Friday, June 4, 2010

Malam ni pakat tengok ANAK BULAN BEKWOH



Lokasi : Rumah Pakcik Pasili
Agenda : Majlis Tahlil ( ngatik )

Kelihatan para pak cik termasuk abah aku dah siap makan. Biasala kalau majlis tahlil mesti ada makan-makan sikit kan. Masing-masing dah amik port yang sesuai tuk rehatkan perut yang dah kenyang dan mula buka cerita kedai kopi, start naik wau ore klate kato. Di satu sudut...

Abah : arr..male ni kito buleh pakat tengok anok bule bekwoh la..start cuti skoloh dahni. gular 2,3 tempat la sari.

[tolong translate]

arr.. malam ni kita boleh pakat tengok anak bulan kenduri la..cuti sekolah dah mula ni. kenduri 2,3 tempat satu hari 

Sebenarnya ni dialog abah aku semalam.. gelak ni kami anak beranak bila dengar abah cakap macam tu. mana taknya, asal cuti sekolah je mesti ada kenduri, asal kenduri cuti sekolah. Dalam satu hari tu bukan satu undangan je, sampai 2,3 kad undangan yang kami terima jatuh pada tarikh yang sama. mesti korang pun sama kan? kan? Aku dah dapat bayangkan seminggu ni aku akan mula bosan nak makan nasi sebab hari-hari p makan kenduri wei. Faham-faham sendiri la lauk pauk kenduri camne kan, lebih kurang sepesen je. Yang tu belum kira kes tapau lauk pauk sambung kenduri kat rumah sendiri lagi.

Orang jemput p kenduri takkan la nak p gitu je tak bawa apa-apa kan? Lain la kalo dia cakap kenduri tu just buat mAjLis kEsyUkuRan. Majlis kesyukuran pun paling-paling kena gak bawa sekilo dua gula amik syarat. Gula susah  nak dapat la sekarang..tukar-tukar. Yang bab nak beli hadiah apa ni satu lagi masalah. Pastu nak kena balut lagi satu hal pulak. Ingat kan kenduri leh makan ngan senang kan padahal banyak menda gak nak kena prepare before p kenduri. Suka hati aku berleter kat sini ek, nanti tak pasal-pasal aku kawin nanti takde orang datang..oopps! NO..NO..NO

Anak bulan dah tengok semalam dah sah dipersetujui hari ni bermulalah musim kenduri... So, get ready la ngan perut yang kosong and menda2 yang sepatutnya. Ikhlaskan diri p kenduri nanti. Kata orang, time kenduri kendara macam ni la kita leh jumpa ramai sanak saudara, kawan-kawan lama, buaya friend_BF n gila friend_GF. Eratkan persaudaraan melalui kenduri...



P/S : Selamat jadi isteri yang solehah and lepaskan title anak dara kepada kawan sekolah rendah aku dulu yang nak kawin tak lama lagi, Mek Ani & Fatin...congrate. nanti dayun datang bawa pisang setandang k...huhu


No comments:

♫ singgah sat..