Posts

Showing posts from 2012

Yes, I'm Still Alive!

Image
Assalamualaikum and epy saturday...
So long not update this blog.
Bukannya hilang idea, takde cerita yang nak di story mory,
Tapi...


mY laptop da kena curi...waaa not too sdey but
feel sumting like kehilangan jugak ler.
Udahla itu laptop my mom.


For a while no more blogging
no more blogwalking,
no more fb & chatting.


Ini pun curi2 pkai ofis punya (kantoi kan, takpela da lepas ofis hour pun)
To all my follower or anyone yang selalu jenguk2 blog ni
Itupun kalo ada la kan..


Just to inform you all
mY blog & i still alive..
Bilakah agaknya dapat blogging macam dulu lagi
Missing everything about blog and each one dat connect with this blog.


sEkian.
sElamat hAri rAya :).

Misi 1# Rapid Penang Routes Travel & Schedule... Done!

Image
Dengan lafaz bismillah dan berakhir dengan alhamdulillah, akhirnya selesai misi pertama saya. Akhirnya, saya dapat kenal pasti Rapid Penang yang mana aku sapu esok untuk ke Queensbay. Naik bas aje kiah oii... maklumlah mykancilbesi yang eksiden hari tu da kena jual, x sempat dia nak merasa bumi penang ni. So, terpaksalah mek kelate ni belajaq2 naik bas kan sementara dapat myfutureELITE. 




Terima kasih kepada MrGoogle dan rapidpg.com sebab beri informasi yang agak membantu kepada saya. Tinggal misi seterusnya je iaitu misi menaiki bas rapid penang 307  ke Queensbay Mall. Cuba korang bayangkan, alih2 bila aku nak naik bas esok, bas 307 ni, uncle driver bas cakap aku salah pilih bas. Aduss.. mean aku kena la interbiu pakcik tu untuk mendapatkan no. bus yang betul untuk aku naik kan.


Harap2 misi esok berjaya. Yang aku runsingkan, kot2 tetiba je pagi esok aku malas nak bangun siap-siap kuar jalan kaki p bus stop depan tu tuk tunggu bas. Kalau cegini jadinya mean tak berjaya la misi aku esok. …

Story di sebalik gambarsss... from Myanmar wif luv!

Image
Inilah profail picture aku kat facebook & blog. Balik2 letak gambaq ni. Tukar je gambar lain mesti xsampai 5 minit aku tukar balik pakai yang ni jugak. da jadi cam gambar rasmi da...ntah kenapa tak syok taruk gamba lain. Maybe sebab ada baik punya story disebalik gambar ni kan dayah kan...



Tadaaa...gambar kat atas ni asalnya macam ni.



Dan gambar ini telah di zoom in dan asalnya dari gambaq kat bawah ni. Sila klik tuk tumbesaran dan kejelasan berganda>.<



From KL to Cameron Highland tu aku tak nak story. Taknak bedah lukisan yang tu sebab tu kawan aku punya cerita. Sekarang cuma nak gali-gali story di sebalik lukisan FROM MYANMAR WITH LOVE...ahaha


*FROM MYANMAR WITH LOVE*

Lukisan tu dilukis oleh supervisor aku masa praktikal. Hari sebelumnya tu aku ngan kawan2 praktikal beserta beberapa staff kat loji tu conteng-conteng whiteboard kat bilik meeting ni. Disebabkan SPV aku ni masih solo lagi kitaorang selalu la sakat dia. Jadi kami conteng la kat whiteboard tu sumting yang selalu kam…

Players # bollywood action ala hollywood!

Image
Syok owh tonton movie ni. Aksi-strategi-sound video fuhhh!! memang ala-ala hollywood punya action movie la. Lagi syok owh tengok movie ni pakai tv LED yang besoq tu, dahla sound speaker pun gempak, lagi la layan aku nengok cite ni. Kalau korang-korang yang belum lagi tengok cite ni, silalah segera menonton. Tak rugi kalo korang tengok movie ni.







Hero ngan heroin dia pun okehhh la. Tapi tak syok sangat tengok si Sonam Kapoor berlakon. Yang lain no problem. Cerita ni pasal rompakan. ko cilok aku aku cilok kau. lebih kureng macam tu la. Tak nak story panjang korang tengok la sendiri. baru tau syok tak syok movie nie..huhu

Assalamualaikum :)

Ya Allah.. for a while i am extremely under pressure bertingkat-tingkat!

Image
Assalamualaikum... 

