credit to WhiteHoleAsia
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Monday, March 21, 2016
Friday, May 25, 2012
Kedamaian Hati Adalah Kedamaian Sejati
----------------------------------------------------------------
Al-kisah seorang raja telah mengadakan sayembara dan ajan memberikan hadiah yang melimpah kepada sesiapa sahaja yang mampu melukis tentang kedamaian. Terapat banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut. Sang raja melihat kesemua hasil karya tersebut. Walaubagaimanapun, sang raja harus memilih satu daripada kedua-dua lukisan tersebut.
Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. permukaan telaga bagaikan cermin sempurna yang dapat memantulkan kedamaian gunung-ganang yang tenang yang menjulang di sekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru denagn awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan tersebut berpendapat bahawa itulah lukisan terbaik mengenai kedamaian.
Lukisan kedua juga memaparkan tentang kawasan pergunungan. Yang membezakannya adalah lukisan tersebut nampak kasar dan gondol. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan akan turunnya hujan dan petir sabung menyabung. Di sisi gunung ada air terjun deras dan sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian. Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang menarik perhatian raja pada lukisan tersebut.
Di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil di atas batu. Di dalam semak tersebut terdapat seekor burung pipit meletakkan sarangnya. Maka, dapat dilihat ditengah-tengah riuh-rendahnya air terjun, seekor burung pipit sedang mengerami telurnya dengan damai.
Akhirnya sang raja telah memilih lukisan kedua. kata sang raja," Kedamaian bukan bererti harus berada di tempat yang tanpa kekacauan, kesukaran atau pekerjaan yang teruk atau sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun di tengah huru-hara yang luar biasa."
Friday, May 11, 2012
Kisah Biskut
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbanganya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati, wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah malunya lelaki ini, dahla tak mintak dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!" rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya, " Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar." Kata hatinya dengan marah. Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya, dia membuka begnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka. " Jika biskut ini ada dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya. Ya, biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut sebenar!
bebellagi: berprasangka baiklah dengan orang kain. Keindahan hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukannya dari pandangan seseorang...
Friday, May 4, 2012
Wasiat Nabi Muhammad S.A.W Kepada Saidina Ali R.A
"Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakan apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan..." (Attirmidzi)
Wahai Ali, bagi orang MUKMIM ada tiga tanda-tandanya:
1- Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2- Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3- Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada tida tanda-tandanya:
1- Jujur dalam berkata-kata
2- Menjauhi segala yang haram
3- Merendahkan diri
Wahai Ali, bagi orang JUJUR itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Merahsiakan ibadahnya
2- Merahsiakan sedekahnya
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Takut berlaku dusta dan keji
2- Menjauhi kejahatan
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, bagi orang AHLI IBADAH ada tiga tanda-tandanya:
1- Mengawasi dirinya
2- Menghisab dirinya
3- Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T
"Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan..."
Tuesday, July 19, 2011
3 tahun bersama...Indahnya hidup ditarbiyyah
"Jangan pernah rasa diri kita suci dari dosa walaupun selepas istighfar dan solat taubat. Tidak rugi jika merasa diri tetap berdosa kerana itu menambahkan lagi rasa kehambaan dan rasa kebergantungan kita mengharap keampunan dariNya.. Allahu ta'ala a'lam (Allah yg paling dan maha mengetahui)".
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, setelah 2 bulan meninggalkan kampus, masih diberi nikmat iman dan islam, nikmat untuk terus hidup sehingga ke saat ini, nikmat sihat dan lapang dan nikmat peluang untuk menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Dalam kelegaan dan rasa syukur atas nikmat2 yang Allah kurniakan, jauh di dalam hati merindui sahabat2 yang dulunya sama2 bergerakkerja, sahabat2 yang sering menegur anda diri mula lagha, merindui saat2 diri ditarbiyyah agar tak terleka.
Rindu...
Adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Indahnya hidup ditarbiyyah...
