe-abe awok yang masuk politek tuh.."

"Anak orang lain pakat masok U blako, kito tu tak tahu mano halo"

"Tu la, main banyak, sibuk dok pacok bendera pilhanraya..kena band la tuh takleh masuk U"



Abah oh abah.. kenapa la susah nak ubah pemahaman, pandangan beliau. Sudah berapa kali aku kasi explain, fahamkan dia, beranalogi lagi, tapi semua tu cam tak bagi long-term effect kat beliau. Masih setting lama jugak. Selaku anak sulong, akulah tempat dia meluah segala-galanya. Kadang-kadang macam reporter pun ada gak. Mana taknya, aku ada adik 10 orang.. pe'el perangai sorang-sorang dia cite kat aku. Boleh kata tazkirah pendek yang patut adik-adik aku dengar, aku pun turut kena.



Aku pun tak faham kenapa bagi abah, kalo anak-anak dia dapat masuk U, itu merupakan satu kejayaan besar. dua orang adik aku sorang tahun akhir dan sorang lagi tahun dua di politek sekarang. Result U kuar, diaorang tak dapat tawaran pun. Abah bising sebab ingat tak dapat sambung belajar. Then diaorang dapat tawaran politek. yang kesiannya, selalu gak abah bebel-bebel sebab tak dapat masuk U. 


my mom on her convocation last year

Aku rasa mind abah dah ter-setting gitu kot. mungkin sebab masa zaman dia dulu susah nak masuk U dan siapa-siapa yang dapat sambung belajar kat U tu memang hebat kot. mungkin sebab tu kot dia asyik dok suruh kitaorang adik-beradik belajar sampai masuk U. hehehe...Abah oh abah. da berapa kali along cakap belajar kat mana-mana pun sama je. Asal niat kita betul dan memang kita belajar. Kalau masuk U sekalipun, tapi belajar tak jugak, sekadar pegang title budak U pun apa kejadah gak kan. Lagipun Politek ok ape, lebih teknikal, budak-budak laki lagi suka.



Buat adik-adikku sekalian, aku tahu korang baca bog ni. Pesan aku, ANGAH & UDA korang belajar molek, maintain pointer 3.00 above korang tu, tunjuk kat abah walaupun korang tak masuk U, korang still leh survive dan berjaya masa depan di politeknik tu. Yang lain-lain, try your best la supaya nanti leh dapat masuk U,abah pun gembira, kita pun takyah poning kepala ek.  


bebellagi: lagi sebulan nak check-out dr uMs =)

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

ala, budak U pun banyak gak yang kantoi pakcik, ada yang siap buat Video Sex kat Lib lagi... (tak itu Dayun?) pastu ada yang terbunting, budak U skaang bukan semua bagus dan hebat...

orang, blajar kat memanapun, asalkan dia tau jaga diri, ingat Tuhan, InsyaAllah Pakcik, dia akan berjaya. Pakcik harap sangat anak2 masuk U, tapi pakcik tak tau lagi apa bakal bebudak tu buat kat U nanti... susah nak cakap skang pakcik...

da[Y]un said...

@::FAIZ FARISH:: bagus di bawa ko ni jumpa bapak aku..hehe. terus request jd menantu.erkkk!

Aida Ismail said...

mak dayun convo apa tu? comel je. hehe

anyway, betul apa yang dayun cakap tu. tapi mungkin juga abah dayun nak yang terbaik untuk anak-anaknya. apa apa pun, masuk U tak menjamin dapat kerja best pun. trust me! I have seen those people yang masuk U but then kerja biasa je. Yang masuk politek keluar siap boleh jadi pegawai. =D

da[Y]un said...

parents, diaorang sentiasa nak kan yang terbaik untuk kita kan.. dan kita pulak kenalah berusaha mencapai apa yg terbaik tu..

dayun setuju ngan aida gak,rezeki manusia ni tak semua sama..