Showing posts with label #DIY. Show all posts
Showing posts with label #DIY. Show all posts

Friday, April 15, 2016

#DIY Clear Sticker Label

Assalamualaikum... salam jumaat :)

Semalam dayun p Mydin. Kalau p Mydin tak sah kalau tak p usha barang-barang kat line barang-barang rumah. Sekali tangkap satu mug ni macam comel je. Ada tiga warna pink, hijau ngan clear dayun rembat yang clear.


Sebab rasa mug ni macam kosong sangat maka terfikir nak tampal clear sticker. Google2 jumpa la a few blog yang buat tutorial DIY clear sticker label ni. Kebanyakannya guna clear plastic sticker yang boleh dapat kat kedai stationary tapi dayun pakai packing tape je. Hasilnya macam kat bawah ni la.




Dayun saje nak try jadi ke tak so masa buat nak tape-kan tu masuk angin jadi tak elok. Pastu pompuan ni malas pulak nak buat yang baru maka gunalah je yang tu jugak. Nampak kan macam putih-putih gelembung udara timbul tu kan. Kalau QC check ni dah reject ooo... Nantilah senang- senang dayun buat baru. :)


Korang boleh visit link-link website kat bawah ni untuk tutorial. Kat you tube pun ada banyak video tutorial. Pinterest semestinya la jadi website pencarian pertama dayun. 





Do It Yourself
... semek pun boleh, korang mesti lagi bolehlaaa!

Tuesday, January 17, 2012

Kisah popia dan blog


Comeyla... pukul 3:19 pagi doh. Ni kalu tunggu lagi 2 jam bulih badi kukuk nge aye jate doh, dok pun badi blorak nge ore nok g noreh getoh. Padahal esok kena punch card awal, mugo  assistant nanny bulih kijo baru, nye piak kijo munggoh buoh plop. Maka dengan itu, toksoh nak brangey extend tido pas subuh la mek dio. Nak tido doh ni kalo kiro, tapi gak nak crito la sikit mugo gapo buat sapa time ni pun dop berjaga tak tido lagi.



Kita REWINDDDDD la deh...


Lokasi : Ruang tamu rumah depan tv dipilih
Masa : 11.30 malam
Aktiviti : buka kulit popia, masuk inti popia, gulung popia
Crew yang terlibat : Diri Sendiri dan dibantu 2 kanak-kanak  perasan rajin



Al-kisah boleh p gulung popia malam-malam ni sebabnya aku terjumpa inti popia yang lebih aku buat ngan kazen dan nenek aku itu hari. Itu hari aku bukannya 2,3 hari lepas ke minggu lepas ke tak. Itu hari aku ni yang tengah bulan DISEMBER 2011 punya. Tapi nasib baik la inti dia OK lagi, takde perubahan rasa ke apa la. Kalo tak membazir je jah oii. So, alang-alang barang semua da ada, maka aku telah paksa rela diri sendiri tuk gulung popia ni, around 200 jugakla. Tak larat nak bebel banyak-banyak, layan gambar je la yea.


Popia ni dah macam-mcam saiz-bentuk rupa da jadi, maklumlah banyak tangan yang membuat


Susun-tenyeh -gulung


Kalau tau try teka apa menda ni...jeng3!!!


Inilah dia jah oii intinya. tok wan i pakai inti sambal udang kering. tip top jah rasanya




Haa...inilah dia assistant yang menolongnya. Tolong la sangat  :p

Around 1.30 pagi la jugak siap. Memang siap betul sampai budak dua orang tu pun da siap tarik selimut tido sejam setengah yang belum tu lagi. Terkedek-kedek sorang-sorang dok gulung popia. Then-nya, rajin p online, buka pulak blog kecayangan yang dah berbulan tak hupdate ni, tetiba datang mood nak edit blog pulak. Mentang-mentang da masuk taun baru kan, blog pun nak nampak baru jugak. Update entri-post tak istiqamah lagi, make up blog pulak yang lebih.



Taraaa...lepas hampir 2 jam dok belek situ, tenyeh sini, tukar layout lain, ganti header ni selesai jugak akhirnya. Macam yang hampa semua boleh nampak dengan mata kasar hampa sekarang la. Tak yah buka HIJAB boleh nampak daahhh. Tapi sila abaikan header tu yea. Aku kalau ikut sebenarnya malas dah nak letak header tu, tapi kan rasa lain pulak bila buka blog takde header. Biarla tak santek pun, aku tempek tujak kat situ.



Mak oii..da kol 4 pagi jam aku ni. Aku nak kena out lu, pagi esok nak punch card awal ni. Kla, Assalamualaikum- free2 singgah  la sini lagi ek. muahhhh3!!!

Monday, November 8, 2010

Al-Kisah si Pae celebrate besday...


