Tuesday, May 29, 2012

Ya Allah.. for a while i am extremely under pressure bertingkat-tingkat!


Assalamualaikum... 


Alhamdulillah syukur kerana masih diberi nikmat iman dan islam serta masih mampu bernafas sehingga tika ini. Entri kali ini mungkin agak formal-skema-dan serius...apakah? Minggu ini sangat-sangat rasa tertekan. Banyak menda yang nak kena buat. Nak kena buat FAI report-prepare mastercard- filing nak kena rearange balik before JUN! I need to handle them properly.



Banyak menda lagi aku nak kena belajar. Sejujurnya, agak susah jugak bagi aku tuk membiasakan diri dengan kerja-kerja QA ni but aku cuba yang terbaik. Da bertahun kat UNI dok buat lab test, basuh pecahkan lab apparatus tetiba cebur diri dalam bidang QA ni buat aku perlu jadi seorang yang lebih teliti, more careful, lebih cekap dan cepat buat kerja. Macam my LADY BOS always said:



"Satu hari bukan boleh buat 2,3 FAI je tapi kalau boleh sampai 10. Mastercard boleh prepare 10-15 drawing satu hari.. itu baru nampak performance, bos pun sayang lebih!"



Memang la bos sayang lebih... tapi aku pun tak kurang lebih stressnya jugak. Kerja nampak tak susah DRAW je pun. Kecik-kecik pun sebelum pandai tulis bukanke kita pandai lukis dulu kan. Takde masalah punya setakat nak lukis tu. Aiseyyy... cakap senang la. Aku memang kuat berangan imaginasi tinggi sikit, tapi bab imagin rupa sampel yang macam-macam jenis ni, aku fail sikit bab ni.



At least aku minat jugakla drawing-edit2 ni so, dapat la jugak aku adapt ngan keadaan kerja aku sekarang. Dulu-dulu suka main ngan photoshop, jadi try & error la. Setakat ni aku dapat buat la semua drawing tu, tapi kan yang petang tadi punya M/C DRAW buat aku betul2 stress ni. Extremely stress! 



Lukis! Lukis! dan Lukis! Sampaila aku rasa cam otak aku dah jem-stuck-blank semuala. Aku tutup pc, aku belah balik jalan kaki. Patutnya aku tumpang kawan, tapi sebab aku da tak sabar nak tengok langit biru kat luar, aku decide nak balik jalan kaki. Dekat 15 minit jugak ak jalan baru sampai rumah. JALAN KAKI? Maklumlah.. setakat ni aku mampu tumpang orang jew. Tengokla hujung2 bulan ni macam mana. Nak bawa naik penang my-kancil-besi tetiba je mak cakap kancilbesi tu eksiden la pulak. Kena pikir alternatif lain lagi..ermmm



Da la balik jalan kaki, sampai-sampai kat umah bukak jew pintu asap putih berkepul hinggap kat muka aku. Alahai...pakcik kesihatan datang buat semburan aedes la pulak. Tak nampak apa dalam rumah. Aku da la tengah tension bagai, boleh- boleh pulak jadi lagu ni. Aku apa lagi, buka semua pintu tingkap aku amik port kat tangga depan umah (aku dok flat), buat pe lagi, tunggu asap semua kuar la. kat setengah jam then aku redah je masuk. Maghrib da nak abes terpaksa la.



Lantai habis rasa melekit, aku belum mop lagi tu. Baju yang aku gantung kat luar almari memang melekat bau 'pungent' abes la. Aku pegang dada, gosok-gosok dan aku cakap SABARLA DAYUN. Kesabaran aku akhirnya berakhir dengan linangan air mata. Memang tak boleh, aku kalo da stress aku kena kena nangis jugak macam mana pun baru aku rasa lega. Dat's me DAYUN!



Then, tonton RUNNING MAN sebagai ubat lega sampingan... aku gelak& gelak. Lupa kejap semua yang bikin stress hari ni. Harap esok lebih baik dari hari ini..Amin!



di satu sudut kat umah aku...kompeni bagi just bayar air-letrik je. takpe nnt ada masa  aku strory2 bawa korang jalan2 dalam rumah ni ok! 




Regard,
daYAh daYUn
flat-taman-indah-btmaung-penang...


Friday, May 25, 2012

Kedamaian Hati Adalah Kedamaian Sejati

----------------------------------------------------------------



Al-kisah seorang raja telah mengadakan sayembara dan ajan memberikan hadiah yang melimpah kepada sesiapa sahaja yang mampu melukis tentang kedamaian. Terapat banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut. Sang raja melihat kesemua hasil karya tersebut. Walaubagaimanapun, sang raja harus memilih satu daripada kedua-dua lukisan tersebut.



Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. permukaan telaga bagaikan cermin sempurna yang dapat memantulkan kedamaian gunung-ganang yang tenang yang menjulang di sekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru denagn awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan tersebut berpendapat bahawa itulah lukisan terbaik mengenai kedamaian.



Lukisan kedua juga memaparkan tentang kawasan pergunungan. Yang membezakannya adalah lukisan tersebut nampak kasar dan gondol. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan akan turunnya hujan dan petir sabung menyabung. Di sisi gunung ada air terjun deras dan sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian. Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang menarik perhatian raja pada lukisan tersebut. 



Di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil di atas batu. Di dalam semak tersebut terdapat seekor burung pipit meletakkan sarangnya. Maka, dapat dilihat ditengah-tengah riuh-rendahnya air terjun, seekor burung pipit sedang mengerami telurnya dengan damai.



Akhirnya sang raja telah memilih lukisan kedua. kata sang raja," Kedamaian bukan bererti harus berada di tempat yang tanpa kekacauan, kesukaran atau pekerjaan yang teruk atau sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun di tengah huru-hara  yang luar biasa."





Friday, May 11, 2012

Kisah Biskut



Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbanganya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.


Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati, wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah malunya lelaki ini, dahla tak mintak dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!" rungut wanita itu dalam hati.


Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.


Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya, " Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar." Kata hatinya dengan marah. Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.


Apabila dia sampai di tempat duduknya, dia membuka begnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka. " Jika biskut ini ada dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya. Ya, biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.


Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut sebenar!



bebellagi: berprasangka baiklah dengan orang kain. Keindahan hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukannya dari pandangan seseorang...



Wednesday, May 9, 2012

Saya Bakal Tinggalkan Title 'Penganggur Berjaya'..Tapi Saya Bangga


Alhamdulillah,
Semuanya berjalan dengan lancar setakat ni, dari masa nak apply melarat ke interviewn tinggal nak mula kerja je. Mekasih Mrs. Ong sebab bagi position ni kat saya. Sayang lebih.. ahahaa.



Tak lama lagi saya da tak jadi Penganggur Berjaya. Tapi saya bangga jadi seorang penganggur tuk beberapa bulan ini kerana saya bukan penganggur biasa. Saya penganggur bergaji dan berpengalaman. 






 Kenapa saya gelar diri saya PENGANGGUR BERJAYA?



# Sepanjang saya jadi unemployed person ni, saya dah berjaya habiskan 'Executive Developement Training' selama dua bulan. Terima kasih pada GEMS sebab da kasi up saya punya interpersonal skills, grooming, dan meng-UPkan tahap keyakinan dalam diri saya. Sampai puan yang interview pun cakap saya nampak berkeyakinan untuk dapatkan position tu..huhu.



# I am a good-lovely nanny for my baby girl. Lovely la sangat kan! Walaupun saya tak kerja, tapi saya habiskan banyak masa saya selama lebih kurang 4 bulan menjaga  adiks saya. Maklumlah parent kerja, pengasuh lama da blah  maka saya la yang kena sambung kontrak jaga budak2 ni. Sorang umurnya 4 tahun, sorang lagi da masuk 8 bulan. Banyak perkara saya belajar pasal baby, takde la susah untuk tak care diaorang kalo kita tau caranya. Dan saya dah berjaya... experiences yang berguna tuk masa depan. haha..  duit poket pun dapat. wink! wink!      



Btw, doakan saya diberi kemudahan. Hope alam perkerjaan saya nanti takla se-SCARY yang sesetengah orang alami. Saya bakal bermula dari bawah, tapi saya yakin jika saya rajin dan berusaha untuk capai target saya, pasti saya akan lebih cemerlang suatu masa nanti biarpun saya perlu bertatih setapak demi setapak! 



Yang bakal bekerja dan yang sudah pun bekerja jom kita sama-sama betulkan niat kita supaya rezeki yang kita dapat nanti diberkati oleh Allah s.w.t.... Amin!                    
              

Friday, May 4, 2012

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W Kepada Saidina Ali R.A


"Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakan apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan..." (Attirmidzi)



Wahai Ali, bagi orang MUKMIM ada tiga tanda-tandanya:
1- Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2- Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3- Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada tida tanda-tandanya:
1- Jujur dalam berkata-kata
2- Menjauhi segala yang haram
3- Merendahkan diri


Wahai Ali, bagi orang JUJUR itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Merahsiakan ibadahnya
2- Merahsiakan sedekahnya
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Takut berlaku dusta dan keji
2- Menjauhi kejahatan
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, bagi orang AHLI IBADAH ada tiga tanda-tandanya:
1- Mengawasi dirinya
2- Menghisab dirinya
3- Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T



"Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan..."