Skip to main content

CeritaKedaiKopi: Susulan Penggantungan Tan Sri Anuar Musa


Cerita kedai kopi...
Tiada hakim tiada saksi...
Cerita sensasi di kedai kopi...


Semalam tak sengaja ikut Abah pusing2 kampung ngan motor. Sekali my Abah bleh2 pulak singgah kat kedai kopi. Segan kot, aku ngan makcik kedai tu je yang pompuan yang lain semua kaum adam yang ngah syok main dam aji.


Alang2 da masuk line diaorang, aku layan la semua isu-isu hangat yang diorang dok bualkan. Mula ngan kes insiden sampai mati putus kepala, dilanjutkan pulak pasal kes Tan Sri Anuar Musa ni kena gantung, diakhiri cerita kedai kopi ni pasal majlis tahlil kt umah sape ntah.






Lanjutan sisipan akhbar SinarHarian pasal kes Tan Sri Anuar Musa:


MENYIFATKAN hukuman­ penggantungan dua setengah tahun yang dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak wajar dan Ultras Kelantan mengadakan perhimpunan­ aman bagi menyuarakan bantahan.


 

Jurucakap Ultras Kelantan yang enggan dikenali berkata, hukuman dikenakan FAM terhadap Annuar tidak sepatutnya berlaku jika ingin melihat perubahan dalam industri bola sepak negara.

 

 “Komen yang dinyatakan beliau adalah membina dan bukannya memburukkan sesebuah pasukan mahupun individu, kami semua terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya. “Ultras Kelantan akan tetap memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi kerana kita menyokong apa yang betul dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

 

Katanya, Ultras Kelantan merancang mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman berkenaan dalam masa terdekat. “Kita akan mengadakan perbincangan bersama ahli untuk mendapatkan pandangan­ dan sokongan sebelum sebarang keputusan diambil. “Buat masa ini kita masih belum menetapkan bila dan dimana bantahan akan diadakan,” katanya.



Kalo ikut bual bicara kat kedai kopi semalam, most of da pakciks2 tak setuju ngan tindakan tu sebab satu: institusi kesultanan banyak masuk campur dalam kes ni, dua: lama sangat tempoh penggantungan tuh. Pendapat aku, biarlah aku seorang je yang tahu... huhu. Tapi kan aku tabik r all da pakciks (baca ikut gaya sam dalam Adnan Sempit) sebab setiap alasan yang keluar dari mulut diaorang tu memang logik dan munasabah. 



bebellagi: hurmm..macam2 kes dalam arena bolasepak Malaysia sekarang! 
 

Comments

noorniey Azman said…
eksiden putus kepala?apakah?
da[Y]un said…
noorniey: aa, eksiden kat bukit china tu,keta pun da remuk jd bulat, kalo slamat lg penumpangnya xtau nk kata apa la.

Popular posts from this blog

Mari belajar bahasa sabah...

Perkara 49A. Competent Person–CePSWaM

Kisah di sebalik surah Al-Kafirun