Erm... kalaulah diberi peluang untuk kembali ke kampus saat ni, dayun takkan lepaskan peluang tu. Kadang-kadang bila hati terasa kosong, mati, di saat itu mulalah teringat akan pesanan2 terakhir sahabat2 di malam liqo’ widaq. Ada yang cakap,
“Hargailah peluang diri ditarbiyyah sepanjang berada di kampus ni, sebab mungkin di luar nanti, di kampung halaman peluang seperti ini sukar untuk terus diperolehi kerana mungkin banyak kekangan yang bakal hadir untuk tidak membenarkan kita menjalani proses pentarbiyyahan seperti ketika berada di kampus”
Yes, memang dayun akui, di rumah dayun terikat dengan banyak menda yang menghalang diri dari ditarbiyyah secara berterusan. Tapi dayun masih bersyukur kerana masih ada adik2 yang sentiasa menegur bila kakaknya mula lagha. Ada ma dan abah yang sentiasa memerhati tingkahlaku agar tak terover. Tapi kemanisan ditarbiyyah, dididik, di brainwash tu tak sama dengan yang sahabat2 lakukan, cam ada sumting yang kureng... wallahua’lam
Friday, April 8, 2011
Santapan rohani pagi jumaat "Tujuh Ayat"
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini
akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya
walau sebanyak buih di lautan... [wallahua'lam]
![]() |
1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Monday, January 10, 2011
Kisah di sebalik surah Al-Kafirun
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1- Katakanlah (Muhammad)," Wahai orang-orang yang kafir!
2- aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3- dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4- dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5- dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah,
6- untukmu agamamu, dan untukku agamaku"
Turunnya ayat-ayat dalam surah di atas bersempena dengan satu kisah ketika islam mula-mula disebarkan. Disebutkan dalam satu kisah bahawa orang Quraisy Mekah telah membuat pelbagai tawaran kepada Rasulullah S.A.W supaya meninggalkan ajaran islam yang dibawanya ketika itu. Ada yang menawarkan harta, pangkat, perempuan dan macam-macam lagi supaya penyebaran agama islam dihentikan oleh baginda. Akan tetapi Rasulullah tidak mahu menerima satu pun dari tawaran tersebut tetapi terus menerus menyebarkan islam.
Setelah pelbagai cara dilakukan oleh orang Quraisy, lalu pada suatu hari mereka mengajak Rasulullah berbincang dan membuat tawaran lagi kepada Rasulullah S.A.W dengan tujuan supaya baginda berhenti menyebarkan ajaran islam. Dipendekkan ceritanya:
"Ya Muhammad, apa kata kami menyembah Tuhan kamu sehari dan kamu menyembah Tuhan kami sehari, berselang-seli"
Rasulullah tidak bersetuju, lalu mereka pulang berbincang sesama mereka dan datang bertemu Rasulullah lagi.
"Beginilah, Kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari"
Rasulullah menjawab,"Tidak"
Orang Quraisy membuat tawaran lagi kepada Rasulullah, "Kami sembah Tuhanmu selama setahun dan kamu sembah Tuhan kami sehari, bagaimana?"
Rasulullah menolak tawaran tersebut,lalu dari pertemuan tersebut turunlah ayat Allah seperti dalam surah di atas.
..............................................Wallahua'lam...............................................
Review buku: Biografi Muhammad Bin Abdullah
Sem.Malaysia: RM35.00
Sabah&Sarawak: RM38.00
Kisah yang saya ceritakan di atas terdapat dalam buku ini di bawah tajuk," Quraisy Membuat Tawaran". Buku sirah nabi ini tidak seperti sesetengah buku sirah yang lain di mana kebanyakannya menggunakan istilah arab yang sukar difahami. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W bermula dari pembukaan Mekah dan kaitannya dengan keluarga yakni keturunan Rasulullah, dari baginda dilahirkan sehinggalah ke kisah-kisah peperangan yang baginda sertai.
Keseluruhannya, buku ini tentang kisah hidup Rasulullah S.A.W. Saya pun belum khatam lagi buku ni, tapi percayalah bila saya baca buku ni macam nak terus baca je. Sebab setiap part dalam buku ni dia berkait dengan part yang seterusnya. Jadi rasa macam tak lengkap je kalau tak baca part yang seterusnya. Saya rasa korang pun kalau baca buku ni akan rasa macam tu jugak.
Saya baca sebelum tidur, sempat la jugak habiskan dua tiga tajuk kecil dalam satu-satu bab tu. Ada masa bacalah buku ni yea..bagus. Kredit to my roomate sebab belikan buku ni dan benarkan saya jadikannya bedtime stories sebelum tidur.huhu...
p/s: 1- Ana Raffali menang juara lagu...ada yang tak percaya ke?
2- Selamat Hari Lahir/ Sanah Helwa kepada PakDinEmon[10/01/2011]
Keseluruhannya, buku ini tentang kisah hidup Rasulullah S.A.W. Saya pun belum khatam lagi buku ni, tapi percayalah bila saya baca buku ni macam nak terus baca je. Sebab setiap part dalam buku ni dia berkait dengan part yang seterusnya. Jadi rasa macam tak lengkap je kalau tak baca part yang seterusnya. Saya rasa korang pun kalau baca buku ni akan rasa macam tu jugak.
