Sunday, January 24, 2010

coretan PRK 23.01.2010



Ura-ura mengatakan MPP dan kepimpinan mahasiswa kampus akan dibubarkan pada penghujung tahun lepas akhirnya terjawab dgn bermulanya penamaan calon pada 22 Januari 2010. Lapan calon umum akan bertanding untuk merebut tujuh kerusi bagi MPP Sesi 2009/10 dan sebuah kolej sahaja yg akan melalui pilihanraya untuk memilih Jawatankuasa Mahasiswa Kolej [ JAKMAS ] iaitu Kolej Kediaman E. Bahang PIilihan Raya  Kampus (PRK) mula terasa bermula dengan sesi pengenalan calon MPP Sesi 2009/10 semalam. 
MyEm0.Com 
Sesi pertama yg diadakan di Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP) mendapat sambutan yg agak baik dari mahasiswa2  Kolej IP. [ agak skema ayatku ni.. xspt entri2 sbm ni, huhu ]

Sesi Pengenalan Calon [ Rapat Umum ]
Bermula semalam la di Kolej IP dan sampai rabu ni, rapat umum dijalankan. Actually, masa sesi rapat umum ni la calon2 ni diberi peluang utk bentang manifesto masing2, menyuarakan ideologi dan pandangan, dan perancangan yg akan diorang buat kalo da menang pertandingan ni nnt. So, semalam mcm2 la perancangan, janji2 yg kluar dari mulut calon2 ni. Lapan calon umum, ada 5 lelaki dan 3 calon pompuan semua dilihat hebat2 belaka. Tapi dayun xdapat catch up sgt apa yg diorang bentangkan smalam coz keadaan agak bising ngn suara2 penyokong calon2 ni. Yang dayun perasan, calon no.05 [ satu2nya calon dr KKIP ] dan calon no.04 [ dgr khabar bakal calon presiden..ntahla ] cam dapat lebih perhatian la dr mahasiswa2 Kolej IP ni.  
[ dayun terlupa nk amik pic diorang smalam...len entri la ya, huhu ]

                           
Tak banyak yg dapat dayun ulas pasal rapat umum smalam.. Maybe suasana dan tempat pelaksanaan rapat umum tu x berapa sesuai, jd dayun xdapat bg tumpuan sangat masa calon2 ni bentang manifesto diorang. Insyaalah, nnt kita sambung dlm entri seterusnya bg rapat umum di kolej kediaman lain... Senario pilihanraya kampus dilihat penuh dgn percaturan dan kalo diperhatikan macam ada pertembungan dua kelompok mahasiswa yg berlainan perspepsi seakan2 pro-Aspirasi dan  pro-Mahasiswa [ suka bg kenyataan sndri..ngeh3 ]. Tapi, bila dayun tengok gelagat2 mahasiswa yg bertungkus lumus tampal poster, ikut calon2 p kempen dan promote diorang punya calon, terasa cam wujud satu ikatan yg kuat antara diorang ni..huhu. 


..sambung  lg nnt..
p/s: ak tolong promote..nnt undi ek! ngeh3


No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...