Showing posts with label craving for food. Show all posts
Showing posts with label craving for food. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Uncle KIN Pan Mee di QueensHall, Queensbay Mall Penang!


Assalamualaikum and hello 2017!!!!


Post pertama di tahun 2017. Post pertama pasal makan dah. Makanan yang dayun nak cite ni pun makanan pertama yang akan pop-up on my mind bila ada kat Queensbay Penang ni. Punya berlambak foodstall kat QueensHall tu Pan Mee jugak yang dayun akan jadikan makanan pertama, then baru decide side dish yang lain.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8OOKPKSuUCph_mjEiIyrdBtXL9mc2ivwLAsqWQQN7qdBTtxBdK8njzeP7s0ZIv38C9vM_Ac2wklDXrBviSJnKDE0fMWui4Zkt1GjD2OhelXEuM4OeRq1vHnv5QtOnSyfjIss6ra-Jiog/s1600/1.jpg
QueensHall Food Stall's Map

Since the QueensHall Food Stall ni launched, selalunya dayun akan ke sini la untuk makan bila ada kt queensbay. QueensHall ni dok kat 3rd floor  First time makan Pan Mee ni dengan my ex-lovely housemate FarahNadia. Teruja tengok panjang sangat beratur, lepas tu bila tengok PanMee yang dah ready tu buat rasa nak sangat cuba rasa.


The Stall-Takde photo sendiri sebab tiap kali p makan macam tak sabar nak masuk tekak kan, so kredit photo to cquek.com

And here, dayun terjebak dengan Pan Mee ni sampai sekarang. Dayun akan amik Dark Sauce Pan Mee sebab yang ni kurang pedas since Dry Chili dia pun dah pedas. Tapi FarahNadia hantu cabai confirm lah amik Signature Sauce. Setiap set Pan Mee beserta sekali Fishball Soup yang super duper yummy.


1 set Dark Sauce Pan Mee with Fishball Soup = RM6.90. Credit photo again to cquek.com

Dayun memang tak boleh move on dari Pan Mee ni. Last Sunday sanggup keluar p Queensbay sorang semata-mata nak makan mee ni. Semua barang dia prepare kat stall tu. Kalau p sana boleh nampak la diaorang prepare Pan Mee ni, yang fresh nya mee tu siap rebus kat situ lar2 tu jugak.


Tak rugi try Pan Mee ni. Sekali sekala datang Queensbay rajin-rajinla menapak kat Uncle Kin Pan Mee ni. Memang sedap lol. Tak nak cakap banyak nanti p la cuba rasa sendiri and review k.


Nak lebih review tentang Uncle Kin Pan Mee dan makanan2 yang ada kat QueensHall boleh google takpun ke blog2 berikut;



Semek dok kerja makan je last weekend!

Tuesday, June 28, 2016

Kuey Teow Kung Fu


Bila dah sampai akhir Ramadhan, tak boleh pusing pikiaq menu apa dah nak makan buka. Akhirnya dari berbuka semalam sampai ke sahur tadi pagi hadap Kuey Teow KungFu ni.. Sedap jugak aku masak rupanya... hehe

#jangankecamsaya :p





Bahan-Bahan (Kuey Teow)

1-Kuey Teow
2-Telur
3-serbuk lada hitam, garam


Cara penyediaan:
Campur je semua macam buat telur dadar pastu goreng je macam goreng telur dadar tu.


Bahan-Bahan (Kuah)

1-Udang/ayam
2- sayur kubis bunga/ carrot
3-sos tiram
4- serbuk lada hitam
5-bawang putih, bawang holand
6-gula, garam, stok ayam
7- tepung jagung
8- cili api sket


Cara penyediaan: 
1- Tumis bawang putih, bawang holand, cili api
2- Then,sayur kubis bunga dan carrot,udang, sos tiram, serbuk lada hitam, stok ayam dan  perasa.
3- Masukkan air beserta bancuhan tepung jagung
4- Biarkan seketika kemudian bolehlah angkat dan taruk kat atas kuey teow yang dah bersalut telur tu.


Sekian, perkongsian masak-masak malas semek!

Monday, January 18, 2016

Nye Mari Terliur Kuih Muih Makanan Kelate..


Assalamualaikum w.b.t

Dikir dulu serangkap.. hehehe
sebut kato negeri kelate,
tanah serendoh sekebun bungo..
tempat molek sereto come
penuh dengan seni budayo


Sebenarnya sehari dua ni teringin nak makan kuih muih, makanan kelantan. Nampaknya mood balik kampung mai lagi. Kalau diikutkan no IC sah-sahla aku bukan anak jati kelate tapi Pahang.  Disebabkan aku membesar kat kelate abah ma pun orang kelate maka aku anggap aku dah jadi anak kelate. Tapi bila tiba musim bola sepak Malaysia Pahang ke Kelantan ke dua-dua aku support... This is Pantai Timur! Oppss.. bukan nak pacok bendera ke gapo ni deh..

#jangankecamsaya :)


Oklah, berbalik kepada kuih muih makana kelantan tadi, semek dok beraso nak makan mugo barey makanan bawah ni loni. Maafla entri ni bahasa capur aduk kalau tak berapa faham boleh google translate ea..huhu. Semua gambar di bawah ni I'm credit to MrGoogle and Insta 'I Love Kelantan'.



 1-Lompat Tikam 
So colorful right? Masa kecil dulu aku dok dengan tok kat kelate,parents semua dok Pahang. Dulu ada pakcik bawa motor jual kuih ni,tokwan aku mesti beli kat aku.




 2-Kuih Akok
Akok ni ore kata kalau banyak telur lagi sedap. Rasa macam lama dah tak makan




3-Tepung pelita
Lapisan atas sekali santan biasanya rasa masin yang bawah manis. Bungkus lak dalam daun pandan..perghhh wangi dan sedap.



4-Pulut Nyiur Ikan Kukus Goreng
Ni masa zaman kecil dulu mama selalu buat jugak la buat makan pagi hari minggu. Sekarang sejak anak-anak dah besar kalau minta ma buat boleh-boleh je dia p pasar borong belikan kat aku dua tiga bungkus... orang nak yang dia buat dia p beli yang dah siap. mama o mama!




Setakat ini itu sahaja yang aku terasa terliur nak make loni.. sekian. Cepatla bulan dua nak kelik kapung ni :)

Tuesday, January 17, 2012

Kisah popia dan blog


Comeyla... pukul 3:19 pagi doh. Ni kalu tunggu lagi 2 jam bulih badi kukuk nge aye jate doh, dok pun badi blorak nge ore nok g noreh getoh. Padahal esok kena punch card awal, mugo  assistant nanny bulih kijo baru, nye piak kijo munggoh buoh plop. Maka dengan itu, toksoh nak brangey extend tido pas subuh la mek dio. Nak tido doh ni kalo kiro, tapi gak nak crito la sikit mugo gapo buat sapa time ni pun dop berjaga tak tido lagi.



Kita REWINDDDDD la deh...


Lokasi : Ruang tamu rumah depan tv dipilih
Masa : 11.30 malam
Aktiviti : buka kulit popia, masuk inti popia, gulung popia
Crew yang terlibat : Diri Sendiri dan dibantu 2 kanak-kanak  perasan rajin



Al-kisah boleh p gulung popia malam-malam ni sebabnya aku terjumpa inti popia yang lebih aku buat ngan kazen dan nenek aku itu hari. Itu hari aku bukannya 2,3 hari lepas ke minggu lepas ke tak. Itu hari aku ni yang tengah bulan DISEMBER 2011 punya. Tapi nasib baik la inti dia OK lagi, takde perubahan rasa ke apa la. Kalo tak membazir je jah oii. So, alang-alang barang semua da ada, maka aku telah paksa rela diri sendiri tuk gulung popia ni, around 200 jugakla. Tak larat nak bebel banyak-banyak, layan gambar je la yea.


Popia ni dah macam-mcam saiz-bentuk rupa da jadi, maklumlah banyak tangan yang membuat


Susun-tenyeh -gulung


Kalau tau try teka apa menda ni...jeng3!!!


Inilah dia jah oii intinya. tok wan i pakai inti sambal udang kering. tip top jah rasanya




Haa...inilah dia assistant yang menolongnya. Tolong la sangat  :p

Around 1.30 pagi la jugak siap. Memang siap betul sampai budak dua orang tu pun da siap tarik selimut tido sejam setengah yang belum tu lagi. Terkedek-kedek sorang-sorang dok gulung popia. Then-nya, rajin p online, buka pulak blog kecayangan yang dah berbulan tak hupdate ni, tetiba datang mood nak edit blog pulak. Mentang-mentang da masuk taun baru kan, blog pun nak nampak baru jugak. Update entri-post tak istiqamah lagi, make up blog pulak yang lebih.



Taraaa...lepas hampir 2 jam dok belek situ, tenyeh sini, tukar layout lain, ganti header ni selesai jugak akhirnya. Macam yang hampa semua boleh nampak dengan mata kasar hampa sekarang la. Tak yah buka HIJAB boleh nampak daahhh. Tapi sila abaikan header tu yea. Aku kalau ikut sebenarnya malas dah nak letak header tu, tapi kan rasa lain pulak bila buka blog takde header. Biarla tak santek pun, aku tempek tujak kat situ.



