Monday, October 11, 2010

Asal give away, contest mesti kena jd follower...


Kalo korang baca tajuk entri ni korang rasa aku suka ke tak sebenarnya dengan rule tu? suka tak suka. Aku memang suka join contest/give away sebenarnya, tapi ikhlas aku cakap aku sebenarnya tak berapa suka kalo join contest/give away kalau antara rules nya aku kena jadi follower blog tu. penekanan di sini tak berapa = kurang suka je bukan tak suka langsung.

Bukan aku nak mempertikaikan cara atau syarat2 yang penganjur2 contest/ give away ni buat. Aku sedar penganjur2 tu ada hak tuk buat begitu. Yeala contest/ give away tu buat kat blog sendiri, bagi hadiah kuar bajet sendiri, tapi mesti ke rule kena jadi follower blog diaorang tu mesti dijadikan antara syarat2 utama. [ Ok dayun, nanti  tak pasal2 semua penganjur2 contest/ give away block ko dari join contest/give away diaorang ].




Kenapa mesti jadi follower???

1. Nanti peserta2 ni akan sentiasa dapat update tentang info2 terbaru pasal contest/give away yang diaorang sertai tu. [ ni alasan yang biasa aku dengar la ]

2.Maybe sebagai penghargaan kepada tuan blog sebab anjurkan contest/ give away.[ erm..betul gak ]

3. Saja2 je.. nak bagi up followers blog. [ apa kes???  maybe boleh jadi blog popular kot huhu ]


Aku sebenarnya tak berapa suka main follow blog sesuka hati. Kalau aku follow mana2 blog pun bukan atas niat supaya blog aku di follow balik. tapi  Tapi kalau korang follow aku balik pun aku tak larang...Alhamdulillah dan terima kasih. 


Biasanya bila aku jadi followers mana2 blog sebab aku suka dengan entry2 yang tuan blog tu  tulis. Takpun sebab aku suka cara tuan blog tu susun, arrange widgets dalam blog diaorang. Dan kebiasaannya aku akan follow balik blogger2 yang follow blog ak la sebagai ucapan terima kasih.. lebih kurang begitu la. Aku bukanlah seorang blogger yang bagus, entries pun lebih kepada merapu kisah hidup aku yang biasa2 jak. Jadi aku tak kisah la kalau bilangan follower aku tu tak bertambah.


Bagi aku tak semestinya kalo kita jadi follower baru leh bW ke blog2 diaorang.. ada masa, tak kira la ada entri best ke tak aku akan cuba jenguk2, tinggal jejak kat blog2 mereka. Selalunya geng blooger lah jadi medium untuk aku menerjah, berblogwalking membaca entri2... kalau bukan bw di blog yang baru first time aku terjah, balik2 kat situ la jugak nanti aku akan jenguk balik blog2 yang pernah aku singgah sebelum2 ni. 


Makin banyak aku tulis, macam makin jauh dari tajuk entri..huhu. Sebagai penutup bagi karangan tak berformat ni, dayun cuma berharap kalu boleh rule supaya menjadi follower blog korang untuk sesebuah contest/ giveaway tak payah la dijadikan syarat2 dalam contest/give away yang korang anjurkan... tapi kalo ada jugak, nak wat macam mana kan. nak join contest/ give away punya pasal..terpaksa tolak tepi la walaupun dalam hati kurang suka..huhu


Korang rasa macam mana dayun rasa ke???_______


Sekian..terima kasih
WabillahitaufiQ wal hidayah
Jangan makan pil. jangan buat jenayah!

2 comments:

::wan:: said...

btul2.. mula2 tu bukan main semangt lgi nok join contest.. skli suruh jadi followers, mikir 2,3 kali dlu.. hahhaa

::fatihahanapi:: said...

he3..btol3...skrg makin ramai yg bila menjenguk blog kita suh folow dorang balek..ape kes??