Sunday, August 28, 2011

Mood excited nak dapat duit raya hilang bila tengok hutang


Bismillahirrahmanirrahim,


Khusyuk dan tawadduk nampaknya korang ni blogwalking, sahur apa cite. Kurma 3 biji air susu segelas pun da alas perut tu. Memandangkan aku krew singgah sahur dan belanja makan semalam, pagi ni aku rembat roti gardenia je dengan coffeemix.



Tapi yang choiii-nya mood aku yang tengah baik sebab dapat duit raya semalam dah jauh terbang ke uMs pagi ni. Kawan-kawan dok sibuk announce kat fB tarikh konvo dah kuar, maka aku pun merajinkan jari tangan aku ni men-search website uMs. Plot cerita ni awal-awal bikin hati bunga-bunga...


Masa ni dah dok imagine macam mana aku nak baling topi konvo


Tengok tarikh da start bajet nak tempah flight ngan Tony Fernandez



Sekali... bila login

terpampang depan mata
Ekspresi muka terkezuttt...mula ternganga 1 inci, kening kerut2


Monolog dalaman bermula kat sini. 70 hengget?  Aku hutang apa? Yuran Letrik, da selesai semua dah. Yuran tinggal kolej masa cuti sem, awal-awal sem aku da panjat tangga canselori ala-ala tangga batu cave tu semata-mata nak selesaikan hutang piutang dalam islam ni. Jawabnya, duit raya+ elaun kerja nanti bukan takat bajet tuk yuran konvo/ tiket flight/ bajet sopping aje la ni.



Dalam kepala otak sekarang, dok fikir mana aku letak semua resit2 yuran aku. Mata aku da dah melilau pandang kotak khazanah yang aku simpan artifak2/ manuskrip lama peninggalan dayahdayun masa mengembara kat negeri bawah bayu tu. Nampaknya kena calling2 sana la jugak ni nanti baru tahu hutang apa belum selesai... macam-macam la.



Nak tak nak, pandai-pandai la kau bajet duit raya [perasan dapat duit raya banyak] ngan elaun kerja kau tu nanti dayun. Bajet lebih-lebih sikit mana tau time nak ambil jubah nanti ada lagi hutang baru keluar... wallahua'lam.



bebellagi: komfem ke kau dapat konvo tahun ni dayun??? huhu...

Krew singgah sahur


Alhamdulillah,
Krew singgah sahur dah pun selesai bersahur. Walaupun bukan makanan berat sangat tapi rezeki orang bagi kita harus terima ngan tangan terbuka kan. Tapi aku memang kenyang la, dah la 2 cups air aku bedal, sebelum tu dah minum koktail dah. Bayangkan lepas tu kena habiskan makanan lagi. Apapun, terima kasih kepada Encik Kasmuri yang sudi sponsor makanan malam ni...sambil gosok2 perut.



perut da kenyang, tapi orang da belikan makan je la..alhamdulillah


Nampak biasa je mushroom soup ni, tp rasa dia superb tak banyak b..hehe


Terima kasih jugak kepada  sponsor seterusnya ni, Puan Noralili sebab malam ni dengan seikhlas hatinya dia bagi aku duit raya. Jangan jeles i dapat duit raya before raya. Mana tau raya tak jadi taun ni untungnya aku jugak dapat duit raya awal...haha (terpengaruh ngan filem yang nak kuar nanti...hehe)




Sesungguhnya, aku ingin mendedikasikan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian myABAH selaku penaja singgah sahur kali ni, belanja fried chicken/ kentang goreng/ mushroom soup malam ni, kira sahur la tu kan biarpun cam moreh je. myMAMA, nampaknya sebulan aku dok bertekak/ berdrama bagai dengan adik aku tu bukan sia-sia, as a nanny, i got my allowance RM_____.00. Suka sangat-sangat



Krew singgah sahur berehat seketika.. kembali lagi bila nak sahur. wassalam :)

Thursday, August 25, 2011

Filem raya wajib tonton


Filem raya wajib tonton..wajib bagi aku la. Tengok trailer cam best. Aku kalau filem tu ada je pelakon komedi especially geng2 raja lawak ni, komfem tak lepas peluang menonton filem ke, drama diaorang. Tapi memandangkan raya taun ni di Kelantan dan memang akan bermastautin di sini sementara ni, nampaknya takleh la serbu panggung.








Filem RAYA TAK JADI ni kan, kalau geng bujang sepah si lalitamplom ikut berlakon mesti lagi best. Rasanya sepah lum ada berlakon filem lagi kan? Ke ada? Layan drama diaorang kat AstrOPrima tu pun best. Superbbbbb r sepah.





