Tuesday, January 17, 2012

Kisah popia dan blog


Comeyla... pukul 3:19 pagi doh. Ni kalu tunggu lagi 2 jam bulih badi kukuk nge aye jate doh, dok pun badi blorak nge ore nok g noreh getoh. Padahal esok kena punch card awal, mugo  assistant nanny bulih kijo baru, nye piak kijo munggoh buoh plop. Maka dengan itu, toksoh nak brangey extend tido pas subuh la mek dio. Nak tido doh ni kalo kiro, tapi gak nak crito la sikit mugo gapo buat sapa time ni pun dop berjaga tak tido lagi.



Kita REWINDDDDD la deh...


Lokasi : Ruang tamu rumah depan tv dipilih
Masa : 11.30 malam
Aktiviti : buka kulit popia, masuk inti popia, gulung popia
Crew yang terlibat : Diri Sendiri dan dibantu 2 kanak-kanak  perasan rajin



Al-kisah boleh p gulung popia malam-malam ni sebabnya aku terjumpa inti popia yang lebih aku buat ngan kazen dan nenek aku itu hari. Itu hari aku bukannya 2,3 hari lepas ke minggu lepas ke tak. Itu hari aku ni yang tengah bulan DISEMBER 2011 punya. Tapi nasib baik la inti dia OK lagi, takde perubahan rasa ke apa la. Kalo tak membazir je jah oii. So, alang-alang barang semua da ada, maka aku telah paksa rela diri sendiri tuk gulung popia ni, around 200 jugakla. Tak larat nak bebel banyak-banyak, layan gambar je la yea.


Popia ni dah macam-mcam saiz-bentuk rupa da jadi, maklumlah banyak tangan yang membuat


Susun-tenyeh -gulung


Kalau tau try teka apa menda ni...jeng3!!!


Inilah dia jah oii intinya. tok wan i pakai inti sambal udang kering. tip top jah rasanya




Haa...inilah dia assistant yang menolongnya. Tolong la sangat  :p

Around 1.30 pagi la jugak siap. Memang siap betul sampai budak dua orang tu pun da siap tarik selimut tido sejam setengah yang belum tu lagi. Terkedek-kedek sorang-sorang dok gulung popia. Then-nya, rajin p online, buka pulak blog kecayangan yang dah berbulan tak hupdate ni, tetiba datang mood nak edit blog pulak. Mentang-mentang da masuk taun baru kan, blog pun nak nampak baru jugak. Update entri-post tak istiqamah lagi, make up blog pulak yang lebih.



Taraaa...lepas hampir 2 jam dok belek situ, tenyeh sini, tukar layout lain, ganti header ni selesai jugak akhirnya. Macam yang hampa semua boleh nampak dengan mata kasar hampa sekarang la. Tak yah buka HIJAB boleh nampak daahhh. Tapi sila abaikan header tu yea. Aku kalau ikut sebenarnya malas dah nak letak header tu, tapi kan rasa lain pulak bila buka blog takde header. Biarla tak santek pun, aku tempek tujak kat situ.



Mak oii..da kol 4 pagi jam aku ni. Aku nak kena out lu, pagi esok nak punch card awal ni. Kla, Assalamualaikum- free2 singgah  la sini lagi ek. muahhhh3!!!

No comments: