Showing posts with label foto unik. Show all posts
Showing posts with label foto unik. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Papan iklan unik di London


DUA pejalan kaki melihat tiga wanita yang menyamar sebagai patung di papan iklan Johnson & Johnson di pusat beli-belah Westfield, London baru-baru ini.

LONDON - Para pengunjung sebuah pusat beli-belah di Britain kelmarin terkejut apabila melihat beberapa wanita menjadi model hidup di sebuah papan iklan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, papan iklan berkonsepkan seni timbul di pusat beli-belah Westfield, di sini menampilkan tiga model seksi yang menyamar menjadi patung, baru-baru ini. Seorang model berambut perang duduk dalam keadaan separuh bogel di belakang segumpal awan dengan model kedua bergaya di belakang sebatang pokok.
Model ketiga yang berpakaian singkat duduk di atas buaian di tengah papan iklan tersebut. Mereka akan mengejutkan orang ramai dengan menggerakkan jari-jari kaki. Trio berkenaan membantu kempen promosi losyen pelembap 24 jam Johnson & Johnson. - Agensi

sumber: kosmo online

Ilusi dari tangan ke jari jemari


you can try this by your own
tapi kalo jadi apa2 dayun tak tanggung..huhu

menarik.cantik.unik
lihat.perhati.dan perhalusi sendiri


mata i menggoda tak???

berapa lama lagi nak kena pose ni...gua lapar ni!

korang dok diam2, aku ngah searching mangsa ni


hidung gua panjang bukan gua suka menipu k. gua budak baik  tau


tolong! tolong! ak tesekat ni...


ok semua..ramli ms tak dapat datang uncle yang conduct hari ni k!


eish..tepi2, bola aku nak masuk gol dah tu


big mama memang selalu berkayak solo ni


ahaa..semua da pegang2 tangan
kepal2 jari
mo try???


Wednesday, July 21, 2010

uniknya dabawallas dan bisness mereka


DABAWALLAS


Korang boleh jumpa dabawallas ni kat bandar dalam pic kat atas. mana tu ek? ramai je penduduk kan? Actually this is Mumbai, India. So.this is a chronicle story of Mumbai's overlanders..hahaha.

Dabawalla ni sebenarnya gelaran yang diberi kat orang yang bekerja hantar makanan tengahari kat pelanggan2 mereka yang majoritinya kerja kat pejabat. Diaorang akan pakai topi kat atas kepala diaorang tapi i lupa apa nama topi tu dan ini membuatkan mereka lebih dikenali. Istimewanya makanan yang dihantar ni dimasak oleh isteri atau ahli keluarga pelanggan2 abang dabawalla ni la. Around 9 a.m, dabawallas ni akan pergi ambil makanan yang sedia pack dalam tiffin-box atau tempat kita biasa panggil mangkuk bertingkat. Lepas amik semua lunch box ni dari pelanggan, dabawallas ni akan berkumpul kat satu tempat, biasanya kat stesyen keretaapi. Kenapa kat situ plak?

Ingat lagi tak masa belajar geografi PMR dulu2, keretaapi adalah pengangkutan utama negara India. So, keretaapi adalah medium pengangkutan semua bekalan makanan tengahari ni. Memandangkan jadual keretaapi yang bergerak setiap 4 minit, jadi takde masalah untuk diorang sampai ke lokasi setiap pelanggan diorang. kat stesyen ni gak dabawallas ni akan susun semua bekalan makanan tu ikut lokasi makanan tu patut dihantar. Setiap bekas makanan tu akan ditanda lokasi yang patut dihantar, dan semua-semua ni dibuat mengikut sistem yang diorang dah reka beberapa abad yang lalu lagi

nampak tak tulisan yang warna merah, kuning atas mangkuk tingkat tu, itulah cara dabawallasni tanda lokasi penghantaran makanan ni...

Bukan setakat hantar, diorang akan pungut balik semua lunch-box pelanggan2 diaiorang dan hantar balik kat rumah pelanggan. Kebanyakan yang jadi pelanggan dabawallas ni berpuas hati dengan sistem ni sebab diaorang dapat makan makanan yang dapat dimasak dari rumah walaupun berada di pejabat. Makanan yang dihantar juga tidak sejuk kerana semua lunch box tu dibalut dengan kain yang dapat mengelakkan kehilangan haba dengan cepat. Makanan yang dihantar tepat pada masanya juga menjadikan pelanggan setia dengan sistem ini dan ia terus digunakan secara meluas di sekitar bandar Mumbai.

Abang2 dabawalla ni memang rajin bekerja kan...








apa..nak tengok lagi pic abang2 ni??? search la kt pakcik google.banyak tu. huhu. chow lu, i nak p kuliah...



fyi:// entri ni di post sbb i terbaca pasal artikel ni dalam magazine kat dalam flight airasia. and i think it was an interesting article.

Tuesday, July 6, 2010

Calon Raksasa tuk Next Ultraman Series...





Raksasa : Dunia ini bakal aku musnahkan...hahaha

Ultraman : Jangan kau berangan di waktu hampir 1/3 malam ni. Tak mungkin kau

Raksasa : Jangan kau pandang rendah pada aku..baik kau bersedia untuk mati....

Ultraman : Kalau setakat kau aku tak heran. sekelip mata mampu aku musnahkan. Kau tak mampu menakluk bumi ini

Raksasa : Kenapa kau rasa aku tak mampu?

Dayun : ( watak aku tiba2 muncul dlm cerita ni )... sebab kau tu kecil, saiz ko besar2 ibu jari aku je. ada hati nak jadi raksasa. fizikal kau ada la gak iras2 raksasa. perghh!


+
+
+
+
+


Ni bukan skrip untuk next cerita ultraman, ini adalah lakonan semata-mata. sebenarnya, aku nak tau identiti sebenar makhluk ni. spesiesnya apa, nama, habitat sebenar... lebih kurang profail makhluk ni la. setiap kali aku siang ikan especially ikan laut la, mesti jumpa menda alah ni. kebetulan tadi ada anset nokia 5200 adik aku kat sebelah, so apa lagi terus snap la. sekali tengok ada gak iras2 lipas, tapi xde sayap. kat bawah ni bahagian bawah makhluk ni...


Yang peliknya, menda ni tak hancur lumat dok dalam perut ikan tu. molek cam cukup sifat je. Tak tau la kot2 masa ikan tu kena tangkap nagn abg nelayan dia baru lepas lunch ke, so tak sempat nak terdigest haiwan kecik ni. Bila tanya abah, dia bilang maybe haiwan kecik ni dari umpan pemancing. bila dengar statement abah tu, aku start wat teori baru, maybe haiwan kecik ni dok kat darat dalam tanah kot. pastu pemancing2 guna kaum kerabat diorang sebagai umpan. ada gak logiknya...erm

logik2 tak logik, i want to know more about this species. u know? would u like to share with me? hehe..


p/s : jangan biarkan diri aku diselubungi misteri haiwan kecik ni...huahuahua :)





Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...