Friday, January 22, 2016

Berat Badan Turun Lagi, rujuk Supplement Tambah Berat!

 


Arghhh... stress!!! Berat badan aku turun balik. Adoii punya bersusah payah akau naikkan berat aku tu pun belum capai berat badan ideal lagi kot, ni turun balik. Takkan nak ambil B complex lagi kot. 43.6kg drop to 41.5kg. Bersusah payah aku naikkan berat sampai 44kg, 43kg susut balik. Janganlah jadi macam dulu lagi, teruk tu kalo drop balik jd 39kg. Aku stop amik supplement tambah berat Shaklee dah dekat setengan tahun kot, maintain je berat, pasal apa tetiba buat kacau balik ni. Nak buat blood donation pun tak lepas oii.. 


Actually sebelum ni aku ada la jugak cuba a few supplement tambah berat ni. Nak la jugak rasa badan tu berisi sikit takdela macam orang kena sakit Anorexia Nervosa je. Kalau ambil ubat-ubat macam ni, senaman tu penting supaya takdela nanti kau menternak lemak yang tak perlu tu. Nanti kan tak pasal-pasal dapat penyakit lain lak. Kat bawah ni dua supplement yang aku pernah cuba.


1- Pil Tiga Serangkai- Jamu Indonesia

Aku try search kat Google ubat ni tapi tak terjumpa lak gambar nak tunjuk. Nama sebenar ubatnya aku tak tau la tapi pil ni kawan aku panggil pil 3serangkai. 3 serangkai sebab ada 3 jenis pil kesemuanya dan sekali makan ketiga-tiganya. Masa dua tiga hari pertama makan seriously kau akan rasa mudah mengantuk, mengantuk tahap nak tongkat mata rasa. Sampai ada sekali tu nak balik kelantan sepatutnya aku kena gilir drive ngan member tapi memang tak tahan ngantuk last2 dia sorang je yang drive. 


Masa tu aku tak tau yang boleh efek sampai macam tu sekali, awal-awal lagi kan..huhu. Tapi selera makan kau memangg akan bertambah la.  Kuantiti makan pun lebih dari biasa macam bela saka dah..ooppss! Bayangkan aku makan pil ni seminggu je terus naik berat dekat ngan 2 kg kot, and boleh perasan badan aku dah mula bam-bam. Tapi ubat ni takde KKM aku beli pun dekat pasar malam...hehehehe. Pastu aku takut sebab dok pikiaq takut ada side effect yang negatif banyak sangat then aku stop.



2-Set Tambah Berat Shaklee


Set tambah berat Shaklee ni aku mula ambil masa bulan March, 2015. Vita-lea ngan B-Complex tu aku tak repeat pun lepas habis, tapi aku repeat Mealshake. Lagipun bila campur ngan susu DucthLady Fullcream tu rasa makin best lak, Mealshake ni rasa vanilla, jadi dia buat susu yang aku minum tu rasa automatik ada rasa manis2. Kesan dia lambat sikit la tapi dalam tempoh sebulan tu aku boleh rasa ada penambahan berat badan. Selera makan aku jugak bertambah, tapi takdela macam masa aku ambil tiga serangkai dulu. After aku stop ambil supplement ni pun berat ak masih maintain 43-44kg.


Aku ni jenis tak berdisiplin sangat bab makan-makan supplement ni, so habis je set pertama aku tak repeat dah kecuali mealshake tu tapi sekarang mealshake tu pun jarang-jarang ambil. Tapi sebulan dua ni berat badan aku menunjukkan penurunan berganda ni. Nampaknya nak kena ambil balik supplement tambah berat dan jaga makan balik ni Tak mahu kurus macam dulu, tak mahu berat sangat cuma nak cun2 je..


start searching..................................SUPPLEMENT TAMBAH BERAT!


Monday, January 18, 2016

Nye Mari Terliur Kuih Muih Makanan Kelate..


Assalamualaikum w.b.t

Dikir dulu serangkap.. hehehe
sebut kato negeri kelate,
tanah serendoh sekebun bungo..
tempat molek sereto come
penuh dengan seni budayo


Sebenarnya sehari dua ni teringin nak makan kuih muih, makanan kelantan. Nampaknya mood balik kampung mai lagi. Kalau diikutkan no IC sah-sahla aku bukan anak jati kelate tapi Pahang.  Disebabkan aku membesar kat kelate abah ma pun orang kelate maka aku anggap aku dah jadi anak kelate. Tapi bila tiba musim bola sepak Malaysia Pahang ke Kelantan ke dua-dua aku support... This is Pantai Timur! Oppss.. bukan nak pacok bendera ke gapo ni deh..

#jangankecamsaya :)


Oklah, berbalik kepada kuih muih makana kelantan tadi, semek dok beraso nak makan mugo barey makanan bawah ni loni. Maafla entri ni bahasa capur aduk kalau tak berapa faham boleh google translate ea..huhu. Semua gambar di bawah ni I'm credit to MrGoogle and Insta 'I Love Kelantan'.



 1-Lompat Tikam 
So colorful right? Masa kecil dulu aku dok dengan tok kat kelate,parents semua dok Pahang. Dulu ada pakcik bawa motor jual kuih ni,tokwan aku mesti beli kat aku.




 2-Kuih Akok
Akok ni ore kata kalau banyak telur lagi sedap. Rasa macam lama dah tak makan




3-Tepung pelita
Lapisan atas sekali santan biasanya rasa masin yang bawah manis. Bungkus lak dalam daun pandan..perghhh wangi dan sedap.



4-Pulut Nyiur Ikan Kukus Goreng
Ni masa zaman kecil dulu mama selalu buat jugak la buat makan pagi hari minggu. Sekarang sejak anak-anak dah besar kalau minta ma buat boleh-boleh je dia p pasar borong belikan kat aku dua tiga bungkus... orang nak yang dia buat dia p beli yang dah siap. mama o mama!




Setakat ini itu sahaja yang aku terasa terliur nak make loni.. sekian. Cepatla bulan dua nak kelik kapung ni :)

♫ singgah sat..