Showing posts with label Kaki Wayang Drama. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang Drama. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

April @ Golden Screen Cinemas and Autism Awareness Month | Redha


Inspirasi dari kisah sebenar...

He Has Autism.  A-U-T-I-S-M. Autism!


Ayat ni pun dah menarik perhatian aku.. teringin jugak nak menonton cerita ni. Teringat lak filem hindustan Taare Zameen Par lakonan Amir Khan pasal budak yang ada penyakit Dyslexia. Banyak input aku dapat dari cerita tu. Tak pernah tahu menahu pun pasal dyslexia before tengok cerita tu. Sampai menangis-nangis tengok. Dari thriller filem ni, aku rasa cerita dia macam menarik. Apapun kena p menonton dulu la kan baru boleh review lebih-lebih..huhu. Hope l get more input about Autism too after watching this film.



"Perfect or not, for better or worse
You have to resign to God's will... REDHA"





GSC is Turning Blue to Help Spread Autism Awareness

April is Autism Awareness Month and Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) is turning blue to increase public awareness on autism. GSC’s online platforms will be blue and its social media pages will feature snippets about autism. On ground cinema staff will wear a blue button badge in support of autism awareness throughout the month. GSC will also be screening Redha, a touching story about a couple and their autistic son, by Tunku Mona Riza of Current Pictures. With every Redha ticket sold at GSC, RM1 will be donated to the National Autism Society of Malaysia (Nasom)






Saturday, November 14, 2015

Tuan Anas Mikael #Kalau awak jaga saya elok2 saya akan jaga awak elok2 juga!


Kenapalah saya pun tersayang tuan jugak.. hehe.


credit to Google


Rumah sewa kami takde Astro, tak leh layan Tuan Anas Mikael kat screen yang besaq kan. Nak harap tonton online kat laptop, sampai sekarang belum ada pengganti bagi laptop meq yang dah kena cilok dengan budak pecah mana ntah. Mesti muka pecah jugak kan yang mencuri tu.. hehe. So meq leh harapkan handphone Huawei G5110 meq je tuk layan cerita ni. Berguna jugak ko ea phone, yea Huaewi Bestwei! dan dan kan..


Dengan skrin bersaiz hampir 5 inci, maka saya gagahkan diri melayan cerita Tuan Anas Mikael ni online. Nak kata tersangat best jalan ceritanya taklah jugak, tapi sebab ada unsur komedi kan lagi-lagi ngan pelakon Zara Zya dan Aaron Aziz yang bawa watak pelakon utama memang layan r. Dok dalam bilik gelak sorang-sorang. Ayu Maisarah oo Ayu Maisarah kau suka sangat guna perkataan kekwat tu kan. Lawak la kau Ayu.


Kalau awak jaga saya elok2 saya akan jaga awak elok2 juga... new password ;)

Setakat ni meq dok layan online drama ni dari website myflm4u.pw. Terima kasih yea empunya website. Katanya drama ni ada 15 episod. Baru tayang 4 episod, harap-harap data meq cukuplah sampai next renew. Layan Tuan Anas Mikael lagi best dari layan drama Hello Mr.Perfect kat slot akasia TV3 tu.. ntah apa2. hehe.


Tak sabar tunggu next episod.. semek pun layan ok!


Thursday, June 14, 2012

Players # bollywood action ala hollywood!


Syok owh tonton movie ni. Aksi-strategi-sound video fuhhh!! memang ala-ala hollywood punya action movie la. Lagi syok owh tengok movie ni pakai tv LED yang besoq tu, dahla sound speaker pun gempak, lagi la layan aku nengok cite ni. Kalau korang-korang yang belum lagi tengok cite ni, silalah segera menonton. Tak rugi kalo korang tengok movie ni.