Mak oii..da kol 4 pagi jam aku ni. Aku nak kena out lu, pagi esok nak punch card awal ni. Kla, Assalamualaikum- free2 singgah  la sini lagi ek. muahhhh3!!!

Sunday, August 28, 2011

Krew singgah sahur


Alhamdulillah,
Krew singgah sahur dah pun selesai bersahur. Walaupun bukan makanan berat sangat tapi rezeki orang bagi kita harus terima ngan tangan terbuka kan. Tapi aku memang kenyang la, dah la 2 cups air aku bedal, sebelum tu dah minum koktail dah. Bayangkan lepas tu kena habiskan makanan lagi. Apapun, terima kasih kepada Encik Kasmuri yang sudi sponsor makanan malam ni...sambil gosok2 perut.



perut da kenyang, tapi orang da belikan makan je la..alhamdulillah


Nampak biasa je mushroom soup ni, tp rasa dia superb tak banyak b..hehe


Terima kasih jugak kepada  sponsor seterusnya ni, Puan Noralili sebab malam ni dengan seikhlas hatinya dia bagi aku duit raya. Jangan jeles i dapat duit raya before raya. Mana tau raya tak jadi taun ni untungnya aku jugak dapat duit raya awal...haha (terpengaruh ngan filem yang nak kuar nanti...hehe)




Sesungguhnya, aku ingin mendedikasikan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian myABAH selaku penaja singgah sahur kali ni, belanja fried chicken/ kentang goreng/ mushroom soup malam ni, kira sahur la tu kan biarpun cam moreh je. myMAMA, nampaknya sebulan aku dok bertekak/ berdrama bagai dengan adik aku tu bukan sia-sia, as a nanny, i got my allowance RM_____.00. Suka sangat-sangat



Krew singgah sahur berehat seketika.. kembali lagi bila nak sahur. wassalam :)

Wednesday, November 17, 2010

Perut lembu jadilah air asam perut lembu!



Dalam bus/ lepas exam/ 16.11.2010

Si mat : Tak balik raya ke yah?

Cik dayun : Dop eh kito, saghi jah cuti.

Si mat : Tak leh make daging lembu la dio

Cik dayun : Saya nak make air asam perut lembu jah loni...haktu jah!

Si mat : Dio ni, perut lembu make, make benda pelik2. Sup gear box make?

Cik dayun : Sdak apo perut lembu, gear box pun make jugok sedut2 lemok dalam dia..hahaha


***


Hari ni raya korban kan..so tuk semua blogger yg beragama islam Selamat Hari Raya Aidiladha ek! Sebut pasal perut lembu, korang makan tak? walawe...sedap ni. Rugi kalau tak makan.huhu. Apa? Geli? eish buat apa nak geli..menda dah di cuci kan...nah perut lembu ni. hahaha.



[ Perut lembu yang belum dicuci lagi...fresh! ]


Kali kedua beraya di sabah, masa first year raya puasa kat sini, this year raya haji plak..huhu. Dan untuk raya haji kali ni tak dapatla cik dayun nak makan air asam perut lembu. Bestnya tu, rasa masam2 limau nipis, pedas2 lada burung (cili api) ngan daun kesom, masin2 belacan...huh! meleleh da air liur korang tu, lap weh nanti orang nampak. ngeh3 :)



 [ kalo tambah daun kesom ngan hirisan bawang lagi nampak berselera ]


Bab makan memang cepat, tapi bab nak menyental perut lembu ni, nak buang dia punya isi perut yang $%&%* tu bikin penat. Tambah2 kalo perut kitab tu nak kena belek satu2..opps! korang tahu ke perut kitab tu apa?hehe.. tapi nak senang cuci, tok wan cik dayun suh rendam ngan air kapur dulu perut tu, then baru la sental2..ganas je bunyinya. Biasa2, kalo time raya korban macam ni, ada la 2,3 orang dok bertenggek kat tepi sungai dok mencuci perut lembu... pastu kat bawah budak2 dok mandi. hikhikhik.


Kalo tak dapat beraya haji kat kampung pun..bagi la i merasa air asam perut lembu... pleaseee!!!

Thursday, June 10, 2010

hai..bilalah aku boleh makan kau ni si timun betik!


Dah masuk 4 hari dah, kenapa kulit kau tak pandai nak merekah lagi. Tokwan cakap letak kat tempat berair cepat la kulit dia merekah, esok lusa da boleh makan la. tapi dah habis lusa dah masuk tulat dah ni, tak de perubahan pun. Lama dah tak makan timun betik, cepat-cepat la kau masak oii...

