Friday, June 4, 2010

Kata-kata Hikmah Hubaib



Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah.

Pandanglah dunia ini sebagai tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu.

Sakitilah nafsumu kerana ia menjadi tunggangan syaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada unggangan yang digunakan bagi merosakkanmu.

Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat khusyu', janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta terhadap akhirat, mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu.

Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruja hawa nafsu. Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalanmu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung.

Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi.


2 comments:

kyo_9 said...

hubaib tuh ape ek?

::FAIZ FARISH:: said...

Ustazah, saya tumpang lalu ye.....