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi nikmat iman dan islam serta masih mampu bernafas sehingga tika ini. Entri kali ini mungkin agak formal-skema-dan serius...apakah? Minggu ini sangat-sangat rasa tertekan. Banyak menda yang nak kena buat. Nak kena buat FAI report-prepare mastercard- filing nak kena rearange balik before JUN! I need to handle them properly.


Banyak menda lagi aku nak kena belajar. Sejujurnya, agak susah jugak bagi aku tuk membiasakan diri dengan kerja-kerja QA ni but aku cuba yang terbaik. Da bertahun kat UNI dok buat lab test, basuh pecahkan lab apparatus tetiba cebur diri dalam bidang QA ni buat aku perlu jadi seorang yang lebih teliti, more careful, lebih cekap dan cepat buat kerja. Macam my LADY BOS always said:


"Satu hari bukan boleh buat 2,3 FAI je tapi kalau boleh sampai 10. Mastercard boleh prepare 10-15 drawing satu hari.. itu baru nampak performance, bos pun sayang lebih!"


Memang la bos sayang lebih... tapi aku pun tak kurang leb…

Kedamaian Hati Adalah Kedamaian Sejati

Image
----------------------------------------------------------------



Al-kisah seorang raja telah mengadakan sayembara dan ajan memberikan hadiah yang melimpah kepada sesiapa sahaja yang mampu melukis tentang kedamaian. Terapat banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut. Sang raja melihat kesemua hasil karya tersebut. Walaubagaimanapun, sang raja harus memilih satu daripada kedua-dua lukisan tersebut.


Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. permukaan telaga bagaikan cermin sempurna yang dapat memantulkan kedamaian gunung-ganang yang tenang yang menjulang di sekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru denagn awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan tersebut berpendapat bahawa itulah lukisan terbaik mengenai kedamaian.


Lukisan kedua juga memaparkan tentang kawasan pergunungan. Yang membezakannya adalah lukisan tersebut nampak kasar dan gondol. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan akan turunnya hujan dan p…

Kisah Biskut

Image
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbanganya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati, wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah malunya lelaki ini, dahla tak mintak dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas deng…

Saya Bakal Tinggalkan Title 'Penganggur Berjaya'..Tapi Saya Bangga

Image
Alhamdulillah, Semuanya berjalan dengan lancar setakat ni, dari masa nak apply melarat ke interviewn tinggal nak mula kerja je. Mekasih Mrs. Ong sebab bagi position ni kat saya. Sayang lebih.. ahahaa.


Tak lama lagi saya da tak jadi Penganggur Berjaya. Tapi saya bangga jadi seorang penganggur tuk beberapa bulan ini kerana saya bukan penganggur biasa. Saya penganggur bergaji dan berpengalaman. 





 Kenapa saya gelar diri saya PENGANGGUR BERJAYA?


# Sepanjang saya jadi unemployed person ni, saya dah berjaya habiskan 'Executive Developement Training' selama dua bulan. Terima kasih pada GEMS sebab da kasi up saya punya interpersonal skills, grooming, dan meng-UPkan tahap keyakinan dalam diri saya. Sampai puan yang interview pun cakap saya nampak berkeyakinan untuk dapatkan position tu..huhu.


# I am a good-lovely nanny for my baby girl. Lovely la sangat kan! Walaupun saya tak kerja, tapi saya habiskan banyak masa saya selama lebih kurang 4 bulan menjaga  adiks saya. Maklumlah parent kerja, …

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W Kepada Saidina Ali R.A

Image
"Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakan apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan..." (Attirmidzi)


Wahai Ali, bagi orang MUKMIM ada tiga tanda-tandanya: 1- Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 2- Tidak terpesona dengan pujuk rayu 3- Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada tida tanda-tandanya: 1- Jujur dalam berkata-kata 2- Menjauhi segala yang haram 3- Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang JUJUR itu ada tiga tanda-tandanya: 1- Merahsiakan ibadahnya 2- Merahsiakan sedekahnya 3- Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada tiga tanda-tandanya: 1- Takut berlaku dusta dan keji 2- Menjauhi kejahatan 3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi orang AHLI IBADAH ada tiga tanda-tandanya: 1- Mengawasi dirinya 2- Menghisab dirinya 3- Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T


"Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah, su…

Abang Katang (Aaron Aziz)

Image
Wang tunai berjumlah RM25 ribu Sebuah kereta Nissan Teana bernilai RM135 ribu  Barang kemas Rafflesia Mandalay bernilai RM25 ribu




Untunglaaaa bini Aaron Aziz, dapat set barang dari rafflesia free2. Tak yah Aaron susah2 kuarkan duit untuk set barang kemas tu, takyah gak susah2 isteri Aaron ni nak memujuk, bagi ayat manis bagai  nak dapat blink2 ni. Untunglaaa..


