Showing posts with label FYP. Show all posts
Showing posts with label FYP. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Dating ngan projek untuk konvo dulu, pastu baru ziarah blog korang yea.


Sempat lagi jenguk blog, tapi tak sempat nak update
Sempat lagi p baca entri baru kat blog kengkawan, 
Tapi tak sempat nak beri komen, 
Tinggalkan ayat2 cinta..
Maaf yea semua...


> teka gambar <





Nanti saya jenguk blog anda yea
bye2 mr. froggie..bye2 semua
shalalalala

Friday, January 28, 2011

Lagu tema kami hari ini ialah Fikirkan Boleh!


tak sabar nak makan semua ni.. lapar ek!

took our dinner @ 7:45 pm
tenkiu to miss ruby our supervisor  coz belanja sate..huhu

Today nasib tak berapa baik. Faezah ngan Jannah pagi-pagi experiment dah fail. Boleh pulak tetiba uncang seaweed tu terkoyak. habis semua seaweed keluar. Kesian faezah, dahla sampel dia tu nak kena treatment dulu baru leh proceed ke biosorption. Treatment tu dah la makan masa. Terpaksa la dia treat balik sargassumnya. Nangis2 dia tadi..cian dia

mengantuk ek fyda..takpe2 kejap je lagi

inilah si faezah tu..jgn nangis ek.



Si zana pulak tak habis-habis berusaha cari jalan macam mana nak buat biar semua seaweed kappaphycus tu basah semua mean fully react la. sampai siap menjahit uncang teh tu biar jadi besar. caiyok zana kalau kau berjaya aku pun boleh run sampel aku jugak. Fyda pulak nampaknya advance sikit hari ni,da dapat proceed ke stage seterusnya. tahniah! tahniah!.


zana tekun menjahit..jahit jangan tak jahit :)


Siapa la pulak gadis-gadis yang dayun sebut kat atas ni kan? soriii...lupa nak kenalkan. gadis-gadis yang i mention kat atas ni semuanya group members aku untuk final year projek. kiranya kitaorang bawah satu supervisor la. hari ni kitaorang buat OT lab k..suka-suka hati aku cakap OT. kalau tak stay sampai malam jawabnya tak siap la eksperimen kami ni. Dahla run satu sampel amik masa 3jam. sorang-sorang ada 6-12 sampel. huh! penat. 


biosorption process tengah jalan!

nampak tak uncang putih tu, mengembang macam jantung je. menda ni la yang si zana dok jahit tu

seaweed yang tengah d-treatment..hak milik faezah

apendof: dalam ni ada hasil biosorption seaweed tadi untuk di uji pakai ICP-OES

dah habis makan dah..



Sebab kami semua sedih sikit pagi siang tadi pasal eksperimen ni, jadi aku dedicate untuk diaorang lagu FIKIRKAN BOLEH via frenzyfm. muka yang dah layu-layu terus bersemangat biala dengar lagu ni. siap nyanyi lagi...huhu. Tak kira la apa yang bakal kita tempuh esok, fikirkan je kita boleh buat. jangan risau bha, grad jugak tu kita nanti ^___^


bebel lagi: maaf atas kualiti gambar yang kurang ok. biasala bha..1.3 megapx..huhu


Wednesday, December 8, 2010

Pandangan pertama tak semestinya seperti yang disangka!


Jangan mudah percaya pandangan pertama korang... sebab nanti mesti ada jugak yang tak kena. Betul! percayalah aku cakap ni. Apa kes cIk dayun ko dop menghasut orang percayakan statement ko ni. Tapi memang betul apa..eish! Tak percaya,meh aku tunjukkan...



Tolong perhati menda dalam bakul tu... tilik jangan tak tilik!
Tilik lagi sekali...banyak kan? Kalau aku blend, grind semua menda yang berserabut dalam bakul tu, korang rasa total weight dia leh dapat tak dalam 40.00 gram? bukan kilogram k, ditekankan sekali lagi 40.00 GRAM. Nampak banyak kan? Tapi nanti bila dah dikeringkan, kasi hancus lagi... tak sebanyak tu pun.



Ini entri sakit hati sebenarnya. Sakit hati ngan seaweed kappaphycus ni. Macam mana tak geram, da la nak bagi bersih da amik masa kurang satu hari, then nak jemur bawah sunlight bagi kering kat seminggu dah sebab cuaca tak menentu, bila dah kering, kasi blend last2 yang dapat berat bersih la kiranya ni just 6.80 g je. Lum campur ngan yang dah tertumpah, terjatuh situ sini. Mana lagi nak cari yang 30 lebih gram yang tak cukup tu. Ini senanya kisah yang berlaku kat kawan aku, partner Final Year Project aku. Aku yang turut sakit hati kan.


