Friday, April 30, 2010

ada ke kelantanesse (ore kelate) tak makan BUDU?




BUDU

Pernah makan? pernah tengok? paling2 pun pernah dengar tak tentang menda alah ni? BUDU, best woo menda ni.. dayun kalau dapat makan nasi panas2 dengan budu, taruk lada dengan asam limau nipis pastu  makan pulak ngan ikan kering, fuhh..memang bleh tambah dua tiga kali la makan. Tak perlu udang masak sambal, daging masak kicap,ikan sweet sour untuk buat dayun berselera makan k..huhu. Kalau kat kampung, family suka makan budu tu cicah ngan ikan tawar, kasi letak tempoyak sikit, kalau ada ulam pun best gak.. mak oii kalau ada ulam petai, kacang botol, pucuk ketereh, jantung pisang...aahh, da meleleh air liur aku.



                             
budu+lada+asam limau nipis+tempoyak 



Erm..kenapa post entri pasal budu pulak nih? Sebab dayun tak sabaq da nak balik umah, makan nasi + budu + ikan gelama kering. Bukan kat sini takde budu, ada jual kat kedai rincit depan tu, dalam giant pun ada jual gak..belum kira yang aku bawa 2 botol tapi da tinggal satu botol dah,  tapi kalau makan kat rumah lagi ada ummh..hahaha.



                                               
ni budu yang dayun bawa, da tinggal 1/3 botol da ^_^



Ada ke orang kelantan yang tak makan budu? Jujur dari dasar hatiku, kalau orang putih cakap from bottom of my heart.. rugi la korang yang tak makan menda alah ni. Kenapa tak nak makan? Sebab bau dia kurang menyenangkan a.k.a busuk? Ke sebab cara pemprosesan budu ni yang korang tak boleh terima? Jangan jadikan alasan semua menda tu, baik korang rasa lu.. mesti korang akan jadi peminat setia cik budu..hahaha. Kawan adik aku dari kL datang rumah makan nasi berpinggan2 sebab terkena penangan  budu ngan ulam kacang botol je tu..



Sedikit fakta tentang BUDU...

Dari segi pemprosesan:
  • Ikan bilis ramuan utama nak buat budu. ikan ni akan digaul ngan garam pastu akan diperam jadi sos budu selama lebih kurang 6 bulan dalam tong gentian kaca. pastu lepas 6 bulan baru la sos budu tu dimasak, ditapis, bagi sejuk lu beberapa jam and dibotolkan untuk jual la kan...

Dari sudut kajian:
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.
 budu yang jual kat Giant gini la rupanya..hehe


2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Ustazah, nanti bawak bebanyak dr kg, pastu jual... blh dpt duit... hehehehehe

da[Y]un said...

boleh2..tap faiz la kena jadi dealernya..sbb dealer2 yg 'perasan' comel ni membantu dlm bisnes jual budu ni hehehe:p

♫ singgah sat..