Showing posts with label Skincare Routine. Show all posts
Showing posts with label Skincare Routine. Show all posts

Wednesday, February 7, 2018

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys,

Assalamulaikum..

Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram semua kan, masa terhad yang dok ada tu macam banyak di spend kat instagram dan facebook je.

Blogger lain dayun tak pasti kalau dayun memang nak kena ada me time, bertenang amik mood baru jejari runcing ni rajin  tekan keyboard buat entri.

Oklah hari ni dayun just nak sharing a few skincare yang dayun guna dan supplement yang saya amalkan setiap hari. So far, sangat berpuas hati and worth to be repeated :)

Sebelum tu nak mention la kulit dayun jenis dry skin. Last time masa buat facial wash di House of Healin beautician dia ada bagi advise supaya gunakan pencuci muka tanpa buih, moisturizer dan kalau boleh add on sunblock jugak. Korang tahu kan kulit kering ni lebih mudah terdedah pada jeragat.



Vitamin E Facial Cleansing Foam Cosmoderm



So selepas sedikit research dan google, adalah dua jenis brand ni yang sesuai dengan bajet dayun dan my requirement kan. Salah satunya facial wash cosmoderm ni la dan satu lagi Himalaya Clear Complexion Whitening Face Wash. Tapi dayun pilih cosmoderm dulu sebab ada terbaca kat blog Ben Ashaari sebelum ni yang product cosmoderm ni pun bagus. 

For sure soon akan try jugak Himalaya punya sebab saya ni sejenis mudah bosan dengan pencuci muka yang sama. Lagipun setiap kali kalau guna apa skincare kalau try satu set pun brand tu mesti pencuci muka je akan lain, huhu.

Pencuci ni jenis gel, takdelah berbuih sangat lembut je rasa. Kelebihan pencuci ni sebab dia mampu membersihkan kotoran debu tanpa mengeringkan kulit. Yang penting dapat kekalkan kelembapan dan kelembutan asli kulit. Kandungan dalam facial wash ni Chamomile, Lemon dan Vitamin E Roseship Oil. Setakat ni dayun memang berpuas hati la dengan keberkesanan produk ni. 


Syahirah Korean Secret Skincare- Hydra Soft



Mesti korang ingat dayun cuba skincare ni sebab tertarik dengan kosmetik korea kan? Mana ada, kami tahu Running Man je. Dayun ada baca review dari blog Sabrina Tajudin tentang produk ni macam ok so dayun have decided to try. As uols know Korean Secret Skincare ni ada dua jenis which is White Glow dan Hydrasoft.


Sebab kulit dayun jenis dry skin, so saya pilih untuk gunakan Syahirah Hydrasoft Skincare. Moisturizer dia dalam bentuk gel dan sangat ringan di muka. Dah masuk botol kedua dayun guna, so far dayun boleh nampak positif effect. Kulit dah mula nampak moist dan tak dry sangat macam dulu. Thes best thing about this moisturizer, ianya bebas paraben dan harmful chemicals. Tapi if im not mistaken krim siang dia ada paraben. Cuma nak highlight not all item dalam set hydra soft ni bebas paraben ok.


Vitamin E dan Sustained Released Vitamin C Shaklee


Alang-alang dayun dah pernah consume set tambah berat shakle dan kesan yang dapat pun positif, so untuk baikpulih dari dalam dayun amalkan pengambilan supplemen dari shaklee jugak. Skincare semua tu merawat dari luar je tapi apa yang kita makan sebenarnya boleh bagi kesan pada bahagian luar tubuh kita.

Vitamin E dan Sustained Release Vitamin C ni dayun dah amik since Feb 2017. Cuma nak kata konsisten makan tu takdelah, ada jugak masa meroyan tak tengok langsung botol supplement tu.
Dayun amik Vitamin E sebab ianya bantu dalam meningkatkan kelembapan kulit dalam masa sama pudarkan parut halus. Vitamin E ni tinggi antioksidan so sangat membantu memelihara sel-sel protein, DNA yang berguna untuk membina membran sel yang baru. 

Vitamin C pulak dapat increase imun tubuh, Dalam masa sama membantu pembentukan kolagen untuk tisu-tisu badan. So far, bila dayun konsisten dua supplement ni kulit muka dayun tak kusam dah, sometime nampak glow.


Why Shaklee??

Dayun sebelum ni pun memang dok amik supplement dari shaklee bermula dengan #SetTambahBerat dan kesan dia memang positif. Berat dayun naik hampir 5kg kot. Paling penting supplement shaklee adalah organik dan banyak testimoni positif bila amalkan vitamin C dan E ni. Oh tak lupa dayun ada detok juga dengan Alfalfa Shaklee untuk hasil yang lebih baik.

So itu je la sedikit perkongsian dayun mengenai skincare routine untuk kulit kering dayun ni. Dayun highlight yang penting2 je. Kalau dari segi pemakanan takde la jaga sangat tapi banyakkan minum air masak. Sebenarnya dayun banyak ikhtiar dan amalkan supplement, kebanyakannya dari shaklee. Daftar jadi ahli so memang pulun la guna barang shaklee kan. Harga pun 30% lebih murah dari harga runcit.

Untung kan?

Okla, till next entry.. take care of your health & beauty kesayangan sekalian. :)

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...