Hero ngan heroin dia pun okehhh la. Tapi tak syok sangat tengok si Sonam Kapoor berlakon. Yang lain no problem. Cerita ni pasal rompakan. ko cilok aku aku cilok kau. lebih kureng macam tu la. Tak nak story panjang korang tengok la sendiri. baru tau syok tak syok movie nie..huhu


Assalamualaikum :)

Thursday, August 25, 2011

Filem raya wajib tonton


Filem raya wajib tonton..wajib bagi aku la. Tengok trailer cam best. Aku kalau filem tu ada je pelakon komedi especially geng2 raja lawak ni, komfem tak lepas peluang menonton filem ke, drama diaorang. Tapi memandangkan raya taun ni di Kelantan dan memang akan bermastautin di sini sementara ni, nampaknya takleh la serbu panggung.








Filem RAYA TAK JADI ni kan, kalau geng bujang sepah si lalitamplom ikut berlakon mesti lagi best. Rasanya sepah lum ada berlakon filem lagi kan? Ke ada? Layan drama diaorang kat AstrOPrima tu pun best. Superbbbbb r sepah.





Oleh kerana aku tak dapat tonton kat panggung, maka dengan ini aku memohon kepada taiko2 link drama/ filem sila segerakan upload link tuk 2 filem ni yea nanti. Korang kena la kesian kat aku, korang je tempat aku bergantung harap. Buat ayat kesian...




bebellagi: mood nak tengok drama/telemovie raya lagi tinggi dari nak p beraya. Apapun habiskan puasa dulu dayun... heee

Tuesday, November 23, 2010

Aku bukan kaki wayang p panggung, aku kaki wayang depan laptop sendiri. Sebenarnya aku nak website tuk download movies!


Sebelum dayun melalut ntah apa2, saya nak jerit dulu kuat2...


"SIAPA2 YANG TAHU MANA2 WEBSITE TUK DOWNLOAD MOVIES YANG BEST2- FREE- TAK BANYAK CEREWET, PLEASE DEAR... SHARE WITH ME :)" 


Sejak beberapa purnama ni dayun setia mendownload movies di website2 ni...terima kasih kepada admin yang baik hati sediakan links2 tu yea :






Saya mudah bosan, mungkin sebab tu saya kapel pun tak lama. Saya mudah bosan, mungkin sebab tu la saya tak suka jalan2 kat satu tempat lama2. Saya mudah bosan, mungkin sebab tu la saya belajar setengah jam layan movies sampai 2,3 jam. Tapi tak semua menda yang saya lakukan saya akan rasa bosan. Saya akan rasa bosan kalau layan FB lama2 dari layan movies dari pagi sampai ke petang.


Kenapa? Sebab saya suka la. Suka tengok gelagat, gaya pelakon2 tu. Kadang2 dengan memerhatikan tingkah laku mereka, saya dapat kenal diri saya... Saya jarang tengok movies di panggung kecuali memang dah gila2 nak tengok, lagipun saya suka sound effect yang cam real je bunyinya. Saya suka tengok wayang kat panggung sebab screen dia besar, tapi sebab screen dia besar jugala saya tak suka. 


Kenapa? Sebab kalau tengok movies yang ada subtitle tu macam jauh sangat jarak dia dari ayat yang kiri  nak ke kanan sambung lagi bawah, rasa cam sprinter plak kena kejar, baca cepat2 setiap perkataan yang terpampang kat screen tu..hikhikhik. Tapi kalau tengok kat laptop, skrin leh adjust kasi kecil, jadi lebih senang saya nak baca subtitle tu.Kalau nak bagi sound effect clear and bikin real jugak, saya pakai la headphone..huhuhu.



Saya yang mudah bosan di lab,lalu snap pic dgn mimik muka yang bidakkkk!


Jadi itu sahaja la untuk entri kali ni, kerana tujuan sebenarnya entri ni ditulis sebab saya nak korang yang chomel2 baek hati sekalian kongsi link2 website tuk dayun download movies..tolong ek. lagi pun cuti dah dekat ni, jadi memang banyak masa untuk saya buat kerja yang tak berapa banyak faedahnya ni..huh!


fyi: kenapa saya rasa cam gedik je bila bahasakan diri sbg 'saya'..wateva!


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...