Monday, January 10, 2011

Kisah di sebalik surah Al-Kafirun





Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1- Katakanlah (Muhammad)," Wahai orang-orang yang kafir!
2- aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3- dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4- dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5- dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah,
6- untukmu agamamu, dan untukku agamaku"



Turunnya ayat-ayat dalam surah di atas bersempena dengan satu kisah ketika islam mula-mula disebarkan. Disebutkan dalam satu kisah bahawa orang Quraisy Mekah telah membuat pelbagai tawaran kepada Rasulullah S.A.W supaya meninggalkan ajaran islam yang dibawanya ketika itu. Ada yang menawarkan harta, pangkat, perempuan dan macam-macam lagi supaya penyebaran agama islam dihentikan oleh baginda. Akan tetapi Rasulullah tidak mahu menerima satu pun dari tawaran tersebut tetapi terus menerus menyebarkan islam.


Setelah pelbagai cara dilakukan oleh orang Quraisy, lalu pada suatu hari mereka mengajak Rasulullah berbincang dan membuat tawaran lagi kepada Rasulullah S.A.W dengan tujuan supaya baginda berhenti menyebarkan ajaran islam. Dipendekkan ceritanya:

"Ya Muhammad, apa kata kami menyembah Tuhan kamu sehari dan  kamu menyembah Tuhan kami sehari, berselang-seli"

Rasulullah tidak bersetuju, lalu mereka pulang berbincang sesama mereka dan datang bertemu Rasulullah lagi.

"Beginilah, Kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari"

Rasulullah menjawab,"Tidak"

Orang Quraisy membuat tawaran lagi kepada Rasulullah, "Kami sembah Tuhanmu selama setahun dan kamu sembah Tuhan kami sehari, bagaimana?"

Rasulullah menolak tawaran tersebut,lalu dari pertemuan tersebut turunlah ayat Allah seperti dalam surah di atas.





..............................................Wallahua'lam...............................................




Review buku: Biografi Muhammad Bin Abdullah


Sem.Malaysia: RM35.00
Sabah&Sarawak: RM38.00


Kisah yang saya ceritakan di atas terdapat dalam buku ini di bawah tajuk," Quraisy Membuat Tawaran". Buku sirah nabi ini tidak seperti sesetengah buku sirah yang lain di mana kebanyakannya menggunakan istilah arab yang sukar difahami. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W bermula dari pembukaan Mekah dan kaitannya dengan keluarga yakni keturunan Rasulullah, dari baginda dilahirkan sehinggalah ke kisah-kisah peperangan yang baginda sertai.



Keseluruhannya, buku ini tentang kisah hidup Rasulullah S.A.W. Saya pun belum khatam lagi buku ni, tapi percayalah bila saya baca buku ni macam nak terus baca je. Sebab setiap part dalam buku ni dia berkait dengan part yang seterusnya. Jadi rasa macam tak lengkap je kalau tak baca part yang seterusnya. Saya rasa korang pun kalau baca buku ni akan rasa macam tu jugak.


Saya baca sebelum tidur, sempat la jugak habiskan dua tiga tajuk kecil dalam satu-satu bab tu. Ada masa bacalah buku ni yea..bagus. Kredit to my roomate sebab belikan buku ni dan benarkan saya jadikannya bedtime stories sebelum tidur.huhu...



p/s: 1- Ana Raffali menang juara lagu...ada yang tak percaya ke?
       2- Selamat Hari Lahir/ Sanah Helwa kepada PakDinEmon[10/01/2011]

1 comment:

nazirah malik said...

Salam..dimana bole saya dapatkan buku biografi nabi muhammad s.a.w?