Untung tak untung, da berapa tahun aku dok tunggu Aaron dapat pegang  trofi dalam ABPBH at least satu pun jadi la. Alih2 semalam dua terus dia bawa balik. Gud job4x la bro. Umum je pelakon filem lelaki popular tu dapat kat dia, aku rasa dekat ruang tamu rumah aku ni, aku la orang yang paling kuat bersorak-menjerit-aksioffrecord semua keluar la. Excited bebenor ko dayun tengok abang katang dapat anugerah kan! (kalau isteri dia ada sbelah aku masa tu mesti dia cakap apa kena pompuan  ni?)


Dapat pulak anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011/12, masa umum tu aku pulak yang in mun cha cha (blur2). I tak sengka u, tak sengka yang tu …

Lagu Untuk Teman

Image
Pertama kali kita berjumpa Tidak kepastiannya ternyata Diriku dipenuhi soalan Ku tiada teman..
Aku terlihat insan yang keliru Air yang deras mencermin wajahku Engkau menjelma memberi harapan Menghulur tangan Sempena hari mulia ini Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali Semua yang kerap kita mengadukan Kini jadi bahan rindu yang ku simpan
Detik masa kini kedengaran Aku mengucap selamat jalan Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan
Bagaikan anak yang baru dilahir Titisan mata pun mula mengalir Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir

Ku hargai semua yang terjadi Memang nyata dirimu takkan ada pengganti Semoga kita dapat bertemu semula Kerana aku yakin engkau akan sentiasa Dihatiku..


CeritaKedaiKopi: Susulan Penggantungan Tan Sri Anuar Musa

Image
Cerita kedai kopi...
Tiada hakim tiada saksi...
Cerita sensasi di kedai kopi...


Semalam tak sengaja ikut Abah pusing2 kampung ngan motor. Sekali my Abah bleh2 pulak singgah kat kedai kopi. Segan kot, aku ngan makcik kedai tu je yang pompuan yang lain semua kaum adam yang ngah syok main dam aji.


Alang2 da masuk line diaorang, aku layan la semua isu-isu hangat yang diorang dok bualkan. Mula ngan kes insiden sampai mati putus kepala, dilanjutkan pulak pasal kes Tan Sri Anuar Musa ni kena gantung, diakhiri cerita kedai kopi ni pasal majlis tahlil kt umah sape ntah.






Lanjutan sisipan akhbar SinarHarian pasal kes Tan Sri Anuar Musa:


MENYIFATKAN hukuman­ penggantungan dua setengah tahun yang dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak wajar dan Ultras Kelantan mengadakan perhimpunan­ aman bagi menyuarakan bantahan.



Jurucakap Ultras Kelantan yang enggan dikenali berkata, hukuman dikenakan FAM terhadap Annuar tidak sepatutnya berlaku j…

Menjawab persoalan ke mana aku menghilang...

Image
Bismillahirrahmanirrahim...

"Menjawab Persoalan Ke Mana Aku Menghilang"  begitulah bunyinya tajuk diskusi kite pada hari ni. Helloooo dayun, tak payah nak berdiskusi sangat la, cakap biar terang terus. No spelek2 k.



Yeala2 aku cite2, aku cite.Itu hari blogger adaabdullah pun da bising2 tanya kenapa aku da lama tak hupdate, abaikan cegituuu je blog ni. Jawapan biasa yang tak berapa boleh jadi alasan sangat la.. TAK DE MASA FREE. Okla, kalau korang perasan dalam entri yang sebelum ni, aku ada buat entri pasal da Q-Licious da bomb kan. Tu name company aku la, mean around 2 bulan ni aku banyak mem-busykan diri dengan hal2 company. 

Wah kelas ko jah, da pandai main company2 da sekarang!

Aku join GEMS program sebenarnya. Training untuk lepasan graduan yang belum dapat kerja. Kalau nak tahu lebih pasal GEMS ni leh search kat mygemsprotal k. Whole cost ditanggung by kerajaan dan everyone dapat elaun bulanan. So, everything yang aku makan, tempat tinggal kat sini aku xyah bayar sesen pun.…

DA Q-Licious... da bomb!