Saya baca sebelum tidur, sempat la jugak habiskan dua tiga tajuk kecil dalam satu-satu bab tu. Ada masa bacalah buku ni yea..bagus. Kredit to my roomate sebab belikan buku ni dan benarkan saya jadikannya bedtime stories sebelum tidur.huhu...
p/s: 1- Ana Raffali menang juara lagu...ada yang tak percaya ke?
2- Selamat Hari Lahir/ Sanah Helwa kepada PakDinEmon[10/01/2011]
Wednesday, December 29, 2010
Monolog Cinta disebalik Indiana Jones
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk memegang,
Dua telinga untuk mendengar dan
Dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah yang dinamakan CINTA...
Cinta bukan melemahkan hati,
Bukan membawa putus asa,
Bukan menimbulkan tangis sedu-sedan
Tetapi,
Cinta menghidupkan pernghargaan,
Menguatkan hati dalam perjuangan,
Menempuh onak dan duri penghidupan...
[Diari Cinta 2010]
Cinta adalah suatu keajaiban,
Ia mampu membawa manusia ke alam bahagia,
Mampu juga membawa episod derita,
Cinta adalah suatu pengertian,
Dengannya manusia mampu meninggalkan segalanya,
Dengannya manusia sanggup mengejar segalanya,
Cinta adalah anugerah,
Cinta adalah fitrah,
Cinta manusia tiada kekalnya,
Cinta kepada-Nya selamanya... Insyaallah!
[Nukilan penuh makna dari ukhti hidayah]
Cinta kepada Allah dengan ketaatan,
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia,
Cinta kepada jihad dengan perjuangan,
Cinta kepada makhluk denganmentaati Allah,
mencontohi rasul dalam berperibadi dan
Sentiasa hidup dengan perjuangan
yang pastinya menagih pengorbanan...
♫fyi: Indiana Jones hanya menjadi teman cIk dayun ketika menulis monolog cinta ini..hehe
Sunday, November 28, 2010
Aku,kau berbeza... Aku, kau Istimewa...
LELAKI :
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
fyi: artikel ini dari seorang rakan fb, beliau berharap supaya di artikel ini
dapat di share kepada semua...
Sunday, October 31, 2010
Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan?
Hadis riwayat Hudzaifah Al-Yamani ra., ia berkata:
Orang-orang banyak yang bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan, sedangkan aku justeru bertanya kepada beliau tentang kejahatan karena takut aku terjerumus melakukannya.
Maka aku bertanya:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah mengalami zaman jahiliah dan kejahatan, lalu datanglah Allah dengan membawa kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan?
Beliau menjawab:
Ya.
Aku bertanya lagi:
Apakah setelah kejahatan itu datang lagi kebajikan?
Beliau menjawab:
Ya, tetapi banyak kekurangan.
Aku bertanya:
Apakah kekurangannya?
Beliau menjawab:
Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunahku serta memberikan petunjuk dengan selain petunjukku, di antara mereka ada yang kamu kenal juga ada yang tidak kamu kenal.
Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan?
Rasulullah saw. menjawab:
Ya. Kelak akan muncul para dai yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahanam. Siapa yang menuruti panggilan mereka, akan mereka lemparkan ke dalamnya.
Aku bertanya:
Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat mereka itu!
Rasulullah saw. menjawab:
Baiklah. Mereka adalah kaum yang kulitnya sama dengan kita dan berbicara dengan bahasa kita.
Aku bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika aku mengalami hal itu?
Rasulullah saw. menjawab:
Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka.
Kalau mereka tidak memiliki jemaah serta pemimpin?
Rasulullah saw. menjawab:
Maka jauhilah semua sekte-sekte yang ada itu meskipun kamu harus menggigit pangkal pohon sampai maut menjemputmu kamu tetap demikian
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 343
Thursday, October 28, 2010
Power of human mind
.:Firman Allah:.
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
Al-Israk: 70
Monday, October 18, 2010
Surat cinta buat hati yang lesu.
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.
Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.
Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.
Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.
Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.
Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee
Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...
-
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani As has been written in Environmental Quality Act 1974 (Act 1...
-
Jangan salah anggap yang bahasa sabah ni sama ngan bahasa indonesia. Dialek diaorang ni kekadang bunyi cam bahasa baku. Jangan main hent...
-
سُوۡرَةُ الکافِرون بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَل...










