Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Strok Haba: Tanda-Tanda Awal


Strok Haba atau dikenali sebagai heat stroke berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.


Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah Strok haba boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.






Berikutan cuaca panas yang  dok landa negara kita ni, eloklah kita berjaga-jaga yea. Aku yang dok kerja kat dalam aircond ni pun rasa tak sedap badan ialah sat dok air-cond sat p production panas mengewap sauna kau. Fenomena Ekuinoks ni katanya bakal berlarutan sampai April. Setakat ni leh bilang kot baru berapa kali hujan turun kat Penang ni. Semoga dipermudahkan segala urusan walaupun keadaan cuaca agak mengganggu aktiviti seharian.


Pemanasan melampau atau fenomena ekuinoks sedang melanda negara kita dan kritikal di beberapa buah tempat. Maka sama-samalah kita mengamalkan tips kekal sihat di musim panas ni yang penting banyakkan minum air kosong k..



Saturday, January 1, 2011

Saya rasa seperti tulang saya da mula reput, cepat-cepat grab dutch lady fresh milk!


Saya rasa tulang saya macam nak reput, satu badan sakit-sakit. Adakah sebab penangan coffee mix super yang saya minum sampai 2 kali sehari. Dulu masa kecil-kecil, zaman pakai tudung senget sebelah, doktor selalu larang saya minum minuman ber-caffein sebab saya ada migrain. Saya yang baik terus patuh pada arahan doktor yang hensem itu. Tapi sekarang bila dah besar dah terbuang dah jauh-jauh migrain tu sikit, saya mula berjinak-jinak ngan coffeemix. Kalau sehari tak minum secawan  mesti terus rasa lain macam je cam tak bermaya.


Saya tak tahu apa masalah saya dua tiga hari ni asyik rasa lenguh badan je. Hari ni pun macam tu jugak. Nak kata buat kerja berat saya hanya kemas-kemas rumah, masak-masak, dan menghabiskan masa yang ada dengan online dan tonton tv. 


Tetiba je saya salahkan coffeemix. Tetiba je saya mula terpengaruh dengan artikel-artikel pasal bahaya Nescafe 3 in 1. Tetiba pulak saya rasa saya tak patut minum coffeemix hari-hari. Tetiba saya mula rasa saya patut ikut nasihat Teacher Valar cikgu bI sekolah rendah saya supaya minum segelas susu sebelum tidur everyday. Sindrom tetiba ini hampir berakhir bila tetiba je saya rasa susu dapat selamatkan saya dari masalah ini.


Demi menyelesaikan masalah, saya ke giant berhampiran dan terus grab satu botol 450 mL dutch lady fresh milk yang berharga RM 3.20. Perghh!!! lagi mahal dari dutch lady full cream milk.


daYun : Kata tulang reput minum lah  Anlene. 
daYah : Anlene mahal lagi la dari dutch lady, lagi pun dutch lady lagi best. 
            [sambil tengok purse yang dah kempis]


Dah lebih separuh botol saya minum. Nampaknya sindrom tetiba datang lagi. Tetiba saya rasa segar lepas minum susu segar tu. Tetiba jugak saya rasa susu tu dah neutralkan partikel-partikel, toksin semua yang ada pada coffeemix dalam badan saya. Boleh percaya ke??? Dan akhirnya tetiba jugak saya terasa nak tulis entri ni dan cerita pasal kisah saya dan susu. Nak dengar cerita saya tak?  Amaran!!! ini bukan kisah lembu punya susu, sapi dapat nama yea hadirin-hadirat sekalian.


Promote Produk susu Dutch Lady. Lagi 3 perisa strawberi, coklat dan kopi saya
 tak suka sebab rasanya macam manis sangat. Yang tiga ni jugak yang best!

Saya dengan susu memang kawan karib dari kecil. Orang klate kata geng kacik! Sebelum p sekolah mesti saya makan roti gardeee....nia sungguh enak dimakan begitu saja dengan segelas air milo+susu tepung fernleaf. Kat sekolah cikgu bI saya Teacher Valar hampir setiap hari pesan,


"Hidayah, nanti balik sebelum tidur jangan minum susu satu gelas haa"

"Hidayah macam mana exam? Ok? Nanti balik belajar, tidur awal dan jangan lupa drink milk before you sleep haa"


Lebih kurang macam tu la kisahnya. Malam-malam sebelum tidur saya akan tarik kerusi makan kat dapur p almari tuk capai tin susu fernleaf yang mama saya simpan tinggi betul. Nak minum segelas susu pun perlu berusaha gigih. Tapi, bila dah lama-lama, mama sendiri yang tolong buatkan untuk saya, segelas susu setiap malam sebelum tidur takpun masa saya tengah study malam-malam, menda wajib. Patuhkan saya pada nasihat berbaur arahan dari teacher saya?