Image
-Speechless-






-Wordless-
Roses are red Violets are blue I'm happy to say that, Really nice to meet all of you

Kemeja Denim PolkaDot (RM45-include postage)

Image
Alahai- tetiba blog ni bertukar jadi blogshop sekejap.  Sekadar percubaan sebelum betul-betul ready tuk open blogshop sebenar. huhu.. 


Status : Available (only 1) Warna : Biru Size : Fit from (S-L) Material : Soft Jeans

PRICE : RM45 include postage (SEMENANJUNG) Add RM9(SABAH & SARAWAK)


Order/ Booking : sila email dayun kat email ni yea ( dayun.0211@gmail.com )

Bila tiba CNY mulalah nak melantak 3 menu ni

Image
"Tidak ada cinta yang lebih tulus daripada cinta kepada makanan"- George Bernard Shaw


Haha... Boleh pakai ke pendapat En. George B.S ni. Semenjak berhenti kerja lama ni, nafsu makan aku bertambah ni. Boleh kata hampir setiap masa aku fikir pasal makanan yang aku nak makan. Rela google image semata-mata nak tengok makanan yang nak sangat aku makan. Pastu mulalah gosok-gosok perut, pujuk diri sendiri. Kononnya ley kenyang la asal dapat tengok gambar je, biarlah dok telan air liur glup glap glup glap kempunan!


CNY pun da dekat ni. Yee Sang-Kuih Bakul-Set Prosperity Burger McDonald yang aku nak makan sangat2 sekarang. Kalau la sekarang ni aku masih kat uMs, memang 1Borneo tu aku dah serang ni. Semua yang aku nak makan ni memang leh dapat kat situ.


Jom Sushi King, teman dayun makan YEE  SANG



Tolong belikan KUIH BAKUL ni. Tak payah banyak-banyak sebakul pun da cukup :p


PROSPERITY McD sos lada hitam ngan kentang goreng tu memang tip top!



Dengan lafaz bismillah, hope dapat makan 3 m…

Kisah popia dan blog

Image
Comeyla... pukul 3:19 pagi doh. Ni kalu tunggu lagi 2 jam bulih badi kukuk nge aye jate doh, dok pun badi blorak nge ore nok g noreh getoh. Padahal esok kena punch card awal, mugo  assistant nanny bulih kijo baru, nye piak kijo munggoh buoh plop. Maka dengan itu, toksoh nak brangey extend tido pas subuh la mek dio. Nak tido doh ni kalo kiro, tapi gak nak crito la sikit mugo gapo buat sapa time ni pun dop berjaga tak tido lagi.


Kita REWINDDDDD la deh...


Lokasi : Ruang tamu rumah depan tv dipilih
Masa : 11.30 malam
Aktiviti : buka kulit popia, masuk inti popia, gulung popia
Crew yang terlibat : Diri Sendiri dan dibantu 2 kanak-kanak  perasan rajin



Al-kisah boleh p gulung popia malam-malam ni sebabnya aku terjumpa inti popia yang lebih aku buat ngan kazen dan nenek aku itu hari. Itu hari aku bukannya 2,3 hari lepas ke minggu lepas ke tak. Itu hari aku ni yang tengah bulan DISEMBER 2011 punya. Tapi nasib baik la inti dia OK lagi, takde perubahan rasa ke apa la. Kalo tak membazir je jah o…

Pada mata aku..sweet & cumil bakal isteri Ally Iskandar

Image
Cumil la bakal isteri si Ally Iskandar ni... suka! suka! suka! Dahla bertudung, berpendidikan, ayu lagi tu. Tanpa make up pun nampak cantek. Tak sabar nak tengok gambar diaorang kahwin nanti. Tengok gambar je? Yealakan, bukannya orang jemput pun kan, bukannya aku ni retis, seleb, paparazi kejadah semua  nak dapat jemputan p majlis kahwin diaorang. Tengok gambar pun kira ok la tu...ngeh3



Dengar cite komfem diaorang kahwin 20 Januari ni. Hope pilihan Ally kali ni akan kekal selamanya la. Fatin Farah Lee bertuah la ko dapat Ally..eh sepatutnya Ally la yang bertuah sebab dapat kau. Wanita yang pada pandangan aku punya ciri muslimah solehah, sweet lagi tu. 



Apapun, aku doakan yang terbaik  untuk korang dan selamat mendirikan rumah tangga. Ally pun dah 36 tahun, memang da patut kawin da pun. Membebel banyak pulak, meh kita layan pics CIK FARAH LEE yang sweet dan cumil ni...