Saturday, June 12, 2010

aKu bOsAn jAdi aNAk suLOng tApi aKu sUkA..nAk wAt mAcaM mANa


Minggu ni dayun rasa sangat bosan jadi anak sulong, puteri sulong dalam keluarga... Sebelum ni pun pernah rasa gak, tapi this week sangat2 terasa. Kenapa boleh rasa macam tu? Kalo korang anak sulong mesti korang faham gak kan kenapa? Tapi  betul ke korang tahu? Aku bosan betul jadi anak sulong buat minggu ni sebab...

1. Sebab sekarang aku cuti, tiap2 hari, tiap2 pagi jadi supir hantar ambil adik aku kat sekolah. Ada basikal tak mo naik nak jugak suh orang hantarkan.
2. Pas hantar adik p sekolah balik kena basuh baju, nasib baik ada washing machine. Bayangkan adik beradik aku 11 orang campur ma abah jadi 13 orang..penuh ampaian yang besar tu kain baju diaorang. Belum masuk kes lipat baju lagi. 
3. Yang ni aku tak tahu la sebab rumah aku ni besar sangat ke apa, suka diorang sepahkan barang2, yang nak kena kemas aku jugak.
4. Tengahari nak kena masak tuk askar2 yang baru balik sekolah plak. Mama? dia keja kalo tak jam 3 pm lum tentu dia ada kat umah. Bab masak ni yang aku malas, bukannya aku tak tahu masak tapi time tuk sedia makan tengahari tu ada cerita kat tv yang aku nak tengok. kacau...
5. Si abdul hakim, bukan 3 abdul haa.. adik yang paling kecil berusia 1tahun 6 bulan. Biasa2 dia dok umah pengasuh dia time mama p kerja, tapi sindrom mengada-ngada nak bermanja dah terjangkit kat dia so taknak p umah pengasuh dia..aku la jadi nanny sekarang. 
6. Pastu mama aku pun terjangkit sindrom tu ngan adik akem, nak p mana2 tanpa budak kecil ni, aku la yang jadi mangsa kena jaga akem. Alasannya, " Bila lagi adik nak main ngan awak masa ni je la". So, dengan alasan yang chantek itu dia dapat tinggalkan si kecil ni ngan aku. adoii.. 
7. Adik2 aku semua lelaki, sorang je pompuan. Semua menda nak harapkan aku buat, itu aku ini aku alasannya sebab aku yang paling tua, pasti selalu takde kat rumah. pandai ek korang? Kalo bukan sebab belajar takde aku p jauh2 tak dok umah...hmm!

Banyak lagi sebenarnya, tapi kan nanti kalau aku list semuanya letih nak baca, aku pun penat nak taip. Tapi dalam aku bosan2 jadi anak sulong ni, aku suka jugak sebabnya..

1. Biasala anak sulong, kadang2 kalau suruh adik2 aku buat sesuatu diorang akan ikut. Respect la gak kononnya.
2. Aku selalunya dapat apa yang aku nak dari abah. Maklumlah anak pompuan sulong, pastu dari kecil sampai besar ni aku selalu membanggakan dia dengan pencapaian akademik aku yang agak cemerlang, tapi sekarang ni dah down sikit. Sampai adik aku pun mintak tolong ngan aku kalau nak mintak apa2, permission ke ngan abah. Tengok anak abah kan? huhu...
3. Cakap je aku nak makan apa, kadang2 aku seloroh je ngan mama tapi dia pasti masakkan untuk aku. I like!
4. Selaku cucu sulong tokwan sebelah mama, tokwan selalu back up aku walaupun kadang2 aku tak boleh tahan bila dia start membebel, jangan marah yea tokwan.
5. Takde duit mintak ngan ma & abah mesti dapat punya. Mintak duit yang hijau dapat yang merah, mintak yang merah dapat yang biru... berbaloi-baloi beb..hehe. Tapi bukan selalu pun aku mintak.
6. Yang ni lain sikit, aku suka jadi anak sulong sebab adik2 aku selalu buli aku..hahaha. cara diorang buli aku sentiasa wat aku gembira. Biasala adik2 semua lelaki..otak diorang kalo bergabung memang meletup. Terima kasih kerana membuli 'LONG MEK' korang ni yea..hehe.

Cukuplah...syukur dengan apa yang dimiliki!



6 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Lama tak singgah sini... maaf agak bz....

QZ / KZT said...

salam jenguk..

anak sulung..memang banyak amanah, tambah2 kalo laki, lagi ponin...

bagus la dah belajo tanggungjawab awal2, so pasni kalo kawen, dah ada guide camne penatnya jadik mak orang, so takdelah kalut2 sangat macam mak2 zaman moden skang ni..hehe

apa2 pun, jangan abaikan mende2 basic tu dahla k..even bizi, hak Allah tetap kena jadi prioriti..

gud luck.. =)

wassalam

da[Y]un said...

faiz: sy nampak msg faiz di situ.huhu. takpe tau budak sorang ni bz

da[Y]un said...

QZ/KZT : mekasih sebab selalu bagi nasihat ngan adik anda ni. hehe..

QZ anak laki, banyak lagi kena pk kan? nnt nak kena tanggung anak orang lg.hehe.

Btw.. smg DIA sentiasa menolong & mempermudahkan setiap gerak kerja seharian kita. Amin!

da[Y]un said...

QZ/KZT : mekasih sebab selalu bagi nasihat ngan adik anda ni. hehe..

QZ anak laki, banyak lagi kena pk kan? nnt nak kena tanggung anak orang lg.hehe.

Btw.. smg DIA sentiasa menolong & mempermudahkan setiap gerak kerja seharian kita. Amin!

Faranaqwiah said...

salam dik...
anak sulung tu kebanggaan keluarga, dan anak kesayangan mak dan ayah biasanya...

dan menjdi kesayangan adik2nya...

jga dri... rindu sgt kat daya... =)

♫ singgah sat..