Sunday, January 16, 2011

Hasrat Nik Aziz berundur tidak tercapai: Sedikit sisipan untuk bloggers


Beliau (TGNA) mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam.



Walaupun peringatan ini diucapkan di hadapan bloggers yang kebanyakannya menjadikan blog mereka sebagai wadah membincangkan isu politik semasa, tetapi apa yang saya ingin highlightkan di sini adalah pesanan Tuan Guru seperti yang tertulis di atas.


KUALA LUMPUR, 15 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan, hasrat beliau untuk berundur dari jawatan menteri besar Kelantan sehingga kini tidak tercapai.

Ada sahaja, katanya, rintangan yang menghalang hasratnya itu dan kini beliau telah melebihi 20 tahun memegang jawatan itu. Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini




Menulis & Menyebarkan Kebaikan dari Sisi Pandangan Saya: Seorang Blogger Biasa



1- Kita menulis untuk memperingatkan diri sendiri terutamanya dan juga orang lain. Jadi ada baiknya kalau ingin menegur biar kena dengan caranya dan tidak mengaibkan orang lain. Macam yang berlaku baru- baru ni, isu perempuan bertudung dan bershawls melaram tu, ada betulnya apa yang ditulis tapi yang menjadi salah ialah apabila spesifikasi diberikan sehingga mengaibkan orang-orang tertentu secara teran-terangan,


Apa yang saya faham, dalam islam itu sendiri tidak menganjurkan kita berbuat demikian. Biasakan, dalam sirah  dan hadith yang kita baca, kalau seseorang hendak dijadikan contoh sekali pun hanya digelar sebagai 'fulan bin si fulan'. Apabila pendekatan yang diambil salah, maka begitulah jadinya. Kesannya, mesej dan teguran yang diberi tidak sampai sepenuhnya kepada mereka yang sepatutnya, malahan kebaikan islam itu sendiri terlindung disebalik sedikit kecacatan.


Sabda Rasulullah s.a.w, " Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara,terlebih dahulu ia kembali kepada hati nuraninya. Apabila manfaat baginya dia harus bercakap dan apabila ia mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai pa sahaja yang dia mahukan."


2- Kalau dari sudut politik, banyak penulisan kini tidak kiralah di blog-blog, artikel-artikel, mahupun akhbar-akhbar harian yang menulis tanpa mengambil kira mana yang benar dan mana yang tidak tetapi sekadar memprovokasi dan lebih banyak kontroversi. Ada pihak yang hanya menulis tentang kebaikan parti sebelah sini dan terus menerus menceritakan perihal buruk parti sebelah sana. Tiada keseimbangan. Selaku yang menulis, seharusnya diselidik sehingga ke akar umbi dan menulis apa yang diyakini benar sahaja. Elakkan lah memalsukan fakta dalam berhujah.


Kita sebagai pembaca mahupun pemerhati lebih kepada mendengar dan menerima sahaja. Seeloknya, kita cuba faham dan hadam apa yang kita baca, dan tahu dasar sebenar yang disampaikan oleh kedua-dua pihak. Akhir sekali barulah dapat kita membuat justifikasi yang betul dan telus. Janganlah pula mudah membuat kesimpulan yang boleh mewujudkan prasanagka buruk. Yang menulis pula harus sedar akan apa yang mereka sampaikan. Seeloknya, ulasan yang diberikan tidak mengelirukan orang yang membaca, sebaliknya lebih kepada mengajak para pembaca sama-sama berfikir secara lebih rasional. 


Wallahua'lam...

No comments:

♫ singgah sat..