Tuesday, December 15, 2015

Monday, December 14, 2015

Lazada Online Revolution #INCASEYOUMISSEDOUT




 
Bak Kata Miss Farrah MF bulan Disember ni dikategorikan sebagai bulan oniomania. Pasaipe? Pasal bulan ni la bulan paling banyak sale. Tak cukup dekat shopping2 mall kat penang ni dah buat aku rambang mata ngan Year End Sales ni ditambah lagi pulak dengan online sale yang offer discount 'pecoh palo' sangat menguji tahap oniomania aku ni. Mana taknya asal blogwakling pakat dop cite pasal online sale, check email lak berlambak masuk newsletter dari online shop yang aku follow pasal sale diaorang. Sabar je la.


Apapun jadilah pembeli bijak.. hehe. For those yang terlepas LAZADA Online Revolution bolehla usha tengok mana yang berkenan. Yang dah pun boleh sambung lagi tapi beringat ea jangan terover lak. 




Wednesday, December 9, 2015

PERSEMBAHAN KHAS "TRIBUTE TO YUS JAMBU" GANTI LAWAK UTAGHA 2



Dalam Kenangan-Al Fatihah


Ingat lagi tak entri sebelum ni meq ada promote pasal LAWAK UTAGHA 2? Nak dimaklumkan kat sini Teater tu dah ditukar jadi Teater Khas Tribute to Allahyarham Pak Yus Jambu. Baru nak update ni, masa begitu mencemburui meq...



GEORGETOWN - Teater khas tribute bagi mengenang pemergian pelawak terkenal tanah air, Yusri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu akan diadakan oleh aktivis seni Pulau Pinang.
Produser dan juga Pengurus Produksi Persatuan Teater Presdongs, Hasrol Hisham berkata, teater berkenaan diadakan bagi menggantikan Teater Lawak Utagha 2 yang sebelum ini dirancang untuk menampilkan arwah sebagai pelakon utama.

"Kami sendiri terkejut dengan pemergian Yus. Berikutan itu kami ambil tindakan drastik untuk membatalkan pementasan berkenaan.

"Namun untuk mengenang jasa dan menceritakan kisah perjalanan seni arwah, kami menggantikannya dengan teater tribute khas yang diberi judul Teater Satu Perjalanan Seni: A Tribute to Pak Yus yang dianjurkan oleh Persatuan Teater Resdongs dan juga Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya.


Menceritakan kenangan bersama arwah, Hasrol berkata, Yus salah seorang selebriti yang tidak pernah berkira dengan kawan-kawan mahupun mengenai pembayaran untuk persembahan.
Menurutnya, dia menjemput arwah Yus sekali lagi untuk menyertai pementasan teater Lawak Utagha 2 selepas arwah juga pernah terlibat dalam Lawak Utagha 1 yang mendapat sambutan hangat.


"Arwah begitu seronok bila saya maklumkan dia akan jadi hero untuk teater kali ini. Saya kemudiannya berterus terang mengenai isu bayaran yang mana ia akan ikut jumlah penonton. Kalau sambutan tak menggalakkan, kami akan gadai apa saja yang ada untuk diberikan asalkan arwah terima tawaran. "Namun arwah kata dia tak kisah tentang bayaran, malah sanggup ulang-alik ke Pulau Pinang untuk sertai sesi latihan dan sebagainya. Yang lebih buat saya terharu apabila arwah sungguh-sungguh bantu kami mempromosikan teater tersebut sedangkan kami bukanlah produksi yang gah dan besar," katanya. 


Teater Tribute untuk Yus Jambu akan diadakan pada 26 dan 27 Disember ini bertempat di Dewan Budaya USM bermula jam 8.30 malam. Hasrol berkata, teater khas itu juga menampilkan Seni Bayan sebagai pengarah dan penulis. "Kami juga kurangkan harga tiket dari RM35 sebelum ini kepada RM15. “Teater yang dirancang sebelum ini turut menampilkan Syuk Raja Lawak dan Imuda, namun setelah pemergian arwah, Syuk memaklumkan dia tidak mampu untuk membuat persembahan kerana terlalu sedih," katanya. 


Tambahnya, saya memaklumkan perkara sama kepada Imuda dan memberitahu pihaknya tidak mempunyai peruntukan yang banyak memandangkan harga tiket juga sudah kurang. "Imuda juga sanggup menyertai teater khas ini tanpa sebarang bayaran sekalipun,"katanya. PULAU PINANG, 2 Disember 2015 - 


Sumber: sinarharian


 


Pihak Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Teater Resdong's telah bersepakat untuk membatalkan persembahan teater 'LAWAK UTAGHA 2' berikutan dengan pemergian allahyarham Yus Jambu. Susulan itu, pihak penganjur bersepakat untuk menggantikan 'LAWAK UTAGHA 2' dengan sebuah persembahan teater khas untuk mengenang allahyarham Yus Jambu pada tarikh tersebut.


Tuan-tuan dan puan-puan yang telah membeli tiket 'LAWAK UTAGHA 2' bolehlah menghubungi 019-4587813/ 012-5618434 untuk mendapatkan pulangan wang anda. Persembahan teater khas untuk mengenang Pak Yus akan diadakan di Dewan Budaya USM pada 26 dan 27 Disember 2015, jam 8.30 malam dan tiket beharga RM15 untuk seorang.


Sila hubungi talian 019-4587813/ 012-5618434 untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.


Sumber: usm.news
 
 

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...