Thursday, March 24, 2016

eg6 | eg9 | ek9... apa yang special sangat ngan angpa semua ni?


Sejujurnya.. aku memang tak tahu sangat pasai kereta ni. Lagi- lagi bila masuk tang enjin bagai semua. eg6 doplhin tu pun aku leh terkenal sebab dulu aku ada sorang kawan fb ni yang minat ngan keta ni dan memang dia ada sebijik la. Tapi, a few years ago kereta dia kena curi.. sian dia tak jumpa sampai sekarang. Tapi dolphin eg6 ni bagi aku agak comel la.


Payung dari bumper belakang sebab bagi aku la, aku tengok belakang eg6 lagi elookkk dari yang lain.


ek9_type R. Siap ada type bagai lagi.. apa yang pasti aku lagi suka lampu, bumper belakang eg6 ;)

Lagi satu eg9.. yang ni koraang cari la sendiri tak larat nak tempek gambar dh. Tetiba je buat entri pasal kereta, satu apa pun aku tak tahu pasal angpa tiga beradik ni. Kawan aku dok gila sangat kat angpa semua ni pun sampai sekarang aku takleh nak faham pasai pe,


Pendapat aku la tuk ang kawan sebab ang dok sebok tanya aku kan, aku pilih eg6 tu la dari segi paras rupa luaran. Bab dalaman memang aku tak berani komen.. Sesungguhnya ang lagi mengetahui dari aku, maka ang pilihla yang terbaik bagi ang antara 3 beradik ni. Janji ang dapat satgi bagi la chance kat ak test drive sekali... ahaha.


k chow! Assalamualaikum w.b.t


Tuesday, March 22, 2016

Strok Haba: Tanda-Tanda Awal


Strok Haba atau dikenali sebagai heat stroke berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.


Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah Strok haba boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.






Berikutan cuaca panas yang  dok landa negara kita ni, eloklah kita berjaga-jaga yea. Aku yang dok kerja kat dalam aircond ni pun rasa tak sedap badan ialah sat dok air-cond sat p production panas mengewap sauna kau. Fenomena Ekuinoks ni katanya bakal berlarutan sampai April. Setakat ni leh bilang kot baru berapa kali hujan turun kat Penang ni. Semoga dipermudahkan segala urusan walaupun keadaan cuaca agak mengganggu aktiviti seharian.


Pemanasan melampau atau fenomena ekuinoks sedang melanda negara kita dan kritikal di beberapa buah tempat. Maka sama-samalah kita mengamalkan tips kekal sihat di musim panas ni yang penting banyakkan minum air kosong k..



Thursday, March 17, 2016

Teater Muzikal Hansel & Gretel Versi Bahasa Melayu | Dewan Budaya USM | 20,21&22 March 2016


Lagi-lagi update entri pasal teater?

Haha.. sejak dayun bermastautin di Pulau Mutiara ni teater ngan aku dah jadi satu macam menda yang tak boleh dipisahkan dah. Kalau masa mengizinkan lagi-lagi tertarik dengan tajuk cerita, ok Tajuk cerita pun main peranan kan.. mesti ada la muka aku masa pementasan tu.


Untuk teater kali ni first2 tu aku macam tak berapa berminat sebab ingat kan dalam versi inggeris, tapi rupanya dalam versi melayu. Tapi member aku yang kaki teater ni cakap even depa speaking english pun kau akan faham dengan senang and enjoy jugak.  Tapi tarikan utama aku nak tengok teater ni sebab ada AZHAR JALIL.


Siapa AZHAR JALIL

Hahaha.. aku tak kenal dia sangat pun tapi masa awal2 aku mula terjebak sebagai peminat teater ni, aku tertarik dengan cara dia bawakan satu watak ni. Masa tu ada Festival Teater Pulau Pinang kat JKKN, dia bawa watak MACISMO tapi kelakar gila watak tu and memang masuk dengan dia la.. sejak hari tu aku memang kenal dia dengan nama MACISMO. Kalau ada apa2 teater yang dia ada berlakon sekali, kebanyakannya aku akan attend.


"Setiap yang gelap, pasti ada putih.
Tak semua putih itu terang... "


Tarikh & Masa pementasan:

:: 20 Mac 2016 (Ahad) | 21 Mac 2016 (Isnin) | 22 Mac 2016 (Selasa)
8:30 malam

Tempat : Auditorium Dewan Budaya, USM

Tempahan Tiket : 013 9420028 (Ain)
* Harga Tiket by seat ok start from RM50, RM20 dan RM15



Dibintangi oleh :

AZHAR JALIL

 

YUSLINA YUSOF | LYZAL RIKI | AYIE AZMAN | YUSOF BAKAR | MIERA LADOLCE
ARD OMAR | AZHAR RIKI | FARA HALIM
DAN ENSEMBLE BUDAYA SARI 



Tak nak sembang banyak nanti dayun buat review teater ni kalau rajin...ahaha.

 

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...