Ehem2..sedikit fakta tentang timun betik.

Sebenarnya aku tak tahu la kalau ikut bahasa ibunda, bahasa daerah korang apa nama buah ni. Buah kat dalam pic bawah ni sayang, kalo kat tempat dayun my lovely place kelate kami panggil Timun Betik. Berlambak jual kat gerai buah tepi jalan. Balik kenduri 4 hari lepas mama beli la sebiji sebab dia tahu anak pompuan dia ni nak sangat makan timun betik. Rupanya yang dia jual tu lum masak kita kena peram sendiri. Selama ni dayun ingat buah ni sama je cam buah tembikai yang lain, leh terus makan.


Peram timun betik ni bukan macam peram buah mangga cempedak semua tu.. Tokwan cakap, letak je kat tempat berair. Pastikan timun betik tu yang tua, bukan yang masih muda trang tang tang lagi. Berminggu la kau nak tunggu buah tu masak. Tokwan cakap lagi, letak kat tempat berair nak suh dia cepat masak, kalo kulit dah merekah, pecah dah masak dah boleh makan la timun betik ni. Mama letak dekat ngan sinki kat dapur. Buah timun betik ni rasanya tawar, jadi kalo makan biasa orang makan dengan air gula takpun gula melaka yang dah dicairkan. Ada jugak suka makan campur santan kacau dengan cendol. Tapi, kalau nak ikut selera dayun, dayun suka makan macam ni...

Ni pun Tokwan yang selalu makan macam ni dayun ikut jew..
1. Potong timun betik tu kecik2 biar boleh suap masuk mulut la
2. Pastu taruk susu pekat atas dia, nak taruk gula sikit pun boleh
3. Then campur ais sikit nak suh rasa sejuk. Tapi dayun tak suka letak ais, sebab nanti bila ais cair rasa manis susu hilang, so dayun biarkan dalam peti ais jap
4. Makan la apa lagi... :)

Kalo belum pernah rasa, nak cuba.. p la cari timun betik kat gerai2 buah tu, kat giant tak tau ada ke tak.hehe


Friday, April 30, 2010

ada ke kelantanesse (ore kelate) tak makan BUDU?




BUDU

Pernah makan? pernah tengok? paling2 pun pernah dengar tak tentang menda alah ni? BUDU, best woo menda ni.. dayun kalau dapat makan nasi panas2 dengan budu, taruk lada dengan asam limau nipis pastu  makan pulak ngan ikan kering, fuhh..memang bleh tambah dua tiga kali la makan. Tak perlu udang masak sambal, daging masak kicap,ikan sweet sour untuk buat dayun berselera makan k..huhu. Kalau kat kampung, family suka makan budu tu cicah ngan ikan tawar, kasi letak tempoyak sikit, kalau ada ulam pun best gak.. mak oii kalau ada ulam petai, kacang botol, pucuk ketereh, jantung pisang...aahh, da meleleh air liur aku.



                             
budu+lada+asam limau nipis+tempoyak 



Erm..kenapa post entri pasal budu pulak nih? Sebab dayun tak sabaq da nak balik umah, makan nasi + budu + ikan gelama kering. Bukan kat sini takde budu, ada jual kat kedai rincit depan tu, dalam giant pun ada jual gak..belum kira yang aku bawa 2 botol tapi da tinggal satu botol dah,  tapi kalau makan kat rumah lagi ada ummh..hahaha.



                                               
ni budu yang dayun bawa, da tinggal 1/3 botol da ^_^



Ada ke orang kelantan yang tak makan budu? Jujur dari dasar hatiku, kalau orang putih cakap from bottom of my heart.. rugi la korang yang tak makan menda alah ni. Kenapa tak nak makan? Sebab bau dia kurang menyenangkan a.k.a busuk? Ke sebab cara pemprosesan budu ni yang korang tak boleh terima? Jangan jadikan alasan semua menda tu, baik korang rasa lu.. mesti korang akan jadi peminat setia cik budu..hahaha. Kawan adik aku dari kL datang rumah makan nasi berpinggan2 sebab terkena penangan  budu ngan ulam kacang botol je tu..



Sedikit fakta tentang BUDU...

Dari segi pemprosesan:
  • Ikan bilis ramuan utama nak buat budu. ikan ni akan digaul ngan garam pastu akan diperam jadi sos budu selama lebih kurang 6 bulan dalam tong gentian kaca. pastu lepas 6 bulan baru la sos budu tu dimasak, ditapis, bagi sejuk lu beberapa jam and dibotolkan untuk jual la kan...

Dari sudut kajian:
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.
 budu yang jual kat Giant gini la rupanya..hehe


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...