Gambar kat atas tu senanya seaweed yang baru je aku lepas cuci tadi sebelum aku buat entri ni. Kitaorang punya projek sama je, cuma yang aku punya aku lum grind lagi. Aku da cuak ni takut esok lepas aku blender, sieve smua, dapat berat bersih cam kawan aku tu gak, 6.80 g tu baru leh run satu sample, sample ada 6 semua. Huh... jadi sebagai backup la takut2 nanti esok aku grind nanti tak cukup gak, kitaorang terus cuci yang baru...kena jemur lagi. huhu...



Ni seaweed yang aku cuci minggu lepas, bayangkan beaker 5000 mL yang beasr tu lebih separuh beaker yang aku cuci, last2 bila kering, separuh beaker ngam2 nak cecah takat tu je. Lum aku grind lagi. Erm... kalo grind esok banyak mana la aku dapat, ntah2 lagi sikit dari kawan aku tu...huhu :)



Tak sabar nak tunggu hari esok, nak blend seaweed tu,sieve and timbang tengok berapa yang dapat. Erm.. kalo tak sampai 40.00 g terpaksa la aku tunggu seaweed yang aku baru bersihkan tadi kering lagi. Pambaziran waktu betul. Harap je nampak banyak before grind... sekali grind ntah berapa je dapat. Pandangan pertama tak semestinya apa yang kita jangka. Betulkan! Dalam konteks projek aku ni la.


Tapi aku suka kerja aku [sila abaikan bebelan aku kat atas tu..huhu]



Okla, da ngantuk da senanya ni..penat seharian di lab hari ni, pastu tadi dok kerah urat tangan tenaga semua p cuci seaweed. Esok awal2 nak bangun p lab lagi. Cik dayun minta undur diri tuk tidur. Btw, gambar kat atas tu ialah Abalone masak kicap. First time makan menda ni best jugak cam cendawan butang pun ada...huhu. k, nite sweet sour dream :)


Monday, July 5, 2010

Biosorption of Cadmium Heavy Metal by Carrageenan sp via Continuous Process.


Biosorption is an eco-friendly alternative for heavy metal removal. Biosorption is the binding concentration of heavy metals from aqueous solution even very dilute ones, by certain type of inactive, dead, microbial biomass. Heavy metals even at low concentrations can cause toxicity to humans and other forms of life. A succesful biosorption process requires preparation of a good biosorbent. The process starts with selecting various types of biomass such as algae/seaweeds.

Furthermore...


Lebih kurang begitu la serba sedikit projek tahun akhir dayun ni [ my Final Year Project,FYP ]. Sekarang ni minggu last tuk cuti sem ni. Proposal tuk fyp lum siap2 lagi. next week dah kena hantar darft kat supervisor. Bila tanya group member yang lain diorang pun ngah pusing pening nak wat menda ni. Introduction ngan Literature review baru berapa percent dayun wat, buat sikit tangguh sampai 3,4 hari. Dayun bukan apa, malas nak baca jurnal yang banyak tu. Dahla jrnal tu bahasanya omputih, bahasa pulak tinggi tapi dayun tak gayat la..hehe.

Tinggal lagi seminggu tuk hantar draft proposal, memang kena struggle gila ni beb... tapi nak struggle ni la banyak halangan. Kat tv banyak cerita best2, nak bW, kawan2 ajak kuar, adik2 ajak men... hatiku tak cukup kuat tuk menolak, menempis semua godaan dan dugaan yang tersaji enak di depan mata. Adooiii... Hope Allah memberi kemudahan untuk dayun siapkan kerja ni dalam masa yang seciput ni. Kata orang, selagi belum sampai garisan penamat kita masih ada peluang untuk berusaha dapatkan apa yang kita mahu. Sama la seperti orang yang nak berubah, bertaubat..selagi belum sampai ajalnya selagi tu dia sentiasa diberi peluang untuk menebus dosanya..Allah tu Maha Pemurah dan sayang akan kita hambanya kan..


Sudah2..bermadah pujangga plak dayun ni. Doakan dayun dapat bereskan kerja dayun ni k... erm, macam mana la nasib kawan2 dayun yamg terpaksa tukar supervisor tu, sempatkah diorang???


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...