Sunday, August 28, 2011

Mood excited nak dapat duit raya hilang bila tengok hutang


Bismillahirrahmanirrahim,


Khusyuk dan tawadduk nampaknya korang ni blogwalking, sahur apa cite. Kurma 3 biji air susu segelas pun da alas perut tu. Memandangkan aku krew singgah sahur dan belanja makan semalam, pagi ni aku rembat roti gardenia je dengan coffeemix.



Tapi yang choiii-nya mood aku yang tengah baik sebab dapat duit raya semalam dah jauh terbang ke uMs pagi ni. Kawan-kawan dok sibuk announce kat fB tarikh konvo dah kuar, maka aku pun merajinkan jari tangan aku ni men-search website uMs. Plot cerita ni awal-awal bikin hati bunga-bunga...


Masa ni dah dok imagine macam mana aku nak baling topi konvo


Tengok tarikh da start bajet nak tempah flight ngan Tony Fernandez



Sekali... bila login

terpampang depan mata
Ekspresi muka terkezuttt...mula ternganga 1 inci, kening kerut2


Monolog dalaman bermula kat sini. 70 hengget?  Aku hutang apa? Yuran Letrik, da selesai semua dah. Yuran tinggal kolej masa cuti sem, awal-awal sem aku da panjat tangga canselori ala-ala tangga batu cave tu semata-mata nak selesaikan hutang piutang dalam islam ni. Jawabnya, duit raya+ elaun kerja nanti bukan takat bajet tuk yuran konvo/ tiket flight/ bajet sopping aje la ni.



Dalam kepala otak sekarang, dok fikir mana aku letak semua resit2 yuran aku. Mata aku da dah melilau pandang kotak khazanah yang aku simpan artifak2/ manuskrip lama peninggalan dayahdayun masa mengembara kat negeri bawah bayu tu. Nampaknya kena calling2 sana la jugak ni nanti baru tahu hutang apa belum selesai... macam-macam la.



Nak tak nak, pandai-pandai la kau bajet duit raya [perasan dapat duit raya banyak] ngan elaun kerja kau tu nanti dayun. Bajet lebih-lebih sikit mana tau time nak ambil jubah nanti ada lagi hutang baru keluar... wallahua'lam.



bebellagi: komfem ke kau dapat konvo tahun ni dayun??? huhu...

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

~Faiz Farish~

WanFadhilah said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

dayah, semua ore macam ado hutang tu. tu wat duk heboh kat group mpp nyo. huhuu

✿....rossa alina....✿ said...

AYOKKK ADE HUTANG..

BAYAR TAU..HIHIHI..