Showing posts with label TeaterPenang. Show all posts
Showing posts with label TeaterPenang. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Teater Muzikal Hansel & Gretel Versi Bahasa Melayu | Dewan Budaya USM | 20,21&22 March 2016


Lagi-lagi update entri pasal teater?

Haha.. sejak dayun bermastautin di Pulau Mutiara ni teater ngan aku dah jadi satu macam menda yang tak boleh dipisahkan dah. Kalau masa mengizinkan lagi-lagi tertarik dengan tajuk cerita, ok Tajuk cerita pun main peranan kan.. mesti ada la muka aku masa pementasan tu.


Untuk teater kali ni first2 tu aku macam tak berapa berminat sebab ingat kan dalam versi inggeris, tapi rupanya dalam versi melayu. Tapi member aku yang kaki teater ni cakap even depa speaking english pun kau akan faham dengan senang and enjoy jugak.  Tapi tarikan utama aku nak tengok teater ni sebab ada AZHAR JALIL.


Siapa AZHAR JALIL

Hahaha.. aku tak kenal dia sangat pun tapi masa awal2 aku mula terjebak sebagai peminat teater ni, aku tertarik dengan cara dia bawakan satu watak ni. Masa tu ada Festival Teater Pulau Pinang kat JKKN, dia bawa watak MACISMO tapi kelakar gila watak tu and memang masuk dengan dia la.. sejak hari tu aku memang kenal dia dengan nama MACISMO. Kalau ada apa2 teater yang dia ada berlakon sekali, kebanyakannya aku akan attend.


"Setiap yang gelap, pasti ada putih.
Tak semua putih itu terang... "


Tarikh & Masa pementasan:

:: 20 Mac 2016 (Ahad) | 21 Mac 2016 (Isnin) | 22 Mac 2016 (Selasa)
8:30 malam

Tempat : Auditorium Dewan Budaya, USM

Tempahan Tiket : 013 9420028 (Ain)
* Harga Tiket by seat ok start from RM50, RM20 dan RM15



Dibintangi oleh :

AZHAR JALIL

 

YUSLINA YUSOF | LYZAL RIKI | AYIE AZMAN | YUSOF BAKAR | MIERA LADOLCE
ARD OMAR | AZHAR RIKI | FARA HALIM
DAN ENSEMBLE BUDAYA SARI 



Tak nak sembang banyak nanti dayun buat review teater ni kalau rajin...ahaha.

 

Thursday, February 11, 2016

Teater Rumah Welfare In Tobaq # 13&14 Feb 2016 | Dewan Budaya USM Pulau Pinang.



Assalamualaikum... apa habaq warga blogger readers semua.  Kali ni dayun nak buat promo sikit tentang teater terbaru dari Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang. Tinggal lagi dua hari nak dipentaskan baru aku nak buat promo kan.. hehe.


Bagi yang berada di sekitar Pulau Pinang dan kawasan yang berdekatan mehla ramai2 hujung minggu ni kita pakat menonton pementasan teater Rumah Welfare In Tobaq ni. Macam biasala kalau teater Resdong's mestilah genrenya KOMEDI.




RUMAH WELFARE IN TOBAQ' Dibarisi oleh Mamak Puteh, Abu Mamu, Shazli Ekzos, Lanun Resdong's, Jumie Shamsudin, Acan, Awie Resdong's & ramai lagi. Hubungi talian hotline 019-4587813/ 012-5618434 untuk sebarang pertanyaan Like page Persatuan Teater Resdong's https://m.facebook.com/PersatuanTeaterResdongs/ Dan sertai channel Persatuan Teater Resdong's di Telegram Messenger untuk lebih banyak maklumat https://telegram.me/Resdongs 


Setiap pas masuk berharga RM15. Korang boleh contact nama-nama berikut untuk dapatkan tiket
017-4571837 (Mantaro)
012-5618434 (Lanun). 


