Tuesday, July 19, 2011

3 tahun bersama...Indahnya hidup ditarbiyyah



"Jangan pernah rasa diri kita suci dari dosa walaupun selepas istighfar dan solat taubat. Tidak rugi jika merasa diri tetap berdosa kerana itu menambahkan lagi rasa kehambaan dan rasa kebergantungan kita mengharap keampunan dariNya.. Allahu ta'ala a'lam (Allah yg paling dan maha mengetahui)".




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, setelah 2 bulan meninggalkan kampus, masih diberi nikmat iman dan islam, nikmat untuk terus hidup sehingga ke saat ini, nikmat sihat dan lapang dan nikmat peluang untuk menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Dalam kelegaan dan rasa syukur atas nikmat2 yang Allah kurniakan, jauh di dalam hati merindui sahabat2 yang dulunya sama2 bergerakkerja, sahabat2 yang sering menegur anda diri mula lagha, merindui saat2 diri ditarbiyyah agar tak terleka.



Rindu...
Adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu



Indahnya hidup ditarbiyyah...
Erm... kalaulah diberi peluang untuk kembali ke kampus saat ni, dayun takkan lepaskan peluang tu. Kadang-kadang bila hati terasa kosong, mati, di saat itu mulalah teringat akan pesanan2 terakhir sahabat2 di malam liqo’ widaq. Ada yang cakap,



“Hargailah peluang diri ditarbiyyah sepanjang berada di kampus ni, sebab mungkin di luar nanti, di kampung halaman peluang seperti ini sukar untuk  terus diperolehi kerana mungkin banyak kekangan yang bakal hadir untuk tidak membenarkan kita menjalani proses pentarbiyyahan seperti ketika berada di kampus”



Yes, memang dayun akui, di rumah dayun terikat dengan banyak menda yang menghalang diri dari ditarbiyyah secara berterusan. Tapi dayun masih bersyukur kerana masih ada adik2 yang sentiasa menegur bila kakaknya mula lagha. Ada ma dan abah yang sentiasa memerhati tingkahlaku agar tak terover. Tapi kemanisan ditarbiyyah, dididik, di brainwash tu tak sama dengan yang sahabat2 lakukan, cam ada sumting yang kureng... wallahua’lam


No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...