Thursday, June 10, 2010

hai..bilalah aku boleh makan kau ni si timun betik!


Dah masuk 4 hari dah, kenapa kulit kau tak pandai nak merekah lagi. Tokwan cakap letak kat tempat berair cepat la kulit dia merekah, esok lusa da boleh makan la. tapi dah habis lusa dah masuk tulat dah ni, tak de perubahan pun. Lama dah tak makan timun betik, cepat-cepat la kau masak oii...

Ehem2..sedikit fakta tentang timun betik.

Sebenarnya aku tak tahu la kalau ikut bahasa ibunda, bahasa daerah korang apa nama buah ni. Buah kat dalam pic bawah ni sayang, kalo kat tempat dayun my lovely place kelate kami panggil Timun Betik. Berlambak jual kat gerai buah tepi jalan. Balik kenduri 4 hari lepas mama beli la sebiji sebab dia tahu anak pompuan dia ni nak sangat makan timun betik. Rupanya yang dia jual tu lum masak kita kena peram sendiri. Selama ni dayun ingat buah ni sama je cam buah tembikai yang lain, leh terus makan.


Peram timun betik ni bukan macam peram buah mangga cempedak semua tu.. Tokwan cakap, letak je kat tempat berair. Pastikan timun betik tu yang tua, bukan yang masih muda trang tang tang lagi. Berminggu la kau nak tunggu buah tu masak. Tokwan cakap lagi, letak kat tempat berair nak suh dia cepat masak, kalo kulit dah merekah, pecah dah masak dah boleh makan la timun betik ni. Mama letak dekat ngan sinki kat dapur. Buah timun betik ni rasanya tawar, jadi kalo makan biasa orang makan dengan air gula takpun gula melaka yang dah dicairkan. Ada jugak suka makan campur santan kacau dengan cendol. Tapi, kalau nak ikut selera dayun, dayun suka makan macam ni...

Ni pun Tokwan yang selalu makan macam ni dayun ikut jew..
1. Potong timun betik tu kecik2 biar boleh suap masuk mulut la
2. Pastu taruk susu pekat atas dia, nak taruk gula sikit pun boleh
3. Then campur ais sikit nak suh rasa sejuk. Tapi dayun tak suka letak ais, sebab nanti bila ais cair rasa manis susu hilang, so dayun biarkan dalam peti ais jap
4. Makan la apa lagi... :)

Kalo belum pernah rasa, nak cuba.. p la cari timun betik kat gerai2 buah tu, kat giant tak tau ada ke tak.hehe


1 comment:

S.I.T.I said...

haha.baru je td mkn timun betik nih.heh,jelez tak? ^_^