dayun dah beli dah..hehe. yang kat sebelah tu Acan


Dah lama tak gelak lupa diri ni oii.. sabaq-sabaq lagi dua hari je. hehe 

Wednesday, December 9, 2015

PERSEMBAHAN KHAS "TRIBUTE TO YUS JAMBU" GANTI LAWAK UTAGHA 2



Dalam Kenangan-Al Fatihah


Ingat lagi tak entri sebelum ni meq ada promote pasal LAWAK UTAGHA 2? Nak dimaklumkan kat sini Teater tu dah ditukar jadi Teater Khas Tribute to Allahyarham Pak Yus Jambu. Baru nak update ni, masa begitu mencemburui meq...



GEORGETOWN - Teater khas tribute bagi mengenang pemergian pelawak terkenal tanah air, Yusri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu akan diadakan oleh aktivis seni Pulau Pinang.
Produser dan juga Pengurus Produksi Persatuan Teater Presdongs, Hasrol Hisham berkata, teater berkenaan diadakan bagi menggantikan Teater Lawak Utagha 2 yang sebelum ini dirancang untuk menampilkan arwah sebagai pelakon utama.

"Kami sendiri terkejut dengan pemergian Yus. Berikutan itu kami ambil tindakan drastik untuk membatalkan pementasan berkenaan.

"Namun untuk mengenang jasa dan menceritakan kisah perjalanan seni arwah, kami menggantikannya dengan teater tribute khas yang diberi judul Teater Satu Perjalanan Seni: A Tribute to Pak Yus yang dianjurkan oleh Persatuan Teater Resdongs dan juga Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya.


Menceritakan kenangan bersama arwah, Hasrol berkata, Yus salah seorang selebriti yang tidak pernah berkira dengan kawan-kawan mahupun mengenai pembayaran untuk persembahan.
Menurutnya, dia menjemput arwah Yus sekali lagi untuk menyertai pementasan teater Lawak Utagha 2 selepas arwah juga pernah terlibat dalam Lawak Utagha 1 yang mendapat sambutan hangat.


"Arwah begitu seronok bila saya maklumkan dia akan jadi hero untuk teater kali ini. Saya kemudiannya berterus terang mengenai isu bayaran yang mana ia akan ikut jumlah penonton. Kalau sambutan tak menggalakkan, kami akan gadai apa saja yang ada untuk diberikan asalkan arwah terima tawaran. "Namun arwah kata dia tak kisah tentang bayaran, malah sanggup ulang-alik ke Pulau Pinang untuk sertai sesi latihan dan sebagainya. Yang lebih buat saya terharu apabila arwah sungguh-sungguh bantu kami mempromosikan teater tersebut sedangkan kami bukanlah produksi yang gah dan besar," katanya. 


Teater Tribute untuk Yus Jambu akan diadakan pada 26 dan 27 Disember ini bertempat di Dewan Budaya USM bermula jam 8.30 malam. Hasrol berkata, teater khas itu juga menampilkan Seni Bayan sebagai pengarah dan penulis. "Kami juga kurangkan harga tiket dari RM35 sebelum ini kepada RM15. “Teater yang dirancang sebelum ini turut menampilkan Syuk Raja Lawak dan Imuda, namun setelah pemergian arwah, Syuk memaklumkan dia tidak mampu untuk membuat persembahan kerana terlalu sedih," katanya. 


Tambahnya, saya memaklumkan perkara sama kepada Imuda dan memberitahu pihaknya tidak mempunyai peruntukan yang banyak memandangkan harga tiket juga sudah kurang. "Imuda juga sanggup menyertai teater khas ini tanpa sebarang bayaran sekalipun,"katanya. PULAU PINANG, 2 Disember 2015 - 


Sumber: sinarharian


 


Pihak Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Teater Resdong's telah bersepakat untuk membatalkan persembahan teater 'LAWAK UTAGHA 2' berikutan dengan pemergian allahyarham Yus Jambu. Susulan itu, pihak penganjur bersepakat untuk menggantikan 'LAWAK UTAGHA 2' dengan sebuah persembahan teater khas untuk mengenang allahyarham Yus Jambu pada tarikh tersebut.