Al kisah, ada seorang lelaki yang diberi nama Ahamd Rifa'i tapi lebih dikenali sebagai Pae dikalangan penduduk bandar. Si lelaki ni bakal celebrate besday dia yang ke sweet-manis 21 pada 8 November. Nak di jadikan cerita, dia sangatlah sedih kerana menyangkakan tiada orang yang akan celebrate besdaynya. Means, kalau takde besday party takdela hadiahnya.


Jadi, untuk menyenangkan hatinya, dia pun berhajat nak ikut satu dinner yang diadakan di sebuah ballroom berdekatan dengan apartmen beliau. Dia dah aim awal2 yang dia mesti dapatkan title Prom King malam tu supaya dia dapat jadikan crown tu sebagai hadiah besday dia yang ke-21. So, dia get ready awal2 and buat preparation....




Maka, pada hari yang dinanti-nantikan tersebut. Si Pae ni pun bergaya sakan la ngan dressing ala2 king zaman Prince of  Persia yang baru dibeli online beberapa hari lepas. Memang berubah la wajah dia malam tu, maklumlah baru buat spa, shaving dan mandi bunga. First task..acara red carpet. Dengan bangga si Pae berjalan masuk ke ballroom tersebut.




Sepanjang majlis  tersebut, si Pae menjadi perhatian mata-mata yang berada di situ. Mungkin orang ramai yang hadir tertarik melihat pakaian yang dipakai olehnya, tak kurang juga yang mengata. Tapi bagi si Pae dia tak senang duduk  bukan disebabkan mata2 yang memandangnya, tetapi nervous menantikan keputusan siapakah yang akan jadi Prom King malam tu. Akhirnya, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh si Pae...




Tersentak dengan keputusan tersebut, hatinya terasa hancur ibarat diketuk-ketuk lumat dengan lesung. Lalu dia membawa diri keluar dari ballroom tersebut sambil menangis mengenangkan nasibnya. Dalam tak sedar, sebenarnya ada seekor ibu peri sedang ikut sama berjalan dengannya...




kemudiannya...




Lalu si Rifa'i pun membaca kad besday yang tak seberapa dari cIk daYun itu




Si Pae dengan perasaan gembira berlari pulang ke rumah. Babak-babak terakhir...




Berakhirlah kisah suka duka si pae di hari lahirnya....The End!



(@_@)

(>_<)

(^_^)


P/S: Komik Tak seberapa ni aku dedicate khas buat sahabat aku, BFF Pae yang celebrate besday dia hari ni. Selamat Hari Lahir manis-21. Ni jew hadiah yang mampu aku bagi :)

tenyeh sini: [1] , [2] , [3]


Tuesday, September 28, 2010

Labuan fieldtrip...report lagi!





semuanya akan cik dayun update next week!







bila prOposal fyp ditendang ke tepi jap..
 n jari jemari mula gatal menenyeh photoshop software,
 ginilah jadinya.



Thursday, September 2, 2010

created and edited by miss dayah dayun


Selepas berpenat lelah hampir 3 jam
inilah hasilnya..
kad raya created and edited by miss dayun
on 2-09-2010..huhu

[ni bahagian depan kad raya]

Dayun edit pakai photoshop + photoscape
inilah hasilnya..hasil tangan
  orang yang tak pandai nak guna photoshop
tapi buat2 pandai..hehe


Kalo korang buat mesti lagi cantik kan. ni dayun just edit pic yang da ada. bagi letak muka je.. edit2 tulisan. edit kaler..ikut suka janji siap! Brother dalam gambar tu bestfrenz dayun. kami kawan rapat dari form 3 lagi. kad raya ni dibuat pun sebab dia la. bising nak kad raya... katanya,

"hang da lama tak bagi aku kad raya...".

Abes tu ko ada bagi aku? ko ada? maklumlah sekarang zaman dah maju. bila raya hantar je sms raya.. jimat setem 30 sen & save duit dari beli kad raya.

Rindu pulak nak dapat kad raya. kalo dulu mesti bangga kalo dapat kad raya banyak2. siap bertanding ngan kengkawan. tapi aku tak pernah la tulis kad raya hantar kat diri sendiri, macam brother Joe pernah wat. gagaga.. brother joe jgn marah yea kurus puasa :p

Kad raya ni ingatkan nak bagi je kat budak ni pakai email. Tapi bila fikir2 balik, dayun rasa nak pos la kad raya ni.. apa salahnya dayun kasi tambah lagi kerja pakcik posmen tu kan? tak gitu. btw dapat la jugak merasa balik suasana dulu2, time raya sibuk pos kad raya :)


p/s: Ahmad Rifa'i, ko tunggula kad raya ko ni sampai... nanti sila bagitahu aku ko terharu yea dapat kad raya ni..hahaha. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas...opps!



Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...