Saturday, April 23, 2011

Maharani review maharaja lawak


Assalamualaikum...pekabor orang kampung, pekan, bandar pun kira sekali lah.


Walaupun kat sini ada tv tanpa astro, aku masih dapat layan Maharaja Lawak ni. Walaupun aku balik rumah nanti, ada astro tanpa astro warna pakej mustika sekalipun aku masih dapat tengok Maharaja Lawak ni. Macam mana tu? Maharani kat sini sentiasa bertuah sebab ramai rakyat jelata di luar sana sangat peka dan prihatin dengan nasib orang-orang seperti Maharani ni. 

Dengan adanya mereka-mereka ni, maka khidmat Orang Kuning yang gagah perkasa amat diperlukan untuk aku muat turun sketsa Maharaja Lawak setiap minggu [DiGi broadband sila up speed ok]. Dengan adanya orang-orang seperti mereka ini juga maka aku tak terasa rugi pun kerana tak melanggan Pakej Mustika sebab aku masih tetap dapat tonton Maharaja Lawak. Arghh!!! lantaklah orang lain tengok live, dah gelak guling-guling sampai keluar anak tekak, sekarang turn aku pulak gelak...janji aku dapat tengok.



Maka sekalung penghargaan kepada MEREKA-MEREKA yang berkenaan yang baik hati sediakan link-link untuk aku muat turun sketsa Maharaja Lawak tiap-tiap minggu terutama TeaMarYzs, site aku selalu download cite gak ni. Aku tak tahu la korang dapat site income ke tak upload links kat site korang tu, apapun aku doakan korang murah rezeki selalu la...amin!



Sementara tunggu dioarang update full link, layan dulu Maharaja Lawak kat YouTube. Ada yang pas subuh nanti baru bantai tido ni... astagfirullahalazim.



bebellagi: Jozan, Nabil, Sepah & Jambu je yang aku layan =)

♫ singgah sat..