Tuan-tuan dan puan-puan yang telah membeli tiket 'LAWAK UTAGHA 2' bolehlah menghubungi 019-4587813/ 012-5618434 untuk mendapatkan pulangan wang anda. Persembahan teater khas untuk mengenang Pak Yus akan diadakan di Dewan Budaya USM pada 26 dan 27 Disember 2015, jam 8.30 malam dan tiket beharga RM15 untuk seorang.


Sila hubungi talian 019-4587813/ 012-5618434 untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.


Sumber: usm.news
 
 

Thursday, November 26, 2015

Teater Lawak Utagha 2 #26 & 27 Disember 2015 Auditorium Dewan Budaya USM



Assalamualaikum semua..


Selaku peminat setia teater pulau pinang.. nak promote sikit ni. Cehh setia sangat, tak layak dipanggil setia lagi tapi kat mana ada teater kat situ biasanya ada la ceq ngan kawan ceq sorang ni cik Jue Jelita. Dari teater kecil-kecil sampaila teater yang pakai budget lebih sikit, insyaAllah ada rezeki tiada kekangan lain sampaila kami berdua kat dewan teater tu... huhu.


Oklah ni dayun nak cite ni, Teater Lawak Utagha 2 kali ni adalah kesinambungan dari Teater Lawak Utagha the Musical tahun lepas. Teater kali ni masih mengekalkan hampir separuh dari pelakon-pelakon teater dalam lawak utagha yang sebelum ni. Kalo tak silap la teater kali ni pun ada musical je 'rock jiwang' kot..huhu.


Kalau angpa semua berminat nak menonton teater ni bolehla direct contact nombor fon dalam poster tu ea.  Yang dealer2 tiket ni semua sempoi-sempoi.


k, bye..

Wednesday, August 19, 2015

Teater RESDONG's Mai Lagi: Teater Pocong Kampung Melayu


Haa.. 
Ni nak ajak pakat-pakat buat ramai ni
Sejak dok Penang pulau mutiara ni cik dayun dah terjebak ngan aktiviti teater pulak. Tapi aku jadi penonton je la.. penonton dan peminat setia pementasan teater dari geng Resdong's: Persatuan Teater Pulau Pinang. Teater diaorang ni setakat yang aku tengok semuanya genre komedi. Even dulu sekali dia buat teater ala bangsawan tapi tetap dalam genre komedi.


So, siapa2 yang dalam Penang yang dok luar Penang pun boooleh jom la pakat mai ramai-ramai memeriahkan teater Pocong Kampung Melayu ni. Setakat aku dok follow teater depa ni aku tak pernah kecewa lagi la sampai setengah teater yang diaorang pentaskan tu 'Nora rasa.. Nora nak bagi 4 bintang' erkkk... satu bintang kena simpan. huhu. 


Tarikh: 28 & 29 Ogos 2015 (boleh pilih la hari apa korang free)
Tempat: Dewan Budaya USM
Masa: 830 malam
Harga Tiket: RM15.00 


Korang bolehla contact kawan dayun sorang ni brother Acan untuk beli tiket
Acan Resdong's : 017-477 0730

or korang boleh view blog/ fb geng resdong ni untuk lebih info:

13 Ogos 2015 Teater Pentaskan Kisah Sebenar Pocong Kampung Melayu S.Harian

Monday, January 13, 2014

Lawak Utagha The Musical




Jom pakat buat ramai...
 barisan pelakon merupakan Pelawak dari Utara....
sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh hubungi di talian bebas GST
0174571837 mantaro.

(aku tolong promote jew..ayat pun copypaste..ahaha)



LAGU MANA PUN UNTUK HANGPA.

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...