Oleh kerana aku tak dapat tonton kat panggung, maka dengan ini aku memohon kepada taiko2 link drama/ filem sila segerakan upload link tuk 2 filem ni yea nanti. Korang kena la kesian kat aku, korang je tempat aku bergantung harap. Buat ayat kesian...




bebellagi: mood nak tengok drama/telemovie raya lagi tinggi dari nak p beraya. Apapun habiskan puasa dulu dayun... heee

Monday, August 22, 2011

Tanya sama hati


"Rasakan Allah dalam hatimu, yakinlah Allah bersamamu, kau pasti tersenyum dan tenang berjalan mengharungi pohon-pohon berduri yang menjalar-jalar di kakimu..."




.:Bila hati tak tenang, jiwa tiada tenteram:.


Ustazah kata ambillah wudhuk dan bersolat, insyaalah hati akan menjadi tenang.
Kawan-kawan cakap hiburkanlah diri dengan sesuatu yang mencuit hati, funny 
Saran ma abah, asingkan diri seketika dan muhasabahlah diri sendiri





Kata aku... SENYUM tak perlu kata apa-apa. mana boleh macam ni. huh! stop
Wordless before wednesday

Saturday, August 20, 2011

Kerja oh kerja


Salam readers...

Erm..lagi dua jam nak sahur. Al-maklumlah duk kat Kelantan kat umah, waktu subuh tak macam kat sabah. Kalau kat sana dah boleh get ready nak sahur lagi sejam. Sekarang pun boleh kalau nak. hehe. Tinggal lagi beberapa hari lagu tuk kita berpuasa. Alhamdulillah setakat ni puasa saya masih penuh...hoorayyy!


Sebut pasal kerja, ingatkan lepas raya ni nak try apply kerja kat mana-mana dulu sementara tunggu konvo nanti. Walaupun jadi suri rumah berjaya semenjak habis praktikal ni, tapi bosan la asyik buat menda sama. kan aku jadi nanny sepenuh masa adik kecil aku tu kan, takde kerja pulak makcik aku merangkap nanny sah sehingga budak tu cukup umur untuk melangkah ke sekolah. Lagipun kalau kerja ada gak income kan, boleh buat duit belanja. Boleh jumpa ramai orang, takdelah aku terperap kat dalam rumah  je.


Abah baru je balik kerja, biasalah dekat-dekat raya ni banyak la operasi, ronda-ronda situ-sini. Katanya ada kerja kosong kalau aku nak kerja, tapi dah kena mula minggu ni jugak. Esok malam p jumpa Incik yang baik hati nak bagu aku kerja tu. Kerja apa? Mana leh tau nanti tak suprise..hehe. Aku tak kisah kerja apa pun, janji halal, aku enjoy, dan gaji berbaloi dengan kerja yag dibuat.Eish... teruknya kau dayun, lum dapat kerja da cakap pasal gaji. adoiiiyaa.


agenda lepas berbuka


Lastly, siapa-siapa yang belum rasa nak tidur or tak dapat tidur, eloklah kalau berwudhuk dan bersolat dua rakaat [solat sunat la, Qiam terus]. Later...assalamualaikum :)

Thursday, August 18, 2011

7 types of girls




Adoiiyya... bosannya gue. sejak abes praktikal ni dok menternak lemak je kat umah, tp tak bertambah2 pun. Update blog pun tak sangat, ni la padahnya kalau jarang-jarang update, lama2 malas terus. Kalo ada yang perasan, header, template blog ni asyik bertukar je kan. Bosan punya pasal, abes blog aku ni aku kerjakan..tp makin teruk je aku tengok... dushhh!!!


Btw, semalam usha2 fb, ada kawan post pasal 7 types of girls, cam cumil je aku share kat sini la. Taraaa...



There are

basically 7 TYPES OF GIRLS!

1. HARD DISK Girls:
Remember everything forever.

2. RAM Girls:
Forgets about you the moment
you go away from her.

3. SCREENSAVER Girls:
Just for looking.

4. INTERNET Girls:
Difficult to access.

5. SERVER Girls:
Always busy when needed.

6. MULTIMEDIA Girls:
Makes horrible things looks
beautiful.

7. VIRUS girls:
These type of girls are
normally called 'WIFE'
once enters in your system don't
leave even after format ;)


Rasanya anda gegurl2 kat luar sana tu, yang tengah baca entri ni.. type mana satu la korang. hehe... Selamat mengimarahkan Ramadhan.


♫ singgah sat..