Tapi semua ni tak kekal lama. Bila saya diterima masuk ke mrsm masa F1, saya dah jarang minum susu. Saya dah mula belajar minum nescafemix dari kawan-kawan. Bila balik rumah pun saya dah tak berapa boleh minum air milo yang dicampur susu tepung fernleaf macam selalu mak saya buat tu sebab kat asrama dewan selera selalu hidang minuman bersusu pakai susu lemak berkrim dalam tin tu. Jadi, saya dan susu dah tak rapat sangat, kami jadi jadi semakin jauh, dan jauh, dan jauh sehingga la saya berada di uni.


Sekarang, saya rasa cam nak latih diri minum susu balik. Kalau sebelum-sebelum ni breakfast saya amik secawan coffemix dan secawan lagi pada waktu malam, saya rasa saya nak tukar salah satu tu kepada segelas susu. Biar seimbang...hehe. Jadi saya patut mula latih balik berdamping malam atau pagi dengan segelas susu.


Saya tak nak tulang saya reput, saya baru  21 tahun, 11 bulan k!
p/s: jangan lupa minum air kosong banyak-banyak jugak ya...oksigen! oksigen! hahaha:)

Saturday, July 10, 2010

Kaki menawan pelengkap kejelitaan?


Alahai perempuan... kaki kau berbau ke???

Muka, solekan dan rambut selalunya sempurna kelihatan dicermin. Mungkin kita merasakan kita sudah menjaga diri dengan sempurna. Tapi dalam tak sedar sebenarnya ada certain part pada tubuh badan anda yang mungkin terlepas pandang takpun kurang dititikberatkan.



KAKI! ya kaki. kebanyakan antara kita lupa untuk menjaga kebersihan kaki. Bila tiba time sarung kasut baru la perasanyang keindahan diri telah hancur berkecai kat hujung jari. Sebabnya??? Inilah sebabnya kalau ambil mudah, ambil ringan pasal penjagaan kesihatan & kebersihan kaki. Tengok-tengok tumit merekah dan kuku bercekam sebagai hadiahnya. Sebenarnya jaga kaki ni lebih kurang jaga muka gak sebab kaki kita ninak kena bersih setiap hari macam rutin mencuci muka. Kaki kita kan anggota utama badan tuk bergerak, berjalan.


Cara Pembersihan Kaki

Make sure kita sentiasa bersihkan kaki menggunakan sabun dan air yang bersih. Pastikan celah-celah jari tu pun dicuci. Kena buat tiap-tiap hari tau,bukan apa..maklumla setiap hari kita p situ sini dah komfem terdedah kat kuman &bakteria pembawa penyakit kan...


  • Gunakan batu pumis untuk mengeluarkan kulit mati atau kulit keras di bahagian tumit.
  • Gunakan berus halus untuk membersihkan dan mengeluarkan kekotoran di dalam kuku kaki.
  • Pastikan kaki kita tu dilap sampai kering menggunakan tuala yang bersih setiap kali selepas membersihkan kaki.
  • Sapuan losen pada kaki dapat melembapkan kaki & mengurangkan masalah kulit kering pada kaki.
  • Sentiasa perhatikan kaki bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang jangkitan atau penyakit kulit macam lecur yang disebabkan kasut, kulit mati atau keras dan juga cekam pada kuku.
  • Bagi kaki korang yang jenis mudah berpeluh kan, sebaiknya gunakan bedak talkum biasa atau bedak khas untuk kaki bagi mengurangkan kejadian ni la.Kalau boleh pastikan korang selalu tukar stoking especially kalau anda memang punya kaki yang mudah berpeluh.

Cara Penjagaan Kuku Kaki
  • Kuku kaki mestila sentiasa pendek, bersih dan tak tumbuh melebihi had hujung jari ( rajin-rajinla potong kuku, sunat tu ).
  • Potong kuku kaki lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki.
  • Untuk melembutkan kuku kaki, korang boleh rendam dalam air suam selama 10 minit. Kalau nak pakai kasut, pilihlah kasut yang sesuai sebab selain memberi keselesaan kasut yang kita pakai tu sebenarnya memberi sokongan yang baik kepada kita si pemakai ni.

Dats all la tips kali ini..len kali kak yun cerita lagi..bye2. Assalamualaikum w.b.t :)

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...