Friday, October 28, 2016

Perkara 49A. Competent Person–CePSWaM

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



As has been written in Environmental Quality Act 1974 (Act 127);

49A. (1) An owner or occupier of a premise shall employ a person who has been certified by the Director General as a competent person to conduct all or any of the following activities:
(a) the operation of a control equipment
(b) the management of schedule wastes
(c) the conduct of studies
(d) the preparation and submission of reports, plans, proposals, engineering drawings or other documents relating to environment matters


Sebab dah dalam akta pun dah cakap kena ada competent person, ditambah dengan dua tahun berturut-turut ISO audit kena OFI sebab tak ada orang yang kompeten tuk uruskan bahan buangan berjadual aka schedule wastes ni, lagi SHO dari sister company pun takde certificate tuk Certified Environmental Professional in Schedule Waste Managemen-CePSWaM, dan ditambah aku ni degree holder in industrial chemistry kiranya lulus syarat layak tuk attend training, akhirnya syarikat hantar aku untuk attend course training tuk CePSWaM.


Dari December 2015 lagi bos suruh aku attend, aku cakap tak mahu. Banyak menda negatif kot aku fikir pasal training ni. Training course fee pun dah dekat RM4000- memamg la company bayar, kena lak aku tak lulus exam macam mana, pastu lulus kan nanti nak kena buat field training report, pastu kan nanti jadi orang kompeten kan nanti semua masalah pasal Schedule Waste aku yang kena kan, pastu kena bond ke lama2 ngan company ni. Aku dahla sekadar tolong key-in data kat eswis system je kot sebelum ni & handle Audit, mana nak tahu sangat pasal waste2 bagai ni.


Tapi setelah diberi keyakinan oleh Pakcik yang handle schedule waste kat kilang aku ni yang dia akan tolong, ajar mana yang patut ditambah supervisor aku pun dok basuh aku supaya fikir masa depan aku la bla, bla, bla.. akhirnya aku terima jugak la. So on May 9 sampai May13,2016 aku attend course training ni kat Kajang. Kuliah dari pagi sampai petang and last day exam. Rasa macam jadi budak uni balik.



Dua orang kakak yang aku kenal masa training, Kak Eera dn Kak Ara makan ngan depa gelak ngan depa. sempoi la mereka.



Exam on last day ada dua paper satu paper amali satu objektif. Exam praktikal tu dia bagi situation and kita kena kenal pasti schedule waste yang generate.  Exam ni lebih kurang masa latihan amali yang dia bagi sehari before exam. Paper objektif tu tak silap ada 100 soalan dan kertas soalan kau takkan sama dengan orang sebelah menyebelah kau. Aku sebenarnya lepas jawab exam amali tu aku tak confident pass exam dah sebab aku rasa ada banyak kosong jugak aku tinggalkan. Lagi-lagi masa lecture depa kata kalo rasa exam praktikal tu macam dah tak lulus tak payahla jawab yang objektif sah-sah gagal.


So, aku pulang ke Penang dengan tak mengharap pun lulus exam first level. Kalau gagal kena repeat, bayar lagi. Kenapa la ada seksyen 49A ni dalam Akta Kualiti Alam Sekitar ni kerajaan ni pun macam2 la. Result katanya dua ke tiga bulan baru keluar so aku pun jadi macam tak nak amik tahu sangat pasal result exam and meneruskan life aku macam biasa. 


Sehinggalah Ogos 27, 2016 bising kat group whatsapp katanya result dah keluar. Kebetulan masa tu aku dok ada kat Pulau Mabul bercuti kau. Malas nak tanya HR result dah sampai ke kot2 nanti spoil mood bercuti. Then, after a few days bila aku dah ada kat Semporna macam tergerak nak kol HR nak tanya result dah sampai belum, dan hasilnyaa..




Masa dapat tahu result tu dalam kepala otak aku cakap macam mana boleh lulus exam amali ni? Kena buat report la lepas ni. Bila balik ofis amik surat dari HR pun macam takde perasaan. Nak kata happy tak jugak nak kata tak suka tak juga. Cuma yang aku pikiaq aku kena struggle untuk siapkan Field Training Report tuk 6 bulan. Jadi budak praktikal balik la buat report latihan industri.


Dan di kala aku dok taip entri ni, aku sebenarnya baru je lepas siapkan sesuku kot report dari Chapter 2. Kemungkinan report ni akan tertangguh lagi tuk beberapa hari memandangkan tetiba hari ni dapat form tuk performance review this year. Antara menda yang aku paling tak suka setiap hujung tahun, buat Performance Review!


Kilang sunyi semua dah pakat cuti deepavali. Happy Deepavali... gaji pun belum masuk, hujung minggu dok rumah je la layan running